Pakatan Harapan dicemburui kerana berjaya di Pulau Pinang, Selangor


KUALA LUMPUR, 24 MEI: Pencapaian cemerlang dasar ekonomi dan negeri berkebajikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dan Selangor merupakan kejayaan urus tadbir cekap dan berintegriti yang dibawa agenda reformasi.
Menurut Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, kejayaan pentadbiran di kedua-dua negeri itu menjadi petunjuk kepada pencapaian yang mampu dikecapi jika berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
“Jika kita boleh mentadbir dengan cemerlang Selangor dan Pulau Pinang, percayalah, kita juga boleh mentadbir dengan cemerlang jika rakyat memberi mandat kepada kita memimpin Putrajaya InshaAllah,” katanya dalam kemaskini facebook beliau sempena ucapan dasar Kongres PKR 2017.
Hasil kejayaan itu katanya telah membawa kemakmuran kepada negeri dengan pengurangan hutang dan peningkatan rizab negeri sebanyak RM4 bilion bagi Selangor dan RM1.7 bilion bagi Pulau Pinang.
“Lebihan hasil pendapatan negeri dipulangkan kepada rakyat. Lantas membawa kesejahteraan kepada negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali gah dengan Inisiatif Peduli Rakyat.
“Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri Saudara Lim Guan Eng melaksanakan skim I-Sejahtera,” katanya.
Ekoran itu, bukan sesuatu yang menghairankan jika kedua-dua negeri ini diserang dengan pelbagai fitnah dan tohmahan tidak berasas untuk memburuk-burukkan kepimpinan negeri.
“Oleh kerana golongan kleptokrat kebuntuan menghadapi pemimpin yang adil, telus dan beramanah. Lalu fitnah ditabur. Tuduhan direka-reka.
“Kini, saudara Lim Guan Eng berdepan dengan tuduhan yang direka-reka. Kepada saudara Lim Guan Eng, kami KEADILAN dan HARAPAN akan teguh bersama anda melawan fitnah yang dilontarkan ini,” ujarnya.
Dalam ucapan dasarnya dalam Kongres PKR 2017 di Shah Alam kelmarin, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengambil contoh Pulau Pinang berkata pihak lawan juga terpaksa memainkan sentimen kaum.
“Mereka terpaksa meniup sentimen perkauman.
“UMNO tuduh Guan Eng anti-Melayu, MCA dan Gerakan pula menuduh Guan Eng terlampau membantu agama Islam dan orang Melayu,” ujarnya lagi.
Segala tohmahan itu realitinya sekadar dakwaan semberono yang menunjukkan UMNO-BN telah kehabisan modal berpolitik dan terpaksa menjaja politik ketakutan dan kebencian

No comments: