Sunday, June 5, 2016

Calon tempatan kelebihan Amanah di pertembungan empat penjuru Kuala Kangsar


image
KUALA KANGSAR, 5 JUN: Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini berjalan lancar dan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Bebas, PAS, BN dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi tadi berjalan lancar dengan kehadiran ribuan penyokong dari parti-parti yang bertanding.
Calon Bebas diwakili Izat Bukhary Ismail Bukhary, PAS oleh Najihatussalehah Ahmad, Mastura Mohd Yazid mewakili BN manakala Dr. Ahmad Termizi Ramli mewakili Amanah.
Berucap di hadapan penyokong setelah pencalonan diterima, calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) Dr. Ahmad Termizi berkata Pakatan Harapan perlu menang dalam PRK Kuala Kangsar demi memperjuangkan negara yang bersih daripada gejala rasuah.
“Ini juga satu persediaan kepada Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 dan membentuk kerajaan yang lebih baik,” ujar anak jati Kuala Kangsar itu.
Selain pimpinan PH negeri, turut memberi sokongan kepada calon Amanah ialah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Parlimen Kuala Kangsar memiliki 32,949 pengundi yang berdaftar berdasarkan daftar pemilih SPR sehingga Mei lalu.
Ia meliputi 15,334 pengundi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan dan 17,298 dari DUN Manong. – Roketkini.com
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers