Sunday, June 12, 2016

KALAU BEGITU, PAS JUGA PATUT DIPANGGIL PIS, BUKAN PAS


Boleh tahan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan ini cuba memperlekehkan Parti Amanah Negara atau yang disebut oleh sesetengah orang sebagai PAN sebagai singkatannya, manakala pimpinannya lebih suka parti tersebut dikenali dengan nama Amanah.

Katanya, parti tersebut telah mengkhianati perjuangan PAS, justeru tidak layak dipanggil Amanah,  tetapi lebih sesuai dipanggil PAN.

Berucap dalam kempen di Sungai Besar, beliau berkata, "kalau ada "mata-mata" PAN di sini balik beritahu bos masing-masing sebab apa nak dipanggil Amanah?"

Nampak dah tiada modal muslimat Pas ini bercakap, merapu semacam sampai perkataan Amanah pun menjadi isu besar baginya.

Kalau betul Wan Hasrina mahu Parti Amanah Negara dikenali sebagai PAN, maka PAS juga mulai sekarang tidak boleh lagi disebut sebagai PAS.

Ini kerana nama sebenar PAS ialah Parti Islam Semalaysia. Jika disingkatkan ia sepatutnya jadi  PIS, bukan PAS.

Mengapa PAS tidak mahu dikenali sebagai PIS, tetapi menggunakan PAS?

Kalau PAS, ia singkatan untuk apa?

Jika PIS boleh menukar namanya kepada PAS, apa masalahnya Parti Amanah Negara disebut Amanah?

Adakah perkataan amanah itu milik peribadi Ketua Dewan Muslimat PIS Selangor sehingga orang lain tidak boleh menggunakannya? (SH 11/06/2016).
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers