Sunday, May 1, 2016

Demi rakyat, Adun bukan Umno di Terengganu perlu diberi peruntukan

Sebagai anak jati Terengganu saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik TerengganuSebagai anak jati Terengganu saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik Terengganu
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan agar kerajaan minoriti Umno di Terengganu memberi sedikit peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bukan dari Umno agar seluruh rakyat di negeri itu mendapat khidmat wakil rakyat masing-masing yang sewajarnya.
Beliau berkata, hasil perbincangan dengan pemimpin daripada partinya dan Amanah Terengganu, mereka mendapati pendekatan tersebut perlu dipertimbangkan bagi mengurangkan ketidaktentuan politik ketika pentadbiran kerajaan perlu menumpukan usaha-usaha menambah hasil negeri.
"Sebagai anak jati Terengganu, saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik Terengganu yang terus bergolak sejak dua tahun lepas. Saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan Azan Ismail (Adun Bandar), Pengerusi PKR Terengganu dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Terengganu), Pengerusi Amanah Terengganu.
"Hakikatnya ketidakstabilan politik di Terengganu yang berpunca dari perpecahan dalaman Umno Terengganu yang parah akan terus memangsakan rakyat Terengganu yang masih lagi rata-ratanya membawa pulang pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan," ujarnya yang juga Setiausaha Agung PKR.
Mengakui suasana politik di Terengganu lebih banyak ditentukan oleh Umno dan Pas yang dilihat sama kuat ketika Pakatan Harapan mempunyai pengaruh besar di pantai barat, beliau berkata, kedudukan Dun Terengganu pada masa ini menyebabkan kemelut pentadbiran hanya boleh diredakan buat sementara waktu oleh Umno dan Pas sahaja.
Sehubungan itu, Rafizi menyeru supaya pimpinan Umno dan Pas di Terengganu mempertimbangkan supaya Umno terus membentuk kerajaan negeri tetapi berfungsi sebagai kerajaan minoriti.
"Walaupun ia kerajaan minoriti, pentadbiran Umno di Terengganu boleh kekal stabil dengan syarat blok kedua terbesar iaitu PAS memberi jaminan ia tidak akan membuat sebarang undi tidak percaya kepada pentadbiran Umno itu sehinggalah Pilihanraya Umum 14 (PRU14) kelak," tambahnya lagi.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers