Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian – Abang Jo

 201 0 0 203

Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian – Abang Jo

 | May 6, 2016
Timbalan Presiden PBB selar kenyataan Hadi Awang berhubung kenyataan Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam.
Abdul Hadi Awang
KUCHING: Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata Sarawak hanya boleh diperintah oleh Bumiputera yang beragama Islam.
Bingung dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus.
“Mana satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Apa yang sedang berlaku?” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hak milik tanah kepada warga Kampung Senari hari ini.
Malam semalam, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membenarkan orang bukan Islam perintah Sarawak, termasuk daripada DAP.
Ahli Parlimen Marang menambah walaupun PAS mengiktiraf orang Cina dan orang India sebagai warganegara, beliau menegaskan pemimpin haruslah beragama Islam.
Sementara itu, ketika dihubungi, Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili menjelaskan Bayang terpilih sebagai calon bagi membuktikan kepada pengkritik bahawa parti Islam itu menerima semua orang tanpa mengira anutan agama.
“Pihak tertentu cuba menggambarkan kami sebagai pelampau tetapi kami sebenarnya tidak ekstrem,” katanya, dan menambah sokongan kepada Bayang setakat ini “menggalakkan”.

No comments: