Monday, June 5, 2017

Kerajaan gagal bentuk solidariti sosial wujudnya golongan pelampau



Mahmood Zuhdi Ab Majid
Kelemahan kerajaan dalam membina solidariti sosial sejak negara mencapai kemerdekaan menjadikan sebahagian struktur pembinaan negara bangsa menjadi lemah dan wujudnya golongan pelampau ditengah kumpulan masyarakat hari ini.

Prof Emiritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid
Kelemahan kerajaan dalam membina solidariti sosial sejak negara mencapai kemerdekaan menjadikan sebahagian struktur pembinaan negara bangsa menjadi lemah dan wujudnya golongan pelampau ditengah kumpulan masyarakat hari ini.
Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab. Majid sebagai merujuk kepada kewujudan satu golongan yang menentang kepada kontrak sosial, perlembagaan negara dan rukun negara yang telah dimeterai ketika negara mencapai kemerdekaan dan selepas berlakunya trajedi 13 Mei 1969.
"Kumpulan ekstrimisme (pelampau) itu tidak boleh ditangani secara tuntas kerana kerajaan lupa mahu 'matikan' semangat ektrimisme itu dari awal kemerdekaan.
"Ketika itu kerajaan yang baharu merdeka selesa untuk tidak memberi tumpuan kepada pembinaan masyarakat (ketamadunan manusia) berbanding kebendaan (ketamadunan fizikal) untuk membina negara yang baru mencapai kemerdekaan.
"Sebenarnya ia satu keaiban yang berlaku semasa kita membina negara yang berbilang bangsa, budaya dan agama ini kerana gagal membetuk solidariti sosial," ujarnya dalam temubual dengan Malaysia Dateline.
Dr Mahmood Zuhdi berkata, beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini membabitkan isu berkaitan agama,kaum dan perpecahan parti-parti politik teras telah memburukkan lagi lingkaran solidariti sosial itu.
Sejak kemerdekaan ujarnya, kebanyakan dasar-dasar kerajaan bersifat 'one off ' program tanpa dilestarikan.
Dalam membina solidariti sosial itu,ujarnya lagi,  kerajaan kurang berjaya merancang dasar jangka panjang berbanding aspek pembangunan fizikal negara yang dilihat hebat.
Beliau menegaskan, kepincangan ketika membina sturuktur solidariti sosial itu menjadi punca kepada kewujudan golongan pelampau dalam masyarakat yang mengambil peluang menjadikan platform politik dan agama sebagai senjata memecahbelahkan masyarakat.
Ia termasuklah dengan mengugat keharmonian kaum, menghasut, menyebarkan fitnah, mempertikai kedudukan raja berpelembagaan, hak istimewa orang Melayu, menyalahguna hak kebebasan bersuara, penyebaran ajaran sesat dan terbabit dengan kumpulan militan agama.
Beliau melihat situasi itu sebagai satu kegagalan di pihak kerajaan dalam usaha mengawal dan menangani kemelut yang berlarutan di negara ini.
"Pertama Kerajaan perlu membendung keadaan yang berlaku ini dengan menegaskan bahawa rupa bangsa dalam negara ini berteraskan perlembagaan negara dan  menepati acuan Malaysia.
"Kerajaan telah membangunkan negara ini diluar daripada kekuatan yang ada dikalangan orang Melayu terutama dari sudut penguasaan ekonomi orang Melayu yang lemah, akhirnya timbul hasad dengki dan curiga mencurigai sesama kaum.
"Keduanya, kesilapan juga berlaku membabitkan krisis kepimpinan oleh parti yang memerintah. Saya melihat ketika krisis itu berlaku,satu pihak telah mengapi-apikan untuk menjatuhkan kerajaan dengan kebangkitan rakyat melalui pentas politik.
"Bagi mengukuhkan usaha itu mereka telah mengembelingkan apa saja yang ada.Di situ ditanam semangat benci kepada pemerintah dan semangat itu telah berkembang kepada semangat bencikan orang Melayu dan pemimpin Melayu.
"Golongan ini (pemimpin dan penyokong parti) yang terdidik sepanjang tempoh itu kini menjadikan isu-isu politik satu medan
pertempuran antara masyarakat," ujarnya tanpa mahu merujuk kepada mana-mana parti politik dan  beberapa insiden berlaku sejak kebelakangan ini.
Beliau menegaskan, hari ini 'Kontrak Sosial' sudah dilihat terhakis sedikit demi sedikit kerana kealpaan kerajaan.
"Kontrak sosial semakin terhakis segala semangat perpaduan yang dipupuk dahulu sudah semakin dilupakan generasi hari ini." katanya.
Beliau menyarankan dua perkara perlu dilakukan kerajaan untuk mengembalikan keharmonian kaum dan agama di negara ini walaupun terdapat perbezaan pandangan politik.
"Untuk menyatukan kembali keharmonian kaum yang berbeza pandangan politik perlukan masa dan satu gagasan yang cukup hebat dan perlu
difahami semua pihak.
"Ia tidak boleh dibaiki secara serpihan dan total, maka kita perlu kembali kepada realiti asas untuk mengembalikan solidariti sosial itu sebagaimana termaktub dalam perlembagaan,  kontrak sosial dan rukun negara.
"Sebenarnya proses membina tamadun manusia itu sudah lama  terbantut sehingga wujudnya golongan pelampau di negara ini. Jika kemelut ini dibiarkan berterusan ia akan mengugat kestabilan dan keharmonian kaum, agama dan politik dalam negara.
"Saya berpandangan pemimpin politik sudah gagal menyatupadukan umat Islam dalam negara ini, sedangkan dengan perpaduan umat Islam ia sebenarnya akan menjurus kepada perpaduan nasional," ujarnya.
Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah perpaduan nasional yang sudah semakin terhakis ini kerana wujud golongan pelampau di tengah masyarakat majmuk dalam negara?
Mahmood Zuhdi menegaskan,"kita kena kembali kepangkal jalan. Kita perlu adakan dalam bentuk dialog tertutup dengan pimpinan pelbagai
sektor secara dailog sederhana, bukan dailog perbalahan tetapi mencari kata sepakat, jalan tengah untuk penyelesaiaan masalah soladariti sosial dalam masyarakat.
"Dalam politik jika dailog terbuka diadakan sebenarnya akan merumitkan lagi keadaan sedia ada.Kita perlu adakan dialog dengan cara bermusyawarah.
"Sebenarnya pembinaan masyarakat itu perlu bersama dengan pembinaan politik. Sedangkan apa yang berlaku kekuatan politik diutamakan sedangkan kekuatan masyarakat ketinggalan ke belakang
"Sebenarnya yang menjadi golongan pelampau itu sedikit daripada jumlah majoriti masyarakat tetapi mereka itulah yang berkuasa," ujarnya lagi golongan pelampau itu akan menjadikan pentas politik, sebagai punca perbalahan dalam masyarakat.
Justeru beliau menegaskan mengerakkan kumpulan majoriti senyap 'silent majoritiy' adalah golongan pasif yang  akan menjadikan golongan itu dikuasai oleh golongan pelampau.
"Kita perlu mengerakkan 'silent  majority' ini sebagai golongan yang aktif untuk menyatakan pandangan mereka.
"Melaui MDN kita sedang lakukan untuk mendekati golongan ini menyampaikan ide dalam usaha memantapkan solidariti sosial ini dalam pelbagai bidang dan sektor di negara ini," ujarnya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers