Thursday, March 23, 2017

Husam calon Amanah parlimen Kota Bharu



Datuk Husam Musa Datuk Husam MusaDatuk Husam Musa bakal dicalonkan oleh Amanah untuk bertanding di parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.
Perkara ini disahkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika melancarkan Dataran Amanah di Bunut Payong hari ini.
"Calon kita untuk parlimen Kota Bharu yang Cikgu Wan Rahim sebut tulah," kata Mohamad ketika berucap di majlis itu.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah ketika berucap di majlis yang sama mencadangkan Husam sebagai calon Parlimen Kota Bharu bagi mewakili Amanah dalam PRU-14 nanti.
"Bagaimana terserah kepada Presiden Amanah untuk mengesahkannya," kata Wan Rahim yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dalam PRU-12 pada tahun 2008 lalu.
Wan Rahim ketika ditemui di majlis itu berkata, beliau tidak bercadang untuk menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya lagi.
"Saya sudah malas untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya, bagi kepada calon muda-muda pula. Datuk Husam boleh lagi," katanya kepada Malaysia Dateline.
Ahli Parlimen Kota Bharu sekarang adalah Datuk Takiyudin Hassan, Setiausaha Agung Pas.
Beliau dijangka akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam ceramahnya malam tadi, Takiyudin mempertikaikan sikap Amanah Kelantan pimpinan Wan Rahim yang sebelum ini berkata Amanah ditubuhkan untuk melawan Umno bukan Pas.
"Tetapi tiba-tiba dia kata nak letak calon lawan Pas," kata Takiyudin dalam ceramah Pas di Cherang, tempat Tun Mahathir Mohamad berucap ketika datang ke Kelantan baru-baru ini.
Wan Rahim sebelum ini berkata, Amanah sedia untuk tidak meletakkan calon melawan Pas dengan syarat Pas sedia berunding.
Tetapi Pas bertegas tidak akan berunding dengan Amanah dan Dap serta parti-parti yang mengadakan hubungan dengannya.
Presiden Amanah  Mohamad Sabu ketika melancarkan Dataran Amanah di Bunut Payong hari ini.Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika melancarkan Dataran Amanah di Bunut Payong hari ini.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers