Husam disambut ratusan penyokong, masih harap pemecatan dikaji semula

Husam tidak perlu merayu kerana beliau harus menjadi anak jantan dan melawan dari luar.Umno dan Pas hanya tinggal penyokong yang sokong membuta tuli.

Husam masih berharap jawatankuasa disiplin kaji semula pemecatannya dari PasHusam masih berharap jawatankuasa disiplin kaji semula pemecatannya dari Pas
Dato' Husam Musa yang disambut ratusan penyokong di balai ketibaan lapangan terbang Sultan Ismai Petra masih berharap agar jawatankuasa disiplin parti mengkaji semula hukuman memecat beliau dari Pas.

"Saya masih belum menerima makluman daripada parti dalam sebarang bentuk, bertulis atau melalui telefon, whatsapp atau media lain," kata beliau kepada pemberita sebaik memasuki balai ketibaan jam 11.00 malam.
Menurutnya beliau masih berbincang dengan peguam tentang apa tindakan berikutnya kerana bagi beliau apa yang terjadi ialah penghakiman melalui media tanpa sebarang prosedur biasa dari segi pelaksanaan keadilan.
"Saya tidak pernah dipanggil  diri malah sampai sekarang tidak dianyatakan apa sebenarnya kesalahan yang saya lakukan.
Dalam pengumuman pemecatan saya pun tidak dinyatakan apa sebenarnya kesalahan saya," katanya.



Beliau seterusnya mengagak jawatankuasa disiplin sebenarnya tidak menemui apa-pa kesalahan yang dilakukannya.
"Mungkin juga saya tidak buat apa-apa kesalahan, tapi bagi sebuah parti politik tindakan boleh diambil bagi tujuan politik.
"Boleh jadi tindakan ke atas saya ini hanya sebab politik," katanya.
Penyokong beliau sebelum itu mengadakan solat hajat di masjid bersebelahan rumah beliau di Salor kemudian beramai-ramai ke lapangan terbang untuk menunjukkan solidariti bersama Husam.
Dalam ucapan ringkas kepada penyokong yang mengiringi beliau sampai ke rumah, beliau meminta semua pihak bertenang dan jangan terburu-buru.
"Ingat pesan Nabi SAW bahawa terburu-buru amalan syaitan.
"Jadi jangan cepat melatah dengan membuat spekulasi liar saya akan masuk mana-mana parti atau akan memanggil orang ramai mahu menunjuk-nunjuk saya ramai penyokong.
Beliau berkata seperti dijadualkan, akan menghadiri muktamar Pas kawasan Kubang Kerian esok walaupun bukan lagi Yang Dipertua Kawasan.
"Saya berharap dapat dibenarkan berucap di muktamar esok sebagaimana telah dijadualkan," katanya.

No comments: