Friday, June 23, 2017

200 kanak-kanak miskin terima baju raya dari DAP Perak




TAIPING, 23 JUN: Sambutan hari raya bagi 200 kanak-kanak daripada keluarga miskin di daerah ini bakal diraikan dengan suasana yang ceria apabila masing-masing menerima baju raya hasil sumbangan DAP Perak.
Selain itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming turut berbesar hati menyumbangkan RM1,000 kepada Masjid Expo Taiping bagi menampung kos untuk mengadakan majlis berbuka puasa.
Ahli Parlimen Taiping itu berkata, perjuangan DAP tidak tertumpu kepada sesetengah kaum sahaja, sebaliknya melibatkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama, kaum mahupun fahaman politik.
“Parti ini amat mementingkan akhlak mulia serta kasih sayang antara rakyat sebagai usaha untuk memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat,” katanya dalam majlis tersebut.
Beliau dalam pada itu turut menyeru agar rakyat menjauhi politik wang dan perkauman kerana ia adalah bertentang dengan ajaran Islam.
Turut hadir dalam majlis itu adalah ADUN Pokok Assam, Teh Kok Lim; Leow Thye Yik (ADUN Aulong); Hj Azam bin Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Masjid); Mohd Saad (Ketua Amanah Taiping); dan Abdul Walad (Setiausaha Amanah Taiping).
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers