TANPA SABAH DAN SARAWAK, BELUM TENTU NAZRI AZIZ JADI MENTERI


1444
RAHIM HJ MATNIN
Oleh RAHIM BIN HJ MATNIN
KOMEN: Berikutan gesaan yang dibuat oleh Menteri Pelancongan dari Sarawak (Karim Abdul Rahman Hamzah) agar perlaksanaan Cukai Pelancongan (Tourism Tax) ini ditangguh perlaksanaannya untuk Sabah dan Sarawak, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (persekutuan) Nazri Aziz telah menyifatkan bahawa menteri dari Sarawak itu sebagai “baru setahun jagung” dalam mencampuri keputusan pelaksanaan ‘Tourism Tax’ berkenaan.
Kenyataan Nazri ini menampakkan beliau sebenarnya yang baru ‘setahun jagung’ dalam memahami hak-hak Sabah dan Sarawak. Tanpa Sabah dan Sarawak, beliau belum tentu jadi menteri seperti hari ini.
Nazri, kanan, dengan Albert Teo dan Tengku Zainal Adlin, tengah, di Sukau.
Kenyataan pelaksanaan ‘Tourism Tax’ amatlah bercanggah dengan Local Government Ordinance 1961, section 49(46)(i) dan sekaligus mencerobohi Perjanjian Malaysia 1963 Perjanjian Malaysia – khususnya bidangkuasa Kerajaan Tempatan – dibawah undang undang Kecil setiap Kuasa Tempatan Di Sabah
‘Tourism Tax’ ini bakal menjejaskan industri pelancongan secara perlahan-lahan dimana industri ini akan kehilangan daya-saing diperingkat domestik.
Nazri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berbaur “bodoh sombong” yang langsung tidak mencerminkan profesionalisma beliau sebagai menteri persekutuan dan seterusnya langsung tidak menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Rahim Bin Hj Matnin adalah naib ketua Wira Warisan P173 Putatan, Parti Warisan Saba

No comments: