Syarikat China rakan kongsi Proton Holding





Cerdik juga rupanya...yang ada dijual bagai..bukan nak tingkatkn teknologi dan kepakaan..tapi jaan mudah jual..kalau India..bukan sahaja teknologi Russia dikuasai..malahan Jet pejuang dari negara itu ditingkatkan teknologinya...Sebab itu, bila Najib nak jual MIG 29..India sedia membelinya kerana India mempunyai kepakaran dalam meningkatkan keupayaan MIG...





Syarikat DRB-Hicom akan menjual 49.9 peratus ekuiti dalam Proton Holding kepada syarikat pembuat kereta China, Kumpulan Geely Holding.
Menurut DRB-Hicom, yang dipetik oleh portal The Star kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan akan memeterai Perjanjian Definitif pada Julai 2017.
Syarikat bermasalah itu juga dilaporkan akan menjual semua kepentingannya dalam syarikat pembuat kereta British, Lotus kepada Geely.
"Perjanjian itu juga akan menyaksikan Proton menjual keseluruhan ekuitinya dalam Lotus kepada Geely Holding, yang akan melihat kumpulan itu tidak lagi akan berkecimpung dalam segmen kereta sport," kata DRB-Hicom.
Dengan keputusan itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.
Ia mempunyai kemudahan di sebahagian besar dunia, termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.
Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dipetik berkata, perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.
"Hasrat kami adalah sentiasa untuk memastikan nama Proton terus giat semula. Ia adalah jenama kereta nasional pertama di Malaysia dan mempunyai sejarah lebih 30 tahun.
"Perjanjian ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan jenama yang sebatii dengan rakyat Malaysia," katanya.
Kerajaan, sebelum ini mengarahkan DRB-Hicom, sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, supaya mencari rakan kongsi strategik untuk Proton Holdings sebagai sebahagian daripada syarat sebelum pinjaman mudah RM1.5 bilion disalurkan tahun lalu.

No comments: