Tuesday, May 30, 2017

Cadangan jejambat libatkan tanah masjid tak jaga sensitiviti agama


Penduduk sekitar bandar Tanah Merah berhimpun selepas menunaikan solat Jumaat membantah pembinaan jejambat yang dicadangkan berhampiran kawasan masjid Sultan Ismail PetraPenduduk sekitar bandar Tanah Merah berhimpun selepas menunaikan solat Jumaat membantah pembinaan jejambat yang dicadangkan berhampiran kawasan masjid Sultan Ismail Petra
Cadangan pembinaan jejambat di tengah-tengah bandar Tanah Merah mendapat bantahan penduduk kerana ia jelas mengetepikan sensitiviti agama dan sosial.
"Ini bukan soal anti pembangunan, tapi perancangan pembangunan mesti mengambil kira nilai-nilai penduduk tempatan," kata ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr. Hafidz Rizal.
Jumaat lalu, penduduk sekitar bandar Tanah Merah berhimpun selepas menunaikan solat Jumaat membantah cadangan pembinaan jejambat  (flyover) berhampiran kawasan masjid Sultan Ismail Petra.
Hafidz RizalHafidz RizalDr. Hafidz yang juga penduduk kawasan itu menolak tuduhan kononnya rakyat di bandar itu menolak pembangunan.
"Adakah rakyat Tanah Merah menolak kemajuan?
"Sebodoh itukah rakyat Tanah Merah?
"Kenapa perlu turun membantah, pasti ada sesuatu yang tidak kena," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Bantahan itu katanya, dibuat kerana berlaku pengambilan tanah milik Masjid Sultan Ismail Petra, di tengah-tengah bandar Tanah Merah.
"Kami rmembantah flyover yang mengorbankan tanah rumah Allah SWT.
"Sepatutnya dicari satu alternatif yang tidak melibatkan kawasan masjid," katanya.
Menurutnya, sebelum ini beliau mendapat maklumat bahawa cadangan jalan baru itu melalui kawasan lain.
"Laluan ini sama sekali tidak sesuai kerana ia melibatkan kawasan masjid, balai polis dan deretan kedai yang telah sedia jadi tumpuan orang ramai.
"Pembinaan ini akan mengganggu pengunjung masjid, keselesaan balai polis dan masa depan kawasan perniagaan," katanya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers