Monday, May 8, 2017

Banjir kilat di Kota Bharu, sistem perparitan dipersoal


Kawasan letak kereta bawah tanah TNB Kota Bharu dilimpahi air siang tadiKawasan letak kereta bawah tanah TNB Kota Bharu dilimpahi air siang tadi
Hujan lebat hampir sejam di Kota Bharu sekitar jam 2 petang tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi di pusat bandar.
Ahli jawatankuasa PKR Cabang Kota Bharu, Ahmad Syauqey berkata pihaknya memandang serius kejadian banjir kilat di kawasan letak kereta TNB Kota Bharu hari ini.
"Hujan lebat selama hampir setengah jam telah membuatkan kawasan letak kereta bawah tanah TNB Kota Bharu dilimpahi air.
"Sekurang-kurangnya dua kereta dan dua motosikal gagal diselamatkan," katanya.
Menurutnya kejadian banjir kilat ini paling buruk yang melanda kawasan TNB Kota Bharu, berpunca daripada kegagalan sistem perparitan.
"PKR Kota Bharu menggesa pihak Majlis Perbandaran Kita Bharu (MPKB) dan kerajaan negeri memberi perhatian serius dan segera isu kegagalan sistem perparitan bandar Kota Bharu.
"Sebarang elemen pembaziran, rasuah dan ketidakpedulian terhadap masalah rakyat akan menjejaskan kehidupan bersama.
"Ini akan menjadi penilaian kritikal bagi para pengundi Kota Bharu dalam pilihan raya umum dan pilihan raya negeri akan datang," katanya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers