Saturday, November 12, 2016

NAJIB BERJOGET ,PEGAWAI YANG TERBABIT SEDANG DISIASAT

SHA LA LA LA LA UNTUK NAJIB SEKALI LAGI....


Memetik laporan dari Singapura semalam di mana perbicaraan berkaitan 1MDB sedang berjalan,  seorang pegawai polis di Jabatan Hal Ehwal Komersial negara itu buat julung kalinya mengesahkan bahawa Jho Low adalah orang penting dalam siasatan penggubahan wang haram yang mereka jalankan berkaitan dengan dana syarikat pelaburan itu.

Pegawai tersebut, Oh Yong Yang memberitahu mahkamah,  Jho Low disiasat sejak tahun 2015 lagi.
Jho Low adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga adalah berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang lain...ia bermula pada 2015," kata beliau.

Katanya, turut dalam senarai penyiasatan mereka ialah  Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Badawy  Al Hussainy, kedua-duanya adalah individu yang pernah memegang jawatan penting dalam Aabar Investment di Abu Dhabi.

Laporan di atas adalah pengakuan dalam mahkamah di Singapura. Ia bukan main-main atau macam berita gossip artis.
Namun jika diimbas, Najib Razak pada 16 Mac 2015 dalam jawapan bertulis di Parlimen, pernah mengatakan bahawa Jho Low tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB.

Kata beliau, semua perkara berkaitan 1MDB diputuskan oleh pengurusan dan lembaga pengarah syarikat tersebut.

Kemudian CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada 26 Mac 2016 juga menafikan sebarang kaitan antara Jho Low dengan syarikat pelaburan itu.

Jho Low tiada sebarang aktiviti dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas oleh syarikat, katanya lagi.
Tetapi, berdasarkan apa yang terkini yang dilaporkan di Singapura itu, terbukti dan sah ia bertentangan dengan kata-kata Najib dan Arul sebelum ini.

Maka, mari kita pelawa Najib dan Arul, beserta Peguam Negara Apandi Ali untuk menyanyi sambil berjoget  lagu "sha la la la la" sekali lagi!! (SH 12/11/2016).
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers