Thursday, March 23, 2017

Husam calon Amanah parlimen Kota Bharu



Datuk Husam Musa Datuk Husam MusaDatuk Husam Musa bakal dicalonkan oleh Amanah untuk bertanding di parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.
Perkara ini disahkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika melancarkan Dataran Amanah di Bunut Payong hari ini.
"Calon kita untuk parlimen Kota Bharu yang Cikgu Wan Rahim sebut tulah," kata Mohamad ketika berucap di majlis itu.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah ketika berucap di majlis yang sama mencadangkan Husam sebagai calon Parlimen Kota Bharu bagi mewakili Amanah dalam PRU-14 nanti.
"Bagaimana terserah kepada Presiden Amanah untuk mengesahkannya," kata Wan Rahim yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dalam PRU-12 pada tahun 2008 lalu.
Wan Rahim ketika ditemui di majlis itu berkata, beliau tidak bercadang untuk menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya lagi.
"Saya sudah malas untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya, bagi kepada calon muda-muda pula. Datuk Husam boleh lagi," katanya kepada Malaysia Dateline.
Ahli Parlimen Kota Bharu sekarang adalah Datuk Takiyudin Hassan, Setiausaha Agung Pas.
Beliau dijangka akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam ceramahnya malam tadi, Takiyudin mempertikaikan sikap Amanah Kelantan pimpinan Wan Rahim yang sebelum ini berkata Amanah ditubuhkan untuk melawan Umno bukan Pas.
"Tetapi tiba-tiba dia kata nak letak calon lawan Pas," kata Takiyudin dalam ceramah Pas di Cherang, tempat Tun Mahathir Mohamad berucap ketika datang ke Kelantan baru-baru ini.
Wan Rahim sebelum ini berkata, Amanah sedia untuk tidak meletakkan calon melawan Pas dengan syarat Pas sedia berunding.
Tetapi Pas bertegas tidak akan berunding dengan Amanah dan Dap serta parti-parti yang mengadakan hubungan dengannya.
Presiden Amanah  Mohamad Sabu ketika melancarkan Dataran Amanah di Bunut Payong hari ini.Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika melancarkan Dataran Amanah di Bunut Payong hari ini.

Pensiangan: ‘Lembu pun dapat air bersih, kami orang kampung bila lagi?’



PENSIANGAN, 23 MAC: ‘Politik bekalan air’ mungkin semakin jarang didengar pada waktu ini tetapi tidak bagi rata-rata kawasan luar bandar di Sabah yang masih jauh ketinggalan menikmati kemudahan itu dengan sempurna.
Inilah yang sedang melanda sekitar 7,000 penduduk di Mukim Transpagalan dekat sini meliputi 17 kampung yang masih menunggu janji hampir 10 tahun lalu untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Lebih menghairankan, meskipun jaraknya sekitar 10 kilometer sahaja dari Pekan Keningau, penduduk terus dihantui masalah bekalan air bersih lebih-lebih lagi ketika musim panas.
Apa yang berlaku, penduduk terpaksa berhadapan dengan kemelut bekalan air jika tiada hujan atau tibanya musim kemarau lebih daripada lima hari.
Berdasarkan tinjauan pasukan DAP Pensiangan ke kawasan terbabit, rata-rata penduduk yang ditemui meluahkan rasa kecewa terhadap janji yang pernah ditabur Ahli Parlimen Pensiangan sendiri, Tan Sri Joseph Kurup.
“Saya masih ingat ketika sambutan Perayaan Pesta Menuai di Tapak Tamu Arked sejurus selepas pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2009, Tan Sri Joseph Kurup mengumumkan bahawa beliau akan memastikan Mukim Transpagalan akan menerima bekalan air bersih pada tahun itu juga.
“Tapi sehingga ke hari ini, janji itu tidak ditunaikan,” kata David, salah seorang penduduk dari Kampung Magatang.
Menurutnya, sehingga saat ini, penduduk tidak pernah mendapat bantuan dari BN-PBRS yang mewakili kawasan itu.
“Kami sendiri mengurus dan mencari dana untuk memastikan bekalan air dapat disalurkan ke rumah masing- asing,” ujarnya.
Menurut Kelly, penduduk dari Kampung Panoi, saluran paip air graviti yang digunakan pada waktu ini adalah saluran air yang telah dipasang sekitar 20 tahun lalu.
“Saluran paip graviti yang ada sekarang dibina semasa pentadbiran PBS lagi. Sehingga kini memang kampung kami tidak pernah menerima bantuan daripada kerajaan.
“Air kini semakin kecil. Kami terpaksa menunggu giliran ketika ingin menggunakan air. Malahan permohonan bantuan untuk paip graviti kami tidak diendahkan. Jawapan yang kami terima tunggu selesai pilihan raya,” katanya yang juga pemilik sebuah kantin di sini dengan nada kecewa.
Doreen dari Kampung Ambual pula menganggap segala janji yang ditabur selama ini hanyalah janji kosong semata mata.
“Saya yakin janji-janji Kurup ini hanya janji air liur. Sudah lebih enam kali projek graviti yang diuruskan oleh kerajaan tergendala begitu saja.
“Sehingga kini kami sendiri yang menguruskan bekalan air bersih kami sendiri. Di kampung kami ini, sungai sudah tercemar oleh sisa buangan dari kilang yang beroperasi berhampiran kawasan tadahan air kami.
“Lihat sendirilah. Berapa keruh air sungai kami biarpun selepas hujan! Tapi kami tiada pilihan. Jelas Kurup mengabaikan kebajikan penduduk di Mukim ini,” keluhnya.
Sumber air tercemar sisa kimia
Dakwaan Doreen itu terbukti apabila pasukan DAP Pensiangan membuat tinjauan terhadap keadaan sungai tersebut yang jelas keruh dan sedikit berminyak.
Perkara ini terus diajukan kepada salah seorang pegawai Jabatan Paip dan Saliran Daerah Keningau.
Menurut beliau yang tidak mahu dikenali, air sungai tersebut memang telah tercemar dengan sisa buangan kimia dan tidak selamat untuk digunakan malah perkara itu telahpun dilaporkan kepada Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup sendiri sebelum ini namun masalah air di Transpagalan masih belum selesai.
“Yang menjadi kemusykilan buat kami dan penduduk Transpagalan sendiri, bagaimana taman perumahan yang berhampiran (Taman Bersatu) dan ladang ternakan sapi (lembu) yang terletak di Kampung Bomboi sudah mendapat bekalan air bersih?
“Jika kerajaan mempunyai rancangan penyelesaian air secara berperingkat sekalipun, tidak mungkin mengambil masa berpenggal-penggal lamanya sedangkan sehingga kini tiada tanda – tanda sebarang usaha dilakukan,” keluh Doreen lagi.
Sebelum ini jelas Doreen, penduduk merasa gembira apabila belihat beberapa batang paip di letakkan di sepanjang jalan mukim tersebut.
“Rupa-rupanya paip-paip itu adalah saluran paip air untuk kegunaan penduduk di perumahan Taman Bersatu.
“Bayangkan bagaimana perasaan kami? Apalagi bila mengetahui sapi di ladang ternakan di atas bukit kampung Bomboi minum air paip!” katanya lagi. – Roketkini.com

PH MULAKAN PROSES PENDAFTARAN, JAWATANKUASA DIBENTUK

RAMALAN ANAK, FGV DIJUAL KEPADA ORANG ASING HAMPIR NYATA

Ini bukti Melayu, Islam terbela di Pulau Pinang, DAP jawab Shahrizat




KUALA LUMPUR, 23 MAC: Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil nampaknya masih kabur dengan kejayaan kerajaan negeri Pakatan Harapan membela nasib semua kaum, termasuk Melayu sepanjang memimpin Pulau Pinang.
Bekas menteri itu semalam menuduh kononnya orang Melayu dan bumiputera tidak ada tempat di Pulau Pinang sejak ditadbir DAP dan Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, tuduhan jahat itu sama sekali tidak munasabah jika dibandingkan dengan segala pelaksanaan dasar yang telah dijayakan kerajaan negeri selama ini, kata Penolong Setiausaha Publsiti DAP Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid.
Menurutnya, sejak 2008, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah memperkenalkan banyak program yang bertujuan untuk membantu rakyat, termasuk orang Melayu.
Salah satunya adalah melalui pelaksanaan sistem tender terbuka yang mampu menghentikan amalan kronisme dan memberi peluang kepada semua berdasarkan merit, kelayakan dan pengalaman.
Melalui pelaksanaan sistem tersebut, sekurang-kurangnya 70 peratus kontrak kerajaan telah dianugerahkan kepada syarikat Melayu dan bumiputera jelas Syerleena.
“Ini sama sekali bercanggah dengan tuduhan Shahrizat,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang dirasmikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Selain itu, kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang juga telah memperkenalkan banyak program bantuan kewangan termasuk Agenda Ekonomi Saksama yang berjaya membantu 1,375 keluarga bagi tahun 2016. 
“81 peratus penerima bantuan itu adalah dari kaum Melayu.
“Melalui program berkebajikan pro-rakyat ini, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar,” ujarmya.
Selain itu, antara pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang lain yang membela Melayu dan Islam adalah:
  • Pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah bernilai RM36 juta sebagai usaha meningkatkan syiar Islam di Pulau Pinang
  • Mendapatkan tanah dari bukan Islam untuk tujuan meluaskan tanah perkuburan Islam di negeri itu
  • Memperuntukkan dana kepada pembangunan hal ehwal Islam sebanyak RM55.85 juta bagi tahun 2016 sahaja. Sedangkan hanya RM37.86 juta diperuntukkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 2007
  • Menganugerahkan biasiswa kepada pelajar-pelajar Muslim melalui Zakat Pulau Pinang. RM600 diberi kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat manakala dana RM20,000 diperuntukkan untuk pelajar Muslim menyambung pengajian di peringkat universiti.
Semua ini, kata Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Pulau Pinang itu, menunjukkan tohmahan kononnya Melayu dan Islam tidak terbela di Pulau Pinang hanyalah pembohongan yang dicanang bagi menakutkan rakyat.
“Mungkin Shahrizat dan pemimpin-pemimpin UMNO lain perlu cermin diri sendiri dulu sebelum menuduh yang bukan-bukan.
“Kita takkan pernah lupa bagaimana rakyat Malaysia dikhianati apabila skandal projek penternakan lembu bernilai RM250 juta didedahkan laporan Ketua Audit Negara pada 2010.
“Malah, keluarga Shahrizat didakwa menyeleweng wang itu menerusi National Feedlot Corporation,” kata Syerleena.

KES SEDIH: BILA PAS SELANGOR MAHU LULUS USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR?



Di sebalik Hadi Awang menafikan Pas mahu berkuasa di lima negeri, walaupun rakaman video mengenainya yang tersebar luas tidak mungkin berbohong, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz kemudian seperti mengesahkan kebenaran kata-kata Presiden Pas itu apabila menyebut Selangor sebagai antara negeri yang ingin ditawan oleh parti Islam itu.

Kata Nik Abduh, sasaran lima negeri yang ingin ditawan, termasuk Selangor adalah sesuatu yang realistik bagi Pas.
Kenyataan Nik Abduh itu segera mendapat reaksi sinis daripada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang mengaitkannya dengan kekalahan Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut dengan hanya mendapat 37 undi dalam pemilihan Pas Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Kata Azmin melalui twitternya, "Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur."

Susulannya, tulisan Azmin itu dibalas oleh Nik Abduh, juga dengan reaksi yang agak sinis.
"Wah, sinisan saya dapat komentar MB-lah. Jarang anak Melayu bertuah gini," kata Nik Abduh melalui twitternya.

Apa lagi selepas ini?

Apakah perang mulut antara Azmin dengan Nik Abduh akan berterusan dan apakah cubaan Pas mahu menawan Selangor juga masih kekal?

Apakah ini tanda-tanda hubungan Pas dan PKR hanya umpama retak menunggu belah?

Selain menunggu muktamar pada 28 April nanti menentukan hubungan kedua-dua parti, mesyuarat Pas  kawasan-kawasan yang sedang berlangsung sekarang adalah medan terbaik menghantar isyarat pilihan.
Sebelum ini baru kedengaran Pas Permatang Pauh dan Bayan Baru di Pulau Pinang saja yang meluluskan usul mahu memutuskan hubungan dengan PKR.

Jika benar mahu menawan Selangor, Pas Selangor tentunya lebih afdal  meluluskan usul seperti itu. 

Lebih bermakna dan pasti Nik Abduh gembira jika ada Pas kawasan-kawasan di Selangor yang belum bermesyuarat atau secara majoritinya, dapat meluluskan usul yang sama - putus semua hubungan dengan PKR.

Kalau itu dapat dilakukan, barulah nampak realistik cubaan Pas mahu menawan Selangor, meskipun yang bercakapnya tersungkur hanya dengan 37 undi saja. (ShahbudinHusin 23/02/2017).

Monday, March 20, 2017

Parti Tun Mahathir sah sertai Pakatan Harapan



KUALA LUMPUR, 20 MAC: Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini memutuskan untuk menerima penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai anggotanya.
Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
“Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut.
“Mesyuarat Majlis Presiden juga bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan,” kata kenyataan itu yang turut bersetuju untuk merangka manifesto secara bersama serta mewujudkan logo baru.
Dengan penyertaan PPBM, Pakatan Harapan kini mempunyai empat anggota termasuk PKR, DAP dan Amanah. – Roketkini.com

PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN KEADILAN PERMATANG PAUH, TIDAK PELIK LANGSUNG !!




Aku merujuk berita, Pas Kawasan Permatang Pauh secara rasmi memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui undian sebulat suara usul Mesyuarat Tahunan Pas kawasan berkenaan. YDPnya, Omar Hassan berkata, keputusan berkenaan diambil selepas Presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menghormati Pas apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang menyerang Pas.

Sedikit pun aku tidak pelik dan tidak terperanjat pun dengan kenyataan Pas Permatang Pauh tersebut. Mereka hanya mahu cari alasan untuk putuskan hubungan dan mereka telah pun mulakan kerja ini bukan baru. Lihat saja sewaktu PRK Permatang Pauh. Apa "fatwa" mereka? Apa ugutan mereka kepada Kak Wan? Mengapa mereka berdemo disaat kempen PRK Permatang Pauh?

Mereka berdemo kononnya untuk Hudud. Ugut Kak Wan sokong hudud jika mahu Keadilan menang di Permatang Pauh. Kita bertanya, mana hudud itu sekarang? Kamu sendiri pun mati langkah dalam isu hudud dan hanya bercakap tentang Pindaan RUU Akta 355 yg bukan hudud, itu pun belum tentu dibentangkan dalam Parlimen setelah Hadi tangguhkan beberapa kali. Akhirnya Umno akan bawa. Ugut Keadilan dengan hudud, tapi hudud entah ke mana.

Sewaktu PRK Permatang Pauh, pimpinan Pas yang datang membantu Kak Wan waktu itu adalah majoritinya telah sertai Amanah sekarang yg diketuai oleh Mat Sabu. Pemuda Pas pula di bawah Yusni Mat Piah yang pernah hilang deposit bertanding di Dun Sg Acheh dalam PRU13 yang lalu dalam pertandingan 3 penjuru bersama Chegu Bard. mereka hanya buat kacau dan menghasut ahli2 Pas agar tidak keluar mengundi di PRK Permatang Pauh.

Begitu sekali usaha Pas Permatang Pauh untuk mempastikan Kak Wan tewas. Alhamdulillah, niat busuk dan khianat itu gagal. Kak Wan menang dengan bergaya. Tidak cukup dengan itu, di dalam isu RUU Akta 355, ada seorang kononnya ustaz Pas di dalam kuliahnya memberi amaran kepada Kak Wan agar tidak menolak pindaan RUU Akta 355 jika tidak mahu masuk jirat. Mudahnya mengkafirkan orang? Mana RUU itu sekarang? Sudah bahas atau belum? Mengkafirkan sudah, RUU belum bentang pun lagi.

Kalau sampai tahap itu kerja khianat Pas di Permatang Pauh, pelik apanya ada usul sedemikian rupa? Paling afdhal dan jantan jika usulkan sekali Pas putuskan hubungan dengan Keadilan di seluruh negara termasuk di Selangor. Ada berani? Bukankah di Selangor Keadilan juga bekerjasama dengan Dap dan Amanah? Mengapa 'fatwa' di P.Pinang atau Permatang Pauh tidak sama di Selangor? Kitab lain2 atau 'selera dedak' lain2.?

Hujah mereka bahawa Keadilan bersama Dap dan Amanah selalu menghentam Pas, maka wajarlah putus hubungan. Pas tidak pernah hentam Keadilan kah? Kafirkan Kak Wan pun kamu dah buat, demo pun kamu dah buat, sabotaj dalam PRK Permatang Pauh pun kamu dah buat. Apa lagi yg kamu tak buat?

Atas prinsip demokrasi, Keadilan seharusnya menghormati kehendak Pas Permatang Pauh itu. Itu hak mereka untuk buat keputusan dan rakyat akan tahu siapa sebenarnya yang mahu cari musuh. Kita hanya perlu teruskan perjuangan kita.
Aku cadangkan agar Pas Permatang Pauh buat demo depan Pejabat Agung Pas Pusat agar mendesak Presiden Pas putuskan hubungan dengan Keadilan di semua negeri. Jika di Permatang Pauh boleh berdemo ugut Kak Wan, takkan tidak boleh berdemo di pejabat parti sendiri? Baru nampak serius sikit.

*WFAUZDIN NS*

KONVENSYEN FELDA: TAK KIAMAT TUKAR KERAJAAN – MAT SABU

Sunday, March 19, 2017

PAS CARI ALASAN HINDARI KERJASAMA – BERSATU

Blog Archive

My Blog List

Followers