Monday, June 6, 2016

Calon Amanah dapat jolokan "Fadzil Noor"


Ahmad Termizi (kiri)  mendapat jolokan "Fadzil Noor" ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam.Ahmad Termizi (kiri) mendapat jolokan "Fadzil Noor" ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam.
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli memdapat jolokan "Fadzil Noor" di kalangan penyokong mereka ekoran wajahnya mempunyai iras dengan bekas Presiden Pas Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.
Jolokan Fadzil Noor itu mula dipopularkan ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam, apabila Ahmad Termizi diminta berucap di atas pentas pacuan empat roda yang disediakan.
Ia kemudian mula menjadi buah mulut para jentera dan penyokong yang menyedari persamaan itu.
Mungkin persamaan paling ketara adalah pada bentuk muka yang membujur dan juga jambang serta kumis berwarna putih di keliling wajahnya membuatkan Ahmad Termizi dilihat mirip tokoh politik Islam itu.
Allahyarham menjadi presiden Pas bermula 1989 hingga 2002. Beliau meninggal dunia pada 23 Julai 2002 pada usia 65 tahun dan diganti oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Presiden Pas sebelum beliau adalah Tuan Guru Yusof Rawa.
Allahyarham pernah menjadi ketua pembangkang parlimen ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketokohan, kepetahan serta pendekatan sederhana beliau disegani rakan dan lawan.
Beliau juga antara tokoh gerakan Islam di negara ini yang menjadi pelopor kepada idea kerjasama politik atas nama tahaluf siyasi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah sehingga Pas berjaya memerintah Kelantan pada tahun 1990.
Allahyarham juga antara kawan paliang rapat kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Hari ini, Amanah yang dipelopori bekas pemimpin Pas mendakwa mereka sedang meneruskan legasi perjuangan Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas pemimpin Pas hari ini tidak lagi membawa perjuangan asal parti itu.
Ahmad Termizi  Ramli Ahmad Termizi Ramli
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers