
Monday, October 30, 2017
BERSATU BERJAYA TARIK SOKONGAN BESAR PENGUNDI MELAYU – MUHYIDDIN

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa masa telah membuktikan yang partinya membuat keputusan tepat dalam mengehadkan keahlian penuh kepada kaum Bumiputera sahaja.
Bercakap pada forum di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam, bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau tidak ragu-ragu PPBM telah menarik banyak sokongan daripada kalangan Melayu untuk Pakatan Harapan.
“Ia 1 strategi yang telah berjaya,” kata beliau.
“Kami kini melihat orang Melayu yang bertali arus menyokong PPBM dan akhirnya menyokong Pakatan.”
Pakatan Harapan dianggotai PPBM, PKR, Amanah dan DAP.
Beliau mendakwa keadaan itu menyebabkan Umno rasa terancam dan ia juga merupakan faktor Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan “bajet populis” kelmarin.
Menjelaskan bagaimana barisan pengasas PPBM mengambil keputusan untuk menggunakan sistem keahlian yang unik itu, Muhyiddin memberitahu:
“Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya memenangi 52% undi popular tetapi Barisan Nasional mengekalkan kuasa walaupun dengan hanya 48% undi popular kerana kedudukan kawasan-kawasan berstruktur.
“Dalam perbincangan awal di kalangan ahli-ahli pengasas, kami melihat aspek ini dan kami melihat Pakatan Rakyat memenangi undi popular kerana sokongan utama yang mereka dapat daripada orang Cina dan India. Tiada tsunami Melayu.
“Bersatu (PPBM) mendapati sebab bagi (keadaan) ini adalah ketakutan yang Umno telah tanam di kalangan orang Melayu sejak bertahun-tahun yang lalu bahawa satu-satunya parti yang akan menjaga mereka adalah Umno.”
Justeru, kata Muhyiddin, tidak masuk akal untuk berfikir bahawa orang Melayu akan menderita sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.
“Majoriti ahli Pakatan Harapan adalah orang Melayu,” katanya, sambil menambah, DAP adalah parti yang terlalu kecil untuk mempengaruhi keputusan mengenai penubuhan sebuah kerajaan persekutuan Pakatan walaupun ia mahu.
“Pada PRU13, DAP bertanding di 50 kerusi,” katanya.
“Untuk memenangi PRU14, kita memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi.
“Tidak mungkin (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri yang akan datang. Perdana menteri adalah seorang Muslim Melayu.”
PH LEBIH BERPOTENSI WALAU KAJIAN KATA BN MENANG BESAR – TENGKU ZULPURI

PH lebih berpotensi walau kajian kata BN menang besar – Tengku Zulpuri
Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mempersoalkan sebahagian kajian dan tinjauan sokongan yang mendakwa BN akan menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14.
Katanya, kajian serupa itu tidak sewajarnya melemahkan semangat penyokong Pakatan Harapan (PH) kerana sebahagiannya diragui dilakukan oleh institusi bebas.
“Pada masa sekarang, saya mendapati ada banyak kajian yang menunjukkan BN akan menang besar dalam PRU14 nanti. Adakah tujuan kajian-kajian tersebut untuk melemahkan semangat pejuang Pakatan Harapan (PH)?” tanyanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab itu berkata, realitinya sokongan kepada PH di Semenanjung amat menggalakkan malah dalam kalangan orang Melayu.
Beliau juga menjelaskan situasi di peringkat akar umbi di Pahang juga tidaklah seteruk yang digambarkan biar pun Pas akan bertanding tiga penjuru menghadapi PH dan BN.
Menurut Tengku Zulpuri, secara kasar BN disokong oleh 40% pengundi, begitu juga PH. Tinggal 20% pengundi atas pagar yang belum lagi membuat keputusan untuk berpihak kepada siapa.
“Oleh itu, jika PH boleh meraih sokongan sekurang-kurangnya 12% dari 20% ini, maka kita berpeluang untuk memenangi negeri Pahang,” katanya yang menegaskan walaupun kos sara hidup tinggi tidak memberi kesan yang begitu teruk kepada penduduk di luar bandar namun jika harga minyak dan barang keperluan asas terus meningkat pada tahun hadapan maka pengundi luar bandar juga mungkin tidak akan menyokong BN.
Oleh itu, Tengku Zulpuri menggesa agar PH melipat gandakan kempen penerangan terutama ke atas masyarakat Melayu, meyakinkan masa depan mereka akan terjamin dengan dasar-dasar PH dan hak-hak kaum Melayu akan dijaga dengan baik.
“PH mesti mengadakan lebih ceramah untuk menyampaikan mesej kepada pengundi Melayu kerana sudah jelas pengundi Melayu akan menentukan nasib rakyat Malaysia.
“Pandangan saya ialah masyarakat Cina sudah membuat keputusan untuk bersama PH dan lebih 55% masyarakat India pun begitu juga.
“Justeru itu, masyarakat Melayulah yang akan menjadi penentu. Pengundi Melayu mesti diberitahu, kalau PH menang Pahang dan Terengganu maka Menteri Besar di negeri-negeri ini adalah orang Melayu juga.
“Inilah yang mesti ditekankan kepada pengundi Melayu supaya mereka ubah sokongan dari BN kepada Pakatan,” ujar Tengku Zulpuri kepada Suara pakatan daily.
BAJET 2018 PEMBENTANGAN TERAKHIR BUAT NAJIB?

Bajet 2018 pembentangan terakhir buat Najib?
Sehari selepas belanjawan negara dibentang Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat sekumpulan penyokong pembangkang berkumpul di majlis makan malam anjuran DAP di Sungai Siput, Perak semalam.
Dengan bayaran RM100 seorang mereka menghadiri majlis itu yang diisi dengan ceramah beberapa tokoh parti.
Mesej yang disampaikan adalah konsisten – bagaimana belanjawan tahun depan mengikut tafsiran mereka serta betapa ia meniru sejumlah dasar yang digariskan oleh Pakatan Harapan dua hari sebelum Najib membentangkan “ibu segala bajet” itu.
Namun apa yang lebih mengujakan kira-kira 500 hadirin pada malam tadi ialah kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming bahawa Bajet 2018 ialah yang terakhir buat Najib.
“Tahun depan apabila kita mengubah kerajaan, dia (Najib) akan menjadi sama ada pemimpin pembangkang atau bercuti dalam (penjara) Sungai Buloh,” katanya di Dewan Orang Ramai Kampung Rimba Panjang itu.
Kenyataan itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh peserta majlis makan malam berkenaan.
Najib yang juga menteri kewangan membentangkan belanjawan negara berjumlah RM280.25 bilion – berbanding jumlah pendapatan negara RM239.9 bilion – di Dewan Rakyat pada 27 Okt lalu.
Menurut kementerian kewangan kekurangan itu akan ditampung melalui kaedah pinjaman.
Daripada jumlah yang diperuntukkan itu RM234.25 bilion ialah untuk perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Ia tidak termasuk simpanan luar jangka bernilai RM2 bilion.
Antara inti pati utama belanjawan itu ialah kerajaan memansuhkan kutipan tol di empat lokasi – masing-masing satu di Johor dan Kedah, manakala dua lagi di Selangor – dan cukai lebih rendah untuk individu memperoleh pendapatan RM20,000 hingga RM70,000
Bagaimanapun bayaran untuk skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dikekalkan untuk kali pertama sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lalu.
Berbanding apa yang dibentang Najib, Pakatan Harapan (HARAPAN) berikrar menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta mengembalikan cukai jualan dan perkhidmatan.
HARAPAN juga menjangkakan kenaikan jualan kereta sebanyak 20 peratus berikutan pemansuhan GST, yang akan menyumbang RM1.93 bilion kepada hasil melalui pengumpulan cukai import, eksais dan lesen kenderaan bermotor.
Bercakap dalam bahasa Cina Nga mengaitkan Najib dengan tuduhan salah laku dan rasuah walaupun perdana menteri menafikannya.
Mendakwa Bajet 2018 oleh Najib meniru apa yang dirangka HARAPAN Nga berkata itu membuktikan pembangkang kini benar-benar bersedia menjadi kerajaan.
“Mereka (kerajaan BN) meniru semuanya. jadi apakah makna semua ini?
“Pembangkang sekarang sudah bersedia menjadi kerajaan, dan BN bersiap-siap menjadi pembangkang,” kata Nga yang juga anggota parlimen Taiping.
Bersetuju dengan pandangan itu Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching pula meramalkan Najib akan menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Teo juga berharap Nga serta Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham menjadi menteri jika HARAPAN berjaya mengetepikan BN pada PRU ke-14 nanti.
“Saya pula jika ada peluang, berharap boleh menggantikan Chong Sin Woon (wakil MCA yang kini menjadi timbalan menteri pendidikan),” katanya
6000 AHLI UMNO PENDANG SERTAI BERSATU

6000 ahli Umno Pendang sertai Bersatu
Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyediakan pelbagai habuan dan gula-gula pilihan raya untuk memancing sokongan pengundi, ia tidak sedikit pun menggugat sokongan kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri Kedah.
Malah sokongan yang begitu memberangsangkan terbukti apabila 90 peratus daripada 6,700 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pendang, terdiri daripada mereka yang telah keluar Umno.
Penyertaan yang begitu ramai ini memberi satu tamparan hebat kepada Umno dan BN di Pendang yang sering mendabik dada bahawa mereka masih diterima oleh ahli Umno di kawasan parlimen tersebut.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Armada Bahagian Pendang, Mohd Fauzi Ismail.
Menurut beliau lagi, daripada jumlah tersebut 60 peratus adalah mereka yang berada di bawah usia 50 tahun serta merupakan golongan muda.
Manakala 40 peratus lagi adalah mereka yang tergolong dalam usia lebih 50 tahun.
“Sokongan sehingga mencecah lebih 6,000 ahli ini adalah bukti bahawa Umno semakin tempang di Pendang.
“Mereka sudah tidak mampu untuk menyekat ramai ahli Umno untuk meninggalkan parti lama tersebut.
“Sekali gus ini memberi kekuatan kepada PH untuk menerobos kubu Umno dan merampas kerusi tersebut dalam pilihan raya umum akan datang,” jelasnya lagi.
Manakala itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Abdullah Suady Ramadhan yang turut hadir dalam program ziarah tokoh tempatan serta pembentukan jawatankuasa jentera pilihan raya PDM Pulai kelmarin berkata, kerjasama erat antara AMANAH dan Bersatu dalam membawa semangat PH begitu utuh.
“Semangat PH yang ditunjukkan di Pendang pada kali ini memberi isyarat jelas kepada rakyat akan kemampuan PH untuk mengambil alih kepimpinan Negeri Kedah dan juga Putrajaya.
“PH bertekad untuk menyelamatkan rakyat daripada gula-gula politik Umno dan BN yang senantiasa memperdayakan rakyat.
“Sedangkan krisis ekonomi dan kos sara hidup terus meningkat sehingga menyebabkan rakyat sengsara dan derita dalam diam,” ujarnya lagi.
Abdullah Suady berucap dalam program ramah mesra dengan penduduk bersama pimpinan PH Pendang kelmarin.
Tegasnya lagi, penduduk tempat khususnya di Pendang amat kecewa dengan janji-janji Umno dan BN khususnya mengenai pembinaan Hospital Pendang yang telah berlarutan sejak 15 tahun yang lalu.
“Bukan sahaja papan tanda telah usang, sebaliknya bisik-bisik mengenai projek RM220 juta tersebut terus menyepi dan senyap begitu sahaja.
“Janji ini telah ditaburkan sejak 15 tahun lalu, namun sehingga kini masih lagi menjadi igauan penduduk Pendang yang tidak kesampaian.
“Oleh kerana itu rakyat Pendang harus melihat kembali sokongan mereka kepada BN kali ini agar tidak menjadi mangsa untuk kali keempat dalam mengharapkan sebuah hospital yang dijanjikan tetapi tidak terlaksana oleh kerajaan sedia ada,” tambahnya lagi.
Sunday, October 29, 2017
DOKTOR KECEWA PENJAGAAN KESIHATAN MASIH DIKENAKAN GST

Doktor kecewa penjagaan kesihatan masih dikenakan GST
Pakar kesihatan kecewa penjagaan kesihatan masih dikenakan GST, meskipun Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berulangkali menyeru penjagaan kesihatan dikecualikan daripada cukai itu.
Presiden MMA Dr Ravindran R Naidu berkata pihaknya kecewa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan pengecualian GST untuk perkara lain kecuali penjagaan kesihatan.
“Apabila kami menyerahkan senarai harapan kami kepada perdana menteri, kami tonjolkan kebimbangan utama ialah perlaksanaan GST dalam penjagaan kesihatan. Penjagaan kesihatan antara perkhidmatan paling asas untuk rakyat tetapi tidak diberi pengeculian GST. Jadi agak mengecewakan,” katanya kepada FMT.
FMT baru-baru ini menonjolkan masalah yang dihadapi hospital dan klinik kerajaan akibat kekurangan dana seperti kekurangan ubat, barangan habis guna, regen untuk ujian darah, kerosakan alatan tidak dibaik pulih, dan penggunaan ubat generik.
Perdana menteri hari ini dalam pembentangan Bajet 2018 hari ini mengumumkan peruntukan sejumlah RM27 bilion untuk penjagaan kesihatan, berbanding RM25 bilion dalam belanjawan 2017. Seperti mana tahun lepas, RM4 bilion diperuntukkan untuk bekalan ubat, barangan habis guna, vaksin dan regen di semua hospital dan kemudahan kerajaan.
Ravindran menyambut baik peningkatan RM2 bilion untuk penjagaan kesihatan secara keseluruhan namun berharap ia tidak dipotong pada masa depan.
“Tahun lepas mereka memperuntukkan RM25 bilion untuk penjagaan kesihatan tetapi kemudian mereka potong peruntukan itu. Kalau mereka sekali buat begitu, kita hanya akan kembali ke takuk lama,” katanya.
Beliau berkata tambahan RM100 juta untuk bekalan perubatan dan barangan habis guna memadai asalkan tidak dipotong seperti sebelum ini.
“Keadaan juga bergantung kepada jumlah pesakit di hospital kerajaan. Ia mungkin tidak mencukupi kalau pesakit bertambah,” tegas Ravindran.
“Keadaan juga bergantung kepada jumlah pesakit di hospital kerajaan. Ia mungkin tidak mencukupi kalau pesakit bertambah,” tegas Ravindran.
“Peruntukan paling penting ialah regen, bekalan dan barangan habis guna. Apa yang akan berlaku apabila berlaku kekurangan pada 3 perkara itu ialah mereka mungkin akan mengambil wang daripada tempat lain kerana ada tambahan RM2 bilion daripada belanjawan keseluruhan. Itu pun kalau peruntukan tidak dipotong.”
Ketua eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan & Sosial, Azrul Mohd Khalib terkejut peruntukan untuk ubat, barangan habis guna, vaksin dan regen tidak berubah.
“Ia tidak berubah walaupun kerajaan pernah menyentuh isu ini. Ada lebih 10 juta kes pesakit luar dicatatkan pada 2016 berbanding tahun lepas. Tahun ini dijangka berakhir dengan bilangan lebih tinggi.”
“Keadaan itu membimbangkan kerana peruntukan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kekurangan bekalan ubatan asas untuk merawat penyakit, termasuk penyakit seperti hipertensi, penyakit jantung dan diabetes.
“Kekurangan bekalan, yang perlu berlaku dulu, akan menjejaskan golongan paling lemah seperti warga emas, pesara dan golongan berpendapatan rendah.”
Azrul juga berkata peruntukan RM50 juta untuk menubuhkan Skim Insurans Kesihatan Sukarela merupakan langkah yang berani.
“Dalam komitmen kerajaan untuk membuat pembaharuan dan mewujudkan keadaan yang mampan untuk transformasi penjagaan kesihatan, langkah itu tanda kerajaan menuju ke arah memperkukuh pembiayaan kesihatan.”
Azrul berkata rakyat Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada proses menambahbaik penjagaan kesihatan dengan menyertai insurans kesihatan negara seperti itu.
“Peruntukan belanjawan negara tidak akan mampu untuk setara dengan kos perubatan. Oleh itu, ada keperluan untuk mekanisme pembiayaan kesihatan berbeza untuk melengkapi rangka kerja sedia ada dan peruntukan kerajaan,” katanya.
Azrul berkata Malaysia antara segelintir negara di rantau ini yang menyediakan subsidi untuk penyakit jarang jumpa.
“Kita perlukan perkhidmatan diagnostik lebih mampu milik. Pada masa ini, akibat kekurangan kemudahan yang khusus dan kepakaran, ujian genetik menjadi mahal dan sampel sering dihantar ke luar negara. Kekurangan kesedaran tentang penyakit jarang jumpa juga menyebabkan pesakit tidak mendapat bantuan kebajikan dan perkhidmatan.
“Saya berharap dengan memasukkan penyakit jarang jumpa dalam belanjawan negara, kerajaan akan memberi lebih perhatian dan pertimbangan kepada ubat pembaharuan baharu dalam formulari Kementerian Kesihatan dan menyokong program bantuan ubat.”
SHAFIE AKAN DEDAHKAN ‘SESUATU’ MENGENAI MUSA AMAN

Shafie akan dedahkan ‘sesuatu’ mengenai Musa Aman
Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal berkata beliau akan mendedahkan segala-segalanya di Parlimen berhubung kes dan penangkapan beliau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau membayangkan turut akan mendedahkan sesuatu berkenaan Ketua Menteri Sabah Musa Aman tetapi tidak mahu mengulas lanjut kepada wartawan di hadapan rumahnya hari ini.
“Berapa banyak syarikat yang Musa (Aman) ada? Saya tidak akan kata apa-apa sekarang. Saya akan (cakap) di Parlimen. Itu tempat saya ada kelebihan dan penting untuk saya bercakap,” kata beliau kepada wartawan ketika ditanya mengenai siasatan ke atas beliau dan ahli keluarganya sejak bulan lalu oleh SPRM.
Beliau dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin selepas ditahan reman tujuh hari.
Perbalahan Shafie dan Musa menjadi rahsia terbuka, walaupun ketika dia masih berada dalam Umno.
Terdapat laporan mengatakan Musa menyokong penggantungan Shafie dari parti pada mensyuarat Majlis Tertinggi Umno 24 Jun, 2016.
Kedua mereka juga dilaporkan tidak boleh bersua muka ketika mesyuarat agung Umno dan difahamkan yang mereka bersaing merebut kedudukan tertinggi pimpinan Umno Sabah.
“Saya akan cuba ke Parlimen minggu depan, tapi akan periksa dulu jika kesihatan saya mengizinkan. Saya perlu jalani pemeriksaan kesihatan dulu. Tekanan darah saya (tahap) ialh 201 ke 210, jadi tak boleh ambil ringan,” kata Shafie yang juga menunjukkan tanda-tanda mengalami selesema.
Beliau berkata semua usahanya adalah demi negara dan beliau sanggup menyerahkan seluruh hidupnya untuk perjuangan Warisan.
Katanya lagi, sepanjang penahannya, SPRM melayannya dengan baik, tetapi percaya mereka disebalik siasatan itu memang berniat untuk menjatuhkannya.
“Walaupun jika kaki saya diikat, saya takkan berhenti. Saya dah katakan sebelum ini dan akan ulanginya: Saya akan melawan Barisan Nasional di Sabah. Ada khabar angin mengatakan saya akan membuat pusingan-U.
“Tapi saya akan katakan sekali lagi: Saya tak akan berpatah balik.”
Shafie turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya yang mengumpul wang jaminan sebanyak RM100,000 untuknya dan mengingatkan mereka supaya menghormati undang-undang sepanjang masa.
Beliau berkata, sepanjang berada dalam politik, beliau tidak pernah terfikir rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum akan bersatu di bawah perjuangan Warisan.
Lebih daripada 200 penyokong Warisan hadir di kediaman Shafie selepas beliau dibebaskan.
Hadir sama ialah Adun Sulabayan Jaujan Sambokong
BAJET 2018 TIADA JALAN KELUAR KEPADA RAKYAT – IR KHALID SAMAD

Bajet 2018 tiada jalan keluar kepada rakyat – Ir Khalid Samad
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Ir Khalid Samad menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan PM Najib Razak semalam tidak membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat walaupun memberi beberapa insentif dan potongan cukai.
“Pada sekali imbas, nampaknya Bajet 2018 akan banyak menguntungkan rakyat.
“Tetapi kalau dikaji dengan lebih mendalam, saya dapati isu-isu asas yang menghimpit perbelanjaan harian rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), harga minyak dan harga rumah yang tinggi serta kos sara hidup tidak diberi tumpuan dan jalan penyelesaian muktamad,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Ahli parlimen Shah Alam itu berpendapat, Bajet 2018 tidak lebih daripada ‘gula-gula’ politik kerajaan BN untuk meraih undi dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14. Terutama, katanya, janji pemansuhan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan sebatang lebuh raya di Johor dan Kedah mulai awal tahun 2018.
“Namun demikian, bukan semua orang di Malaysia gunakan lebuh raya bertol. Dan yang lebih penting lagi, pemansuhan tol (semua lebuh raya) ialah idea Pakatan Harapan (PH) yang akan dilaksanakan jika kami mendapat mandat dari rakyat.
“Manfaat yang diberi kepada rakyat Selangor dan Johor juga menunjukkan fokus utama BN ialah di kedua-dua negeri itu di mana pengaruh PH semakin kuat,” ujar Khalid lagi.
Bagaimanapun, beliau berpendapat selagi GST tidak dimansuhkan atau kadarnya diturunkan, harga barang akan semakin melambung. Oleh itu, katanya, langkah menurunkan cukai pendapatan sebanyak 2% tidak akan memberi banyak kesan kerana harga barang akan naik dengan kadar cepat pada 2018.
“Selain daripada itu, pelabur asing kini sudah tidak berapa gemar datang ke Malaysia. Negara jiran di ASEAN merupakan destinasi yang lebih menarik kepada mereka.
“Ini disebabkan oleh situasi politik tempatan di mana pilihan raya umum asyik ditunda dan ini mewujudkan ketidaktentuan dalam ekonomi.
“Juga apakah yang berlaku kepada isu 1MDB? Bagaimana pula dengan nilai Ringgit yang lemah di mana kita perlu membayar lebih RM4 untuk mendapat 1 Dolar Amerika?” tanya Khalid yang berpandangan bahawa isu utama seperti masalah nilai matawang yang lemah, kenaikan harga bahan mentah dan barang pengguna yang tidak disentuh dalam pembentangan bajet semalam akan menyebabkan rakyat menolak BN dalam PRU akan datang.
RUMAH KEKAL MAHAL, BAHAN BINAAN TIADA PENGECUALIAN GST

Rumah kekal mahal, bahan binaan tiada pengecualian GST
Persatuan pemaju terbesar di Malaysia berkata tiada apa untuk dihebohkan Bajet 2018 bagi ahlinya, kerana seruan untuk melonggarkan garis panduan pinjaman bank tidak terjawab.
Penaung Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Ng Seing Liong berkata, belanjawan negara itu juga tidak menyelesaikan harga tinggi bahan binaan.
Menuju pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, Ng berharap Putrajaya akan memberi pengecualian kepada pemaju daripada membayar GST 6% untuk bahan binaan bagi membolehkan projek perumahan mampu milik, atau menurunkan kadar itu, serta mengurangkan kadar GST untuk bahan binaan secara menyeluruh.
“Walaupun langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk 2,000 unit di bawah program MyDeposit untuk membantu pembeli rumah membuat bayaran pendahualuan, kami berharap Bank Negara akan melonggarkan garis panduan pinjaman.”
Melalui program myDeposit yang diperkenalkan tahun lepas, kerajaan memperuntukkan dana untuk membantu pembeli rumah pertama membuat bayaran pendahuluan 10% untuk membeli rumah atau RM30,000, yang mana saja lebih rendah.
Sebelum ini, Renda berulangi kali membangkitkan isu mengenai pembiayaan akhir, terutamanya syarat pinjaman yang ketat sebagai batu penghalang dalam jualan hartanah. Pihak lain, seperti Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) berkata pemaju meletakkan harga rumah melebihi capaian kebanyakan orang.
Sementara, agensi hartanah Henry Butcher Malaysia berkata kerajaan mempunyai sebab untuk tidak melonggarkan garis panduan pinjaman yang dilobi sesetengah pemaju.
“Walaupun ada seruan menggesa garis panduan pinjaman dilonggarkan atau memperkenalkan semula skim sama seperti Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) yang boleh merangsang pasaran hartanah, langkah seperti itu juga boleh menambah paras hutang isi rumah,” kata Ketua Pegawai Operasi Henry Butcher Malaysia Tang Chee Meng.
Beliau memberitahu FMT insentif lain yang diumumkan perdana menteri hari ini, seperti pengeculian 50% cukai ke atas pendapatan sewa bawah RM2,000 sebulan akan mengalakkan orang ramai membeli rumah sebagai pelaburan.
“Perluasan skim pembiayaan berperingkat yang diperkenalkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk pemaju perumahan swasta akan mengalakkan pembinaan dan pemilikan perumahan mampu milik.”
Di bawah skim berperingkat PR1MA itu, pembeli rumah membayar harga yang rendah pada tahun-tahun awal dan hanya membayar ansuran yang semakin meninggi mengikut kenaikan paras gaji.
“Manakala pengecualian GST untuk hartanah yang diuruskan pemaju, langkah itu boleh membantu pemaju, tetapi secara keseluruhan bajet ini tidak menarik buat para pemaju. Namun begitu, bajet kali ini lebih baik berbanding tahun lepas yang tidak menawarkan apa-apa kepada mereka.”
Persatuan bantah pengecualian cukai
Persatuan bantah pengecualian cukai
Sementara iitu, Setiausaha Agung Kehormat HBA, Chang Kim Loong berkata, pengecualian cukai ke atas sewa hanya akan mengalakkan pembelian spekulatif yang akan melonjakkan harga hartanah perumahan.
Beliau berkata HBA bersyukur Putrajaya komited membina lebih banyak rumah mampu milik, namun projek perumahan seperti itu harus dilaksanakan dengan betul bagi memanfaatkan sasaran pasaran yang betul.
“Mereka mesti bina produk yang betul di tempat yang betul pada harga yang betul dan pada jumlah yang betul.”
Chang turut mengulas perluasan skim pembiayaan berperingkat PR1MA kepada pemaju perumahan swasta, dan berkata langkah itu mungkin membawa kesan buruk dalam jangka masa panjang.
“Pemaju perumahan akan terdorong untuk menaikkan harga rumah kerana tahu pembeli mampu mengambil pembiayaan akhir yang lebih tinggi. Keadaan itu juga akan menaikkan harga hartanah yang sudah siap dibina.”
Putrajaya sepatutnya mengambil langkah memperlahankan harga hartanah yang semakin meningkat dengan menaikkan kos masuk dan keluar pemilik yang memiliki banyak hartanah seperti menaikkan duti setem dan cukai keuntungan harta tanah.
Dalam masa yang sama, beliau menggesa kerajaan persekutuan memberikan lebih banyak insentif kepada pemaju perumahan untuk membina perumahan mampu milik seperti mengasingkan tanah pada kos yang lebih rendah, memberi kelulusan secara pantas dan pengecualian cukai.
Thursday, October 26, 2017
PH YAKIN TANPA GST HASIL MENINGKAT RM6 BILION

PH yakin tanpa GST hasil meningkat RM6 bilion
Pakatan Harapan percaya ia boleh menguruskan kerajaan persekutuan tanpa pendapatan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) malah boleh menambah RM6 bilion pendapatan negara daripada kutipan cukai lain dan pengurangan ketirisan.
GST dijangka mendatangkan pendapatan sehingga RM42 bilion bagi kerajaan pada 2018. Namun pemimpin PH hari ini berkata berdasarkan anggaran mereka, ia boleh menampung kehilangan pendapatan itu dan menokok RM6 bilion lagi.
Mereka berkata pendapatan tambahan itu datang melalui kutipan cukai lebih tinggi daripada cukai lain kesan peningkatan perbelanjaan untuk kereta, hartanah dan barangan import.
Dalam belanjawan alternatif 2018 yang diumumkan hari ini, PH menjangkakan penjimatan sehingga RM20 bilion dalam perbelanjaan kerajaan dengan mengurangkan pembaziran dan penyelewengan yang ia katanya ketara dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Pada sidang media, Wong berkata kadar GST akan diturunkan dari masa ke masa dalam tempoh setahun daripada 6% pada masa ini kepada sifar.
Bagaimanapun, sistem pengiraan akan dikekalkan kerana perniagaan dan kerajaan melabur wang untuk membinanya.
“Kami akan melakukannya secara berperingkat dalam tempoh setahun supaya sistem itu tidak terkejut. Tetapi kami menyasarkan untuk memansuhkan sepenuhnya cukai itu pada penghujung tahun berkenaan.”
Dalam pengumuman bajetnya, PH mengeluarkan pecahan bagaimana ia merancang untuk mengisi kelompangan dalam menambah pendapatan.
Walaupun GST akan dimansuhkan, PH akan memperkenalkan cukai kepenggunaan baharu yang secara kasarnya berdasarkan kepada cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini yang terhad kepada barang dan perkhidmatan tertentu.
Ini dijangka dapat menyumbang RM16.50 bilion kepada dana awam dan mengurangkan kerugian daripada pemansuhan GST kepada RM25.50 bilion daripada RM42 bilion.
“Pengiraan fiskal menunjukkan menyuntik semula RM25.50 bilion ke dalam pasaran akan secara langsung menyebabkan tiga pendapatan positif.”
PH menjangkakan ia akan menyebabkan lonjakan dalam aktiviti penggunaan dan perniagaan yang akan meningkatkan perolehan dalam tiga bidang:
* tambahan RM2.81 bilion dalam pendapatan cukai korporat.
* tambahan RM0.40 bilion dan RM1.06 bilion dalam duti eksais import untuk semua barangan kecuali kereta susulan peningkatan 20% dalam penggunaan.
* tambahan RM300 juta ke dalam Cukai Keuntungan Harta Tanah membawa kepada RM1.82 bilion.
* lonjakan dalam jualan kereta akan menyebabkan duti kereta import lebih tinggi daripada RM130 juta kepada RM770 juta, duti eksais daripada RM1.3 bilion kepada RM7.82 bilion dan lesen kenderaan daripada RM500 juta kepada RM3.01 bilion.
* kutipan duti setem meningkat RM1.2 bilion.
* pendapatan pelaburan lebih baik RM3.8 bilion daripada syarikat berkaitan kerajaan dan institusi pembangunan kewangan.
Dengan semua kenaikan itu, PH menjangkakan ia akan mengurangkan kekurangan pendapatan hasil GST daripada RM25.50 bilion kepada RM14 bilion.
PH berkata jika ia berjaya menjadi kerajaan, ia dapat menjimatkan RM20 bilion kos operasi dengan mengurangkan ketirisan dan rasuah.
Daripada pengiraannya, kira-kira RM160 bilion yang dibelanjakan dalam bajet kerajaan setiap tahun terdedah kepada pembaziran dan salah guna, kata Wong.
“Berdasarkan kepada laporan tahunan ketua audit negara, jumlah pembaziran dan salah pengurusan berjumlah antara 10% hingga 15% atau purata RM20 bilion.
“Dengan pelaksanaan ini, kami bukan saja dapat menampung keseluruhan kekurangan perolehan daripada pemansuhan GST, kami juga sebenarnya dalam merekodkan lebihan RM6 bilion,” katanya
TA’AWUN MENJELANG PRU: PAS SEMAKIN BERCELARU ‘MENENTANG’ UMNO

Ta’awun menjelang PRU: Pas semakin bercelaru ‘menentang’ Umno
Gesaan pemimpin veteran Pas yang pernah menjawat Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali agar parti itu mengadakan rundingan kerjasama dengan Umno BN bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 menyebabkan banyak penyokong akar umbi melihat Pas semakin tersasar daripada perjuangan asalnya.
Sumber-sumber Pas memberitahu, saranan Mustafa yang rapat dengan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu menunjukkan berlakunya pertembungan pemikiran yang serius dalam kepimpinan utama parti itu.
Menurut mereka, Ketika Presiden Pas Hj Hadi Awang dan pemimpin muda seperti Dr Zuhdi Marzuki, Nik Abduh, Takiyuddin Hassan dan lain-lain menafikan sebarang kerjasama dengan Umno, pemimpin veteran yang banyak berjasa dalam parti itu pula menyarankan kerjasama rasmi dengan parti musuh.
“Pertembungan pendirian Presiden Pas dengan Timbalannya amat ketara sekali dalam banyak kenyataan akhbar. Ini menunjukkan Presiden semakin ‘tersasar’ dalam perjuangan menentang Umno BN
“Secara jelas, kesan selepas ketiadaan Tok Guru Nik Aziz, ahli-ahli melihat ulama dalam Pas semakin keliru antara perjuangan politik melawan Umno dengan mesra Umno atas nama kerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan untuk Islam,” kata sumber itu dengan syarat namanya tidak disiarkan.
Kesan perubahan dasar perjuangan Pas itu kepada ahli, menurut beliau, menyebabkan semakin ramai yang tidak mempercayai pemimpin utama.
Katanya, ahli mahukan ketegasan berhubung dasar parti, bukannya keputusan flip-flop atau komen-komen kabur menjelang PRU 14.
“Oleh kerana itu Amanah semakin kuat dan dipercayai ahli Pas
“Dalam situasi ini, Mahfuz Omar akan mengepalai gerakan besar-besaran ahli Pas menyokong PH tanpa mereka keluar parti atau dipecat
“Situasi ini amat ketara berlaku. Dalam seminggu ini ahli-ahli Pas amat sibuk berbalas whatsapp menyatakan sokongan kepada ‘fatwa’ Mahfuz, undi Pakatan Harapan tetapi jangan tinggalkan Pas,” katanya lagi.
Tanah runtuh: Kekeliruan kelulusan projek terjawab
Pada
oleh RoketKini

GEORGE TOWN, 26 OKT: Kekeliruan mengenai kelulusan projek perumahan swasta Taman Sri Bunga yang mengalami kemalangan tanah runtuh 21 Oktober lalu terjawab.
Kelulusan dibuat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil kira semua ulasan jabatan teknikal berkaitan secara menyeluruh di mana Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 30 November 2014 memberikan ulasan tiada bantahan kepada projek berkenaan.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menjelaskan, selain itu, MBPP juga mengambil kira pandangan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“JMG adalah jabatan yang mempunyai bidang kuasa dalam hal-hal geologi, pendasaran tapak, pemadatan tanah dan kerja-kerja peletupan.
“Kepakaran ini bukan di bawah JAS, tetapi di bawah JMG dan dalam kes ini JMG (pada 30 Disember 2014) memberi ulasan tiada halangan kerana dia (JMG) ada kepakaran dalam isu-isu ini,” jelasnya dalam sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar sebentar tadi lapor Buletin Mutiara.
Kon Yeow berkata, JAS bukanlah pihak berwajib yang diberi kuasa membuat keputusan mengenai permohonan kebenaran merancang kerana ia dibawah kuasa MBPP.
“JAS cuma bimbang mengenai jarak tidak cukup, mungkin ganggu bunyi kerana terlalu dekat dekat kawasan perumahan, debu-debu dan sebagainya.
“JAS adalah salah satu daripada jabatan luaran yang telah memberi ulasan yang tidak menyokong kerana tidak memenuhi keperluan zon penampan yang ditetapkan di bawah ‘Guidelines Form Siting and Zoning of Industry and Residential Areas’,” katanya.
Menurutnya, kuasa yang diberikan kepada MBPP sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal pembangunan serta memberi kebenaran pembangunan berwajib adalah berdasarkan Seksyen 19 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976.
Fakta:
- Permohonan projek tersebut mematuhi Pelan Dasar dan Perancang Pemajuan MPPP 1976 dan di atas tanah yang bawah daripada 76m (250 kaki) dan dikategorikan sebagai Kategori II dengan cerun purata di bawah 20°.
- Ia bukanlah projek tanah bukit yang tinggi sepertimana didakwa oleh Penang Forum dan parti-parti pembangkang.
Projek Tetuan Taman Sri Bunga berada pada jarak 714.53m dari pusat letupan kuari, berbanding dua projek lain yang menurut ulasan JAS terdahulu adalah tiada halangan. - Dua projek pembangunan itu adalah projek perumahan Tetuan Prestasi Raya pada jarak 421.57m dari pusat letupan kuari, dan Kolej Tungku Abdul Rahman sejarak 589.44 m.
- Dari ‘crushing point’, jarak tapak projek Taman Sri Bunga adalah 181.95m, berbanding tapak projek Prestasi Raya (194.37m) dan tapak Kolej Tunku Abdul Rahman (258.45m).
- Projek tersebut berada di tanah landai, ketinggian di bawah 250 kaki atau 76m dari paras laut, mengikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi.
Mansuh GST: Rakyat untung, kerajaan tidak terbeban
Pada
oleh Foto Ahmad Yusufi

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kerugian sebanyak RM42 bilion kepada kerajaan seperti yang didakwa kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, ia mampu diseimbangkan dengan pengurangan perbelanjaan berdasarkan dua komponen belanjawan iaitu pendapatan dan perbelanjaan.
Ia termasuk penjimatan kerajaan daripada pembaziran dan rasuah sebanyak RM20 bilion selain menurunkan peruntukan RM20.80 bilion Jabatan Perdana Menteri kepada RM8.40 bilion.
Dalam ucaptamanya, Presiden HARAPAN, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, GST merupakan cukai regresif yang mengakibatkan kenaikan kos mendadak.
“Kalau dulu cukai hanya untuk golongan yang layak dicukai sahaja tetapi dengan GST tiada yang terkecuali termasuk golongan fakir miskin penerima zakat.
“GST juga merupakan antara punca utama kenaikan kos sara hidup rakyat selain kenaikan caj tol serta harga petrol dan diesel. Akibatnya harga barangan dan perkhidmatan naik melambung yang membebankan rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah,” kata beliau.
Menurut Belanjawan Alternatif 2018 Pakatan Harapan (HARAPAN), meskipun penghapusan GST menyebabkan kerugian bersih sebanyak RM25.50 bilion, HARAPAN mampu mengembalikan sebanyak RM16.50 bilion berdasarkan kaedah percukaian sebelum pelaksanaan GST.
Penghapusan GST juga akan mampu menyuntik semula RM25.50 bilion secara langsung melibatkan tiga komponen hasil iaitu peningkatan aktiviti perniagaan dan kepenggunaan; peningkatan pembelian konservatif pengguna dan pemilikan item bernilai tinggi seperti hartanah dan kenderaan.
1) Peningkatan aktiviti perniagaan dan kepenggunaan menyumbang kepada hasil pendapatan Cukai Pendapatan Syarikat (CITA) akan meningkat dengan anggaran perolehan RM2.81 bilion.
2) Penghapusan GST akan menyebabkan peningkatan perbelanjaan sebanyak 20 peratus dengan pendapatan sebanyak RM1.46 bilion hasil duti import dan eksais untuk semua barangan – tidak termasuk kenderaan bermotor.
3) Penggunaan item bernilai tinggi seperti hartanah dan kereta juga dijangka pulih dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 20 peratus menghasilkan perolehan Cukai Keuntungan Hartanah (RPTG) tambahan sebanyak RM0.20 bilion, menjadikan jumlah perolehan RTPG meningkat kepada RM1.82 bilion.
Belanjawan Alternatif ini turut mengunjurkan peningkatan penjualan kereta sebanyak 20 peratus yang bakal menyumbang kepada tiga kategori pendapatan iaitu import, eksais dan lesen kenderaan bermotor.
“Peningkatan 20 peratus akan meningatkan duti import sebanyak RM0.13 bilion kepada RM0.77 bilion; kenaikan duti eksais meningkat sebanyak RM1.30 bilion kepada RM7.82 bilion manakala lesen kenderaan bermotor meningkat sebanyak RM0.50 bilion kepada RM3.01 bilion.
“Oleh itu, jualan kereta lebih baik daripada paras rendah kebelakangan ini yang didorong oleh penghapusan GST akan menyumbang hasil tambahan sebanyak RM1.93 bilion,” memetik belanjawan tersebut.
Dalam masa yang sama, perolehan duti setem akan meningkat sebanyak RM1.20 bilion dan menjangkakan melalui tadbir urus yang baik- kerajaan HARAPAN mampu merealisasikan tambahan RM3.8 bilion hasil pendapatan pelaburan daripada syarikat GLC, GLIC dan institusi kewangan pembangunan (DFI).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
►
2019
(2027)
- December (302)
- November (270)
- October (194)
- September (178)
- August (203)
- July (180)
- June (135)
- May (184)
- April (111)
- March (142)
- February (101)
- January (27)
-
►
2018
(980)
- December (112)
- November (61)
- October (117)
- September (69)
- August (62)
- July (145)
- June (70)
- May (107)
- April (97)
- March (13)
- February (62)
- January (65)
-
▼
2017
(857)
- December (68)
- November (25)
- October (63)
- September (159)
- August (168)
- July (33)
- June (87)
- May (90)
- April (47)
- March (56)
- February (30)
- January (31)
-
►
2016
(624)
- December (47)
- November (29)
- October (42)
- July (1)
- June (108)
- May (90)
- April (72)
- March (93)
- February (75)
- January (67)
-
►
2015
(1115)
- December (134)
- November (114)
- October (75)
- September (50)
- August (108)
- July (64)
- June (166)
- May (131)
- April (61)
- March (81)
- February (70)
- January (61)
-
►
2014
(854)
- December (63)
- November (28)
- October (45)
- September (96)
- August (142)
- July (121)
- June (60)
- May (77)
- April (56)
- March (47)
- February (61)
- January (58)
-
►
2013
(868)
- December (80)
- November (78)
- October (59)
- September (55)
- August (48)
- July (52)
- June (64)
- May (78)
- April (92)
- March (113)
- February (68)
- January (81)
-
►
2012
(696)
- December (47)
- November (58)
- October (32)
- September (50)
- August (12)
- July (23)
- June (57)
- May (83)
- April (60)
- March (81)
- February (81)
- January (112)
-
►
2011
(2048)
- December (108)
- November (120)
- October (103)
- September (125)
- August (165)
- July (197)
- June (269)
- May (261)
- April (303)
- March (191)
- February (101)
- January (105)
-
►
2010
(1310)
- December (128)
- November (164)
- October (137)
- September (45)
- August (68)
- July (133)
- June (100)
- May (80)
- April (102)
- March (119)
- February (124)
- January (110)
-
►
2009
(1103)
- December (98)
- November (93)
- October (81)
- September (70)
- August (94)
- July (108)
- June (98)
- May (124)
- April (68)
- March (70)
- February (77)
- January (122)

My Blog List
-
Pengusiran Paksa Kampung Segambut Permai, Pemaju Cuma Bagi Pampasan RM7K. - *SOSMED |* Isu mengenai Pengusiran paksa di Kampung Segambut Permai. Berikut dibawah adalah laporan dari PSM. Sivaranjani Manickam* | Kampung Tradisi 80 T...2 days ago
-
Penang assessment rate hike objections: The whittling-down exercise - Hearing sessions are taking place in Penang Island and mainland Penang to allow upset ratepayers to present their objections to the hefty assessment hike...1 week ago
-
-
2020........... (atuk@atuk mboyan) - ......Mahathir maseh belom ketemu titik pertemuan 2020. kasehan dia....semuga beliau di beri kesempatan utk melihat senndiri kejayaan atau kemusnahan 2020....1 month ago
-
-
PERJANJIAN DAMAI HATYAI: PENGAKHIRAN TRAGEDI SEJARAH YANG DIPAKSAKAN IMPERIALIS ZAMAN PERANG DINGIN - 2 Disember 2019 ialah ulangtahun ke-30 pemeteraian Perjanjian Damai Hatyai 1989 yang menandakan pengakhiran satu konflik bersenjata yang berlarutan untu...4 days ago
-
Bapak ayam - Merekalah bapak ayam Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun Meraba ganas liang, lubang, l...4 months ago
-
-
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG.. - Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak.. Saya berbu...1 year ago
-
-
-
Outrage In Sarawak As Taib Wife And Step Kids Are Given Native Status - The Taib family and all their hangers-on will keep on digging at all the opportunities to plunder easy wealth from Sarawak..... until the music stops....1 year ago
-
SOKONGAN KEPADA ANWAR WAKTU SUSAH DAN SENANG - JOM BERTEMU DI KONGRES NASIONAL KEADILAN DI MITC MELAKA HUJUNG MINGGU INI - KEADILAN bukan parti Anwar dan Anwar bukan KEADILAN. Namun, siapa boleh nafikan KEADILAN itu wujud dek batang tubuh insan bernama Anwar? Bahkan, reformasi ...1 week ago

BERITA
- 5tokoh pejuang
- Agenda Daily
- Agensi Reuters
- alamat surat khabar
- alkausar
- Amin Iskandar
- Amray=lensa
- Antaranews
- AntaraPos
- Asia Sentinel
- asiannews
- Aspan Alias
- Bab Kemera
- bahasa Malaysia today
- Berita Hairan
- Berita Semasa
- Bernama
- berta us dunia
- Bharian Singapura
- Blog Tok Guru
- bloghub
- bloglistumno
- Buletin Online
- calculator faraid
- check IP
- Detikdaily
- Dunia hari ini
- fatwa qardawi
- fiqh & sunnah
- foot detox
- free mkini
- freemalaysiakini2
- gambargambarpelik
- gelagat
- Guardian
- guinesskasitaruk
- Harakah
- Haramain Solat
- Helen Ang
- hideweb
- Hmetro
- http://www.utusan.com.my
- Inilah dunia
- Jalan Telawi
- Kadir Jasin
- Keadilan,Com
- KL Post
- KL TODAY
- kmu net
- Kompas
- kosmo
- Kritis
- lagu klasik
- Laman Marhaen
- malasian digest
- Malasiankini
- Malaysia Chronicle
- Malaysia instint
- malaysia today
- Malaysia today Net
- Malaysianinsider
- Merapu Sakan...
- Merdeka Review
- minaqjinggo
- mobtv
- Mstar
- NST
- perak today
- Photo Jinggo
- Quran Guide
- Roketkini
- Rontodaily
- sabahdaily
- sabahkini
- saham felda
- Sak mongkol
- Sinar Harian
- Star
- stimes spore
- Suara Pakatan
- Teranugkite
- the nutgraph
- The Whistleblower711
- translation
- tukaran matawang
- TV Antara
- TV haram
- TV6
- umnoonline
- UMNOreform
- Uncle Seeker
- Xinhua net
