Thursday, June 1, 2017

Peningkatan mendadak pengundi tentera di Kluang timbulkan keraguaan



JOHOR BAHRU,  1 jUN : Wujud peningkatan hampir dua kali ganda tuntutan daftar pemilih di kem tentera dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku pertama 2017 bagi kawasan Parlimen Kluang berbanding tahun lalu, kata Adun Mengkibol, Tan Hong Pin.
Berdasarkan RDPT berkenaan, katanya, sebanyak 1,184 tuntutan daripada anggota tertera atau pasangan berlaku di kawasan Parlimen terbabit berbanding 614 tuntutan yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang 2016.
“Angka ini sangat mencurigakan jika dibandingkan dengan pendaftaran pemilih anggota tentera atau pasangan di parlimen Kluang untuk keempat-empat suku tahun yang lalu pada 2016.
“Jelas kelihatan bahawa senarai tuntutan yang dipamerkan oleh SPR untuk RDPT suku tahun terbaru ini adalah lebih kurang dua kali ganda berbanding dengan jumlah anggota tentera yang didaftarkan untuk sepanjang tahun 2016,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Perbandingan itu, katanya, memberikan mesej yang membimbangkan mengenai usaha untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) di Kluang dengan menggunakan pemilih tentera yang selama ini dianggap sebagai undi simpanan tetap gabungan parti pemerintah itu.
“Adakah ini merupakan suatu usaha atau percubaan terakhir pihak parti pemerintah untuk memasukkan pemilih yang lebih berpotensi mengundi mereka supaya mereka sempat menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” katanya.
Mengambil kira sikap terburu-buru SPR yang mahu mendaftarkan lebih ramai pemilih tentera itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Johor justeru menjangkakan PRU-14 semakin hampir dan berkemungkinan berlangsung selepas suku ketiga tahun ini.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers