Sunday, February 26, 2017

Matlamat utama Pas bukan jatuhkan Umno tapi kukuhkan ummah - Nik Abduh


Nik Abduh Nik AzizNik Abduh Nik Aziz
Matlamat utama Pas bukan untuk menjatuhkan Umno namun lebih kepada memperkukuh ummah, kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau berkata, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa parti itu kini lebih mementingkan konsep pengukuhan ummah dari segi perpaduan di kalangan umat Islam yang semakin lemah.
“Kita bukan bermatlamat utamanya bukan meruntuhkan Umno tapi matlamat utama kukuhkan ummah dan mereka tahu sendiri pemimpin mana yang nak pilih.
“Zaman sekarang orang sudah tidak bergantung kepada suara kerajaan. Mereka fikir sendiri untuk dapat maklumat daripada mana,” katanya ketika berucap dalam Seminar Pemikiran Tokoh Haron Din di ibu negara semalam, seperti dipetik MalaysiaGazette.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengakui pendekatan Pas dalam mempamerkan BPMS yang menganjurkan amalan budaya politik matang berdasarkan fakta dan bukan berasaskan emosi memberikan kesan kepada parti itu.
Jelasnya, langkah Pas untuk mengamalkan politik bukan emosi mengakibatkan parti itu berpecah sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah).
“Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dipraktikkan Pas kini diperkenalkan semasa berlaku pergoncangan dalam Pas.
“Dalam membina strategi politik dan membina polisi yang mengakibatkan Pas bergoncang dan serpih sudah banyak kali, tapi yang kekal adalah istiqomah dan golongan inilah yang membina satu amalan politik yang matang sepertimana yang dikenali,” katanya lagi.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers