Enam dekad perintah P. Pinang, apa UMNO-BN buat untuk rakyat?




GEORGE TOWN, 24 MEI: Tidak dapat disangkal lagi rakyat Pulau Pinang menikmati banyak manfaat sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dengan pelbagai dasar pro-rakyat sejak tahun 2008.
Malah, Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid berkata, pencapaian kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dalam membantu golongan sasaran berpendapatan rendah mengatasi rekod enam dekad pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN).
Sebagai contoh, katanya, program Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang diperkenalkan sejak 2009 telah memanfaatkan 1,037 keluarga Melayu di negeri itu.
“Program AES merupakan inisiatif membasmi kemiskinan dalam kalangan keluarga miskin tegar bagi menjamin setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM790 sebulan.
“Kerajaan negeri akan ‘top-up’ atau tambah nilai perbezaannya setiap bulan sehingga ia genap RM790,” katanya yang juga Penolong Publisiti DAP Pulau Pinang kepada Roketkini.
Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid
Ia, katanya, tidak termasuk program bantuan Penghargaan Kerajaan Negeri seperti Warga Emas, Ibu Emas serta Projek Titian Saksama Rakyat yang disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira kaum dan agama.
“Banyak lagi contoh yang membuktikan kerajaan negeri pulau pinang berjaya melaksanakan dasar yang pro-rakyat dan bermanfaat.
“Persoalannya sekarang, selama enam dekad Pulau Pinang di bawah pentadbiran UMNO-BN, apakah inisiatif yang diambil oleh mereka untuk meringankan beban rakyat?
“Kalau kita lihat di peringkat persekutuan, melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menonjolkan betapa keringnya hati mereka terhadap keperitan yang dihadapi rakyat,” katanya, sekaligus menempelak fitnah sesetengah pihak terhadap Pakatan Harapan.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Pengarah Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menuduh kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan gagal menunaikan manifesto pilihan raya umum (PRU). 

No comments: