Sunday, March 19, 2017

NGO dakwa FGV undang bencana kepada peneroka


Mazlan Aliman membentangkan kertas kerja di Konvensyen Warga Felda di Shah Alam hari iniMazlan Aliman membentangkan kertas kerja di Konvensyen Warga Felda di Shah Alam hari ini
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyifatkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) membawa bala kepada peneroka.
"Saya sejak awal bantah cadangan penyenaraian FGV tapi bila berlaku juga pada 28 Jun 2012, Felda hilang dua punca pendapatan utama.
"Ladang Felda seluas 360, 000 hektar hilang kepada FGV dan KPF (Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd) dijual kepada FGV.
"Malangnya, FGV gagal meraih untung hingga mengundang malapetaka kepada peneroka," tegasnya dalam Konvensyen Warga Felda bertemakan 'Kelansungan Felda melalui pengupayaan dan pendidikan' di Shah Alam hari ini.
Akibatnya, beliau yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor berkata, Felda mengalami masalah kewangan kritikal sekaligus menjejaskan pendapatan peneroka.
Mengulas tentang isu perumahan kepada generasi kedua peneroka, Mazlan menegaskan kerajaan pusat bertanggungjwab untuk menyelesaikannya.
"Bukan Felda yang kena siapkan sebaliknya kerajaan pusat perlu sediakan peruntukan untuk selesaikan masalah rumah generasi peneroka kedua yang terbengkalai.
"Projek rumah Felda paling bermasalah adalah di Pahang. Projek Sentuhan Kasih di tiga kawasan juga bermasalah. RM120 juta duit peneroka lebur tapi tiada hasil.
"Peserta-peserta yang duduk di rumah itu sudah mula hantar memorandum kepada Shahrir (Pengerusi Felda) persoal mana projek pertanian moden," ujarnya.
Sementara itu, peguam Ahmad Nizam Hamid menyifatkan pendekatan Felda pada masa ini menyebabkan peneroka terperangkap dalam kemiskinan.
"Felda sudah buat sistem padi kunca. Tiba-tiba peneroka menanggung banyak hutang.
"Felda tujuannya untuk hapuskan lintah darat tapi yang berlaku sebaliknya. Felda dilihat sebagai cek kosong kepada Umno-BN," tegas Ahmad Nizam lagi.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers