Selepas pembalakan melampau, Kelantan buat Dialog Sayangi Hutan


Dialog Sayangi HutanDialog Sayangi HutanEkoran kontroversi pembalakan tidak terkawal di bahagian hulu Kelantan, pihak kerajaan negeri hari ini menganjurkan dialog 'Sayangi Hutan Kita'.
Program anjuran Perkuburan Intelektual dan Graduan Kelantan (i-Grad) itu yang bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu dijangka berlangsung pukul 9.15 malam semalam.
Dialog itu diadakan selepas pembongkaran kemusnahan kritikal alam sekitar oleh Royalti (R) Malaysia bersama kumpulan NGO dan media minggu lalu.
Pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Zaki Hamzah dan NGO Rakan Alam, Huzir Sulaiman sebagai ahli panel.
Dialog yang dipanggil 'Sanggar Intelek' itu diuar-uarkan akan menjawab persoalan berkaitan amalan pengurusan hutan yang sebenar, takrifan Hutan Simpan Kekal serta hutan sebagai sumber ekonomi negeri.
Dalam hal berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline bersama R Malaysia baru-baru ini mendapati penebangan balak turut melanggar had 50 meter dari tebing sungai selain beberapa balak bersepah di Air Terjun Dakota.
Tinjauan media dan NGO di pedalaman Gua Musang melalui drone minggu lalu mendapati pembalakan secara tebang habis turut melanggar zon rizab sungai. Foto: R MalaysiaTinjauan media dan NGO di pedalaman Gua Musang melalui drone minggu lalu mendapati pembalakan secara tebang habis turut melanggar zon rizab sungai. Foto: R MalaysiaSiasatan juga mendapati paras sungai di sekitar Hutan Simpan Kekal Balah juga cetek akibat aktiviti berlebihan mendapan pasir yang dipercayai kesan pembalakan.
Masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan turut mengadu kehidupan mereka semakin terancam ekoran sumber hutan yang semakin merosot.
PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

No comments: