Saturday, February 18, 2017

PAGI LAIN, PETANG LAIN - ADAKAH PAS PENING KEPALA UNTUK MEMBUAT PENDIRIAN?




Muktamad tidak ada kerjasama - ini pendirian Pas pada sebelah pagi semalam seperti yang dinyatakan sendiri oleh Hadi Awang di Terengganu.

Kata beliau, dasar Pas tidak akan menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah adalah muktamad.
Bagaimanapun, pada sebelah petang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Gombak, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan parti itu akan terus mengadakan rundingan ke arah kerjasama dengan Bersatu.

Rundingan itu, kata Timbalan Presiden Pas itu, akan diteruskan dan tidak terikat dengan tempoh masa tertentu.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan, walaupun ada rundingan dengan Bersatu, keputusan muktamad terletak pada Majlis Syura.
Kenapa pagi lain pendirian dan petang pula lain pendirian?

Mana satu yang boleh dipakai?

Mengapa kali ini, selepas mengeluarkan kenyataan di Terengganu, Hadi tidak hadir ke ibu negara dan membawa pendirian tegasnya itu dalam mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat?

Kenapa diserahkan kepada Tuan Ibrahim untuk mempengerusikan mesyuarat petang semalam?

Apakah Pas sengaja berbuat demikian untuk "memeningkan kepala" pemimpin-pemimpin UMNO dan Bersatu yang pada anggapan mereka begitu memerlukan Pas atau Pas sendiri sebenarnya yang "pening kepala" untuk membuat pendirian yang nyata? (SH 18/02/2017)
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers