Monday, October 31, 2016

Siasat Dedah OSA: Lembaga Disiplin Umno wajar berlaku adil terhadap Ahmad Husni


Tan Sri Abdul Aziz RahmanTan Sri Abdul Aziz RahmanAhli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah wajar diberikan keadilan sekalipun beliau disiasat oleh pihak polis dan Lembaga Disiplin Umno kerana dedah Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
"Beri peluang pihak polis lakukan soal siasatan sama ada kenyataan yang disebut Ahmad Husni itu melanggar OSA.
"Dalam hal ini Umno juga perlulah berlaku adil  lakukan siasatan terlebih dahulu terhadap ucapan yang dibuat oleh Husni di dewan rakyat itu.
"Buat masa ini kita tidak pasti sama ada Ahmad Husni melanggr OSA atau tidak seperti yang disebutnya dalam sidang dewan itu kerana polis belum lagi lakukan siasatan mengenai hal ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan di buat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khaled Abu Bakar  yang dilaporkan berkata siasatan akan dilakukan pada hari ini (Isnin) terhadap tiga bekas menteri kabinet berhubung dakwaan mendedahkan maklumat sulit kerajaan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Selain Ahmad Husni yang juga bekas menteri kewangan kedua, turut akan disoalsiat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri pembangunan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahManakala bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman pula dipetik berkata, jika Ahmad Husni tidak dipecat atau terlepas daripada tindakan lembaga disiplin Umno, ada kemungkinan tokoh lain daripada parti itu akan turut mempersoalkan skandal 1MDB berkenaan.
Sebabnya, ujar Hamidah kalau diam (tiada tindakan disiplin diambil) maknanya adanya kebenaran apa yang dipersoalkan Ahmad Husni dan dari situ ujarnya, akan ada lagi yang akan buka mulut tentang 1MDB ini.
Menjelaskan lagi kenyataan Hamidah itu, ujar Abdul Rahman lagi, sekiranya hasil siasatan polis mendapati  Ahmad Husni melanggar OSA sudah pasti ia ada kaitan dengan disiplin parti.
"Kalau sekiranya hasil siasatan polis didapati telah melanggar OSA, Lembaga Disiplin Umno perlu menyiasat adakah melanggar syarat-syarat dalam disiplin Umno pula," jelasnya.
Menurut beliau ia bukan persoalan sama ada tindakan itu diambil untuk "menutup mulut" daripada ahli parti bercakap soal 1MDB seperti yang dikatakan oleh Hamidah.
"Mubarak tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mubarak ikut apa sahaja dalam perundangan jika melanggar undang-undang OSA seperti apa yang disebut oleh Speaker (Tan Sri Pandikar Amin) dalam dewan kerana speaker mempunyai kuasa penuh tidak boleh dicabar mana-mana Yang Berhormat kerana speaker ada kerangka perundangannya sendiri, dia pun pengamal undang-undang, dia tahu apa yang dicakapkannya.
"Manakala hak kerajaan (polis) jika ada aduan mereka perlu siasat dan Lembaga Disiplin parti pula perlu jalankan siasatan dalaman sebelum mengambil sebarang  tindakan disiplin terhadap Ahmad Husni atau mana-mana ahli lainnya yang didapati mendedahkan rahsia kerajaan," ujarnya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers