Thursday, June 22, 2017

Gabungan semula Anwar-Mahathir bakal cetus sokongan majoriti, kata Husam



Husam Musa
Kejayaan usaha menggabungkan semula kepimpinan Tun Dr.Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menarik sokongan besar bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14
Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata majoriti rakyat berbilang kaum akan memberi kepercayaan kepada dua tokoh ini untuk menyelamatkan negara.
"Ramai tidak menduga pengabungan semula ini boleh berlaku.
"Semua perlu meraikan pengorbanan kedua-dua pihak yang sanggup melupakan sejarah lama demi kepentingan rakyat dan negara," katanya di majlis tadabbur al-Quran dan simulasi Aidilfitri Pakatan Harapan  di Pasir Mas semalam.
Perkara paling penting bagi gabungan Pakatan Harapan sekarang katanya adalah mengutamakan tindakan berasaskan keputusan bersama.
"Bila semua kita bertindak secara bersama, segala yang dirancang akan dapat dicapai," katanya.
Pada majlis itu pimpinan semua parti dalam Pakatan Harapan peringkat negeri turut sama menjalani simulasi Aidilfitri yang bakal digunakan pada hari raya nanti.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers