Saturday, June 11, 2016

Bersatu dengan Umno isu lama, kami disingkir kerana itu, kata Asmuni


Pas dan Umno semakin rapatPas dan Umno semakin rapat
Kenyataan Ketua Pemuda Pas bahawa parti itu berazam untuk bersatu dengan Umno bukan perkara baharu, kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.
Malah katanya, akibat menentang usaha pengabungan Pas dan Umno menyebabkan bekas pimpinan Pas yang kini menubuhkan Amanah disingkirkan daripada parti itu.
"Kami memang tahu daripada dulu. Sebab itulah kami ditendang daripada Pas.
"Kami kumpulan yang menentang penggabungan Umno dengan Pas. Usaha ini dilakukan sejak selepas pilihan raya 2008 cuma mereka cuba nak menafikan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Asmuni yang juga bendahari agung Amanah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nik Abduh dalam Sinar Harian hari ini bahawa Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.
Asmuni turut mempersoal tujuan Pas bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sekiranya ingin bergabung dengan Umno.
"Kalau nak bergabung bertanding lawan Umno buat apa? Kalau nak bergabung bagitahu penyokong di bawah. Jadi mereka tidak terus berada dalam kekeliruan.
"Pemimpin di atas kata tak ada usaha untuk bergabung dengan umno. Yang pertengahan kata mereka akan bekerjasama dengan Umno.
"Apa maksudnya bekerjasama dengan Umno? Dalam pilihan raya berlawan antara satu sama lain. Apa semua ni?"soalnya.
Beliau turut mengulangi pendirian bahawa Pas bertanding di Kuala Kangsar hanya untuk memenangkan Umno Barisan Nasional.
"Kehadiran mereka dalam pilihan raya ini tidak serius tetapi untuk memudah cara kepada kemenangan Umno Barisan Nasional.
"Kita pun ada maklumat serba sedikit perangkaan-perangkaan mereka tidak menunjukkan usaha untuk mencapai kemenangan," katanya.
Sementara itu, setiausaha organisasi Amanah Suhaizan Kaiyat semalam berkata, maklumat yang diperoleh daripada Laporan Persiapan Dan Gerakerja PAS PRK P067 Kuala Kangsar memaklumkan jumlah undi target Pas di Kuala Kangsar adalah 8,713 sahaja sedangkan undi yg diperolehinya dlm PRU13 adalah 13,136.
"Ini bermakna Pas tidak mahu menang dalam PRK Kuala Kangsar sebaliknya hanya mahu mendapat undi lebih besar daripada Amanah seterusnya mahu memberi kemenangan kepada parti mesranya BN," katanya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers