Enggan terima memorandum pejabat SPR dirantai


Pemuda Pakatan Harapan menunjukkan  pagar pejabat SPR yang dikunci kerana keengganan wakil SPR menerima memorandum Pakatan Harapan.-Foto oleh Wan Zahari Wan Salleh.Pemuda Pakatan Harapan menunjukkan pagar pejabat SPR yang dikunci kerana keengganan wakil SPR menerima memorandum Pakatan Harapan.-Foto oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Buat pertama kali sejarah kewujudan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, hari ini bangunan tersebut dirantai oleh peserta demonstrasi.
Tindakan itu dilakukan ekoran SPR enggan menerima memorandum bantahan Pemuda Pakatan Harapan berhubung akses kepada Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun.
Terdahulu, lebih 50 demonstran termasuk dari Kelantan dan Terengganu berkumpul di perkarangan Menara SPR itu selama sejam bagi menyerahkan memorandum berkenaan.
Peserta demontrasi  mengunci pintu masuk ke pejabat  SPR.Peserta demontrasi mengunci pintu masuk ke pejabat SPR.







Menurut Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan, keengganan SPR mengedarkan salinan daftar pemilih itu bakal disusuli dengan laporan polis minggu depan selain penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
"Kita sangat dukacita kerana demonstrasi hari ini gagal menyerahkan memorandum bantahan larangan edaran salinan RDPT kepada Pengerusi SPR.
"Kita juga akan mengusahakan perkara ini untuk mendapat perhatian dan campur tangan daripada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja," tegasnya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat SPR hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Amanah Putrajaya Kamal Koh berkata, SPR harus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Agong bagi proses pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.
"Tindakan mengunci pagar pejabat SPR ini simbol protes rakyat meluahkan kemarahan dalam usaha kita menegakkan keadilan.
"Kita mendidik rakyat tentang hak demokrasi bukannya kuku besi dan angkuh sehingga turun terima memorandum pun tak mahu," ujar Naib Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan itu lagi ketika ditemui Malaysia Dateline.
Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan ketika mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat SPR di Putrajaya hari ini.Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan ketika mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

No comments: