injauan Rafizi dapati Najib masih gagal menangi pengundi

Image result for rafizi ramli


KUALA LUMPUR 19 OGOS: Dasar dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih gagal untuk memenangi, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan itu membuat pengumuman tersebut yang diperolehinya selepas tinjauan yang dibuat badan kaji selidiknya, Invoke Centre for Initiative Policy (Invoke-CPI).
Rafizi berkata tinjauan itu mendapati kebanyakan pemberi maklum balas pesimis mengenai ekonomi negara.
“Apa yang kami dapati, pengumuman demi pengumuman nampaknya tidak berjaya mengalih pandangan di peringkat akar umbi.
“Ia tidak menaikkan sentimen, mereka gagal,” katanya pada sidang akhbar hari ini, memetik Malaysiakini.
Keputusan kaji selidik itu mendapati bahawa 78 peratus daripada responden berbangsa India berpendapat kedudukan kewangan keluarga mereka lebih buruk sekarang berbanding empat tahun lalu.
Perangkaan itu jauh lebih tinggi daripada responden Melayu dan Cina, dengan hanya 61 dan 66 peratus masing-masing memberikan maklum balas kepada soalan yang sama.
Ini menunjukkan bahawa Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia yang dilancarkan oleh Najib pada April tahun ini, tidak banyak memberi kesan kepada pengundi bangsa itu, kata Rafizi.
Tinjauan Invoke-CPI mengenai sentimen pemilih melibatkan 3,783 responden dan dilaksanakan antara 10 Jun hingga 14 Julai tahun ini.

No comments: