Thursday, November 23, 2017

Adnan Yaakob berang, cabar Ketua Pembangkang bertumbuk?

KUANTAN, 23  NOV: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini bertindak emosional mengganggu ucapan Ketua Pembangkang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membangkitkan insiden banjir kilat yang melanda kawasannya.
Beliau malah mempertikaikan akidah dan mencabar Adun Mentakab itu untuk ‘keluar dewan’ bagi menyelesaikan perkara tersebut. Situasi ‘panas’ itu diketahui melalui sebuah rakaman video berdurasi 7 minit 30 saat yang dimuat naik ke dalam akaun media sosial Tengku Zulpuri sebentar tadi.
Perbalahan bermula apabila Tengku Zul menjelaskan bahawa banjir kilat yang melanda Mentakab pada 8 Ogos lalu disebabkan beberapa faktor melibatkan sistem perparitan dan sungai-sungai lama yang berdekatan.
“Yang berhormat Datuk Seri Yang Dipertua, pada 8 Ogos 2017, hujan lebat dua jam di Mentakab telah mengakibatkan banjir kilat berlaku di Pasaraya TF dan 60 buah rumah di Taman Chuw Tong, Bukit Bendera, Taman Mentakab dan Taman Setia.
Tengku Zulpuri bersama Adun DAP Pahang mengadakan sidang media selepas perbahasan sebentar tadi.
Dewan menjadi gamat apabila Tengku Zul menyindir kenyataan Adnan semalam yang mengaitkan bencana ribut yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini dengan pesta arak.
“Daripada maklumat yang saya terima dan melalui semakan, tiada pula pesta arak berlaku di sini, tetapi (berlaku banjir kilat) adalah kerana sistem perparitan yang kecil dan juga sungai-sungai lama di Bandar Mentakab,” katanya sebelum Adnan bangun mencelah.
“Siapa buat ribut? Siapa buat ribut? Yang Berhormat Tuan Yang Di Pertua, saya minta dia (Tengku Zul) jawab soalan…. Islam ke tidak?” desak Adnan sebelum berlaku pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak.
Video itu juga turut merakamkan Adun Pelangai itu mengeluarkan kenyataan; “Kalau hendak juga, keluar dewan…mari…!” selain menggunakan perkataan kasar seperti ‘bangang’ dan ‘bodoh’.
Tengku Zul ketika dihubungi Roketkini berkata, aksi Adnan dalam DUN itu mencerminkan sikap yang amat tidak professional dan memalukan.
“Bila dia (Adnan) bangun mencelah tanya ‘siapa jadikan hujan’, saya tak jawab, saya nak habiskan ucapan saya. Tapi dia tidak puas hati dan tanya kita ni Islam ke bukan,” ujar Naib Pengerusi DAP Kebangsaan DAP itu.
Sebagai Menteri Besar katanya, Adnan tidak wajar bertindak demikian sebaliknya mengemukakan hujah dengan baik.
“Sepatutnya mestilah professional bincang masalah rakyat. Biarlah pihak pembangkang berhujah, nanti jawablah balik.
“Kita dalam Dewan nak cari penyelesaian, kita nak kemukakan isu sebenar, bukan semua pun nak protes,” katanya lagi
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers