Pemimpin UMNO semakin mengarut bila dekat pilihan raya


KUALA LUMPUR, 25 MAC: Rakyat Malaysia harus sedia berdepan dengan lebih banyak cadangan ‘mengarut’ dari pemimpin UMNO memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Ia termasuklah cadangan berbaur perkauman yang sengaja dibuat bagi merosakkan imej dan reputasi pemimpin pembangkang, kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid.
Menurutnya, pertandingan menulis esei memburuk-burukkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang oleh salah seorang pemimpin UMNO baru-baru ini adalah satu contoh nyata.
“Cadangan itu hanya menunjukkan betapa bankrupnya moral parti UMNO, sehingga menyeru pula rakyat untuk bersama-sama menzahirkan kebencian kepada pemimpin pembangkang.
“Pertandingan berganjaran sebegini sebenarnya berbau hasutan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid.
“Kalau parti-parti pembangkang tawarkan ganjaran seperti itu, sudah tentu penyokong pihak sana akan menimbulkan kekacauan besar,” katanya kepada Roketkini.
Jelas Syerleena, UMNO selama ini memang menjadikan DAP sebagai mangsa fitnah bagi menakut-nakutkan rakyat dengan mesej berbaur perkauman.
Bagaimanapun, jelasnya, parti itu harus sedar tiada tempat untuk menyebar kebencian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.
“Mereka (pemimpin UMNO) tidak akan menyentuh atau berdebat tentang polisi-polisi kerajaan, mahupun jalan keluar dari kemelut ekonomi, atau jalan penyelesaian bagi isu-isu pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan peningkatan kos hidup.
“Tujuan dan taktik UMNO hanya satu – memfitnah DAP habis-habisan. Rakyat sudah jelak dengan kelakuan ini yang hanya menonjolkan kejahilan UMNO,” ujarnya.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa semalam menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh menulis esei bagi membuktikan Kit Siang anti-Melayu dan anti-Islam.
Biarpun dikecam ramai pihak, beliau hari ini meningkatkan lagi ganjaran itu kepada RM50,000. – 

No comments: