Sunday, April 22, 2018

Hak Melayu dihapuskan apabila Pakatan Harapan bentuk kerajaan?


Aparat propaganda Barisan Nasional memang suka bermain dengan hati dan perasaan orang Melayu. Mudah bagi mereka, kerana kita orang Melayu mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang melibatkan soal hati.
Tapi hakikatnya, propaganda dan penipuan United Malays National Organisation ini bukannya susah untuk dipatahkan. Contohnya propaganda dangkal kononnya hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.
Mari kami berikan fakta-fakta sebenar tentang dakwaan tak sekolah ini.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, ada beberapa peruntukan berkenaan kedudukan masyarakat Melayu yang selalunya disebut sebagai ‘hak istimewa orang Melayu’.
Antaranya adalah:
1) Kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak (Perkara 153)
2) Bahasa Melayu (Perkara 152)
3) Majlis Raja-raja (Perkara 38)
Di dalam Perlembagaan juga turut termaktub bahawa peruntukan berkenaan dengan orang Melayu ini tidak boleh dipinda ataupun dimansuhkan tanpa:
1) Sokongan dua pertiga ahli dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara
DAN
2) Persetujuan Majlis Raja-raja.
Maknanya, adalah mustahil untuk memansuh, membatal, memindah, mengubah, atau membuat sebarang perubahan terhadap peruntukan berkenaan hak dan keistimewaan orang Melayu yang wujud di dalam Perlembagaan.
Kalaupun ada sokongan dua-pertiga ahli Parlimen, Majlis Raja-raja sudah tentu tidak akan setuju!
Bukan itu sahaja, cuba kita fikirkan; mana ada kerajaan ingin jadi kerajaan untuk satu penggal sahaja? Kalau ada kerajaan yang cuba mansuhkan hak Melayu, ingat orang Melayu mahu sokong mereka lagi? Takkan lah Pakatan Harapan bodoh sampai tahap itu?
Justeru, janganlah mudah termakan dengan penipuan yang berlegar di luar sana. Perlembagaan kita memberi perlindungan yang cukup kuat dalam hal-hal begini.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers