Tuesday, June 7, 2016

Bukan kejutan jika menang, tetapi kejutan kepada negara, kata calon Amanah


Calon Amanah Kuala KangsarCalon Amanah Kuala Kangsar
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menganggap bukan satu kejutan jika beliau keluar sebagai pemenang dalam pilihan raya pada 18 Jun ini.
Namun katanya ia merupakan satu kejutan kepada negara kerana beliau yakin ramai yang tidak menjangka parti yang usianya belum sampai setahun mampu memenangi pilihan raya.
Justeru Ahmad Termizi berharap beliau yang mewakili Amanah dan Pakatan Harapan akan menang bergaya dalam PRK kali ini bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
“Bukan kejutan kalau Amanah menang di Kuala Kangsar tapi akan memberi kejutan kepada negara kerana ramai yang tak menjangka parti lapan bulan boleh menang. Kita mahu menang besar, mengharapkan menang bergaya. Minta doa semua,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan risalah kepada pengundi di Jalan Kangsar, Pekan Kuala kangsar petang semalam.
Mengulas fasa awal kempen, beliau berkata majoriti penduduk yang ditemui memberikan respons yang positif namun tidak menafikan ada segelintir yang kurang senang apabila didekati.
“95 peratus penduduk yang saya temui di pasar menunjukkan respons yang sangat baik tapi adalah lima peratus lagi yang tidak menerima dan seumpamanya tapi secara keseluruhan mereka menunggu parti seperti ini (Amanah),” katanya yang tidak kekok beramah mesra dengan penduduk setempat kerana beliau merupakan anak jati Kuala Kangsar.
Termizi, 61, berasal dari Kampung Suak Petai di Manong, Kuala Kangsar lahir dalam satu keluarga besar dari keturunan Datuk Maharaja Lela dan mempunyai 9 anak hasil perkahwinannya dengan Kamaliah Binti Nordin.
Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Fizik, UTM di samping Ahli Senat universiti yang terkenal dengan teknologi itu.
Melihat komen kepada video KiniTV memaparkan Ahmad Termizi bertemu pengundi yang dimuat naik di facebook pula, seorang pembaca dengan nama Abu Bakar Az-Zubaidy berkata gaya pergaulan dan pertuturan Ahmad Termizi menyerupai bekas presiden Pas Datuk Fadzil Mohd Noor.
“Gaya pergaulan dan pertuturan prof saling tak tumpah iras Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Ditambah lagi wajah yang seakan-akan arwah. Bagus. Teruskan momentum ini. Semoga prof beroleh kemenangan dan suatu hari prof bakal memimpin AMANAH ini. Ketokohan prof amat terserlah. Syabas,” tulisnya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers