Berparti atau tanpa parti, Husam tetap harapan Malaysia, kata Wan Ji


Wan Ji Wan HussinWan Ji Wan Hussin
Dipecat dari parti bukan titik noktah bagi tokoh pembela rakyat seperti Adun Salor, Datuk Husam Musa kata pendakwah muda yang kini ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ustaz Wan Ji Wan Husin.
Husam menurut beliau adalah satu simbol kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan pembela rakyat tertindas di negara ini yang sepatutnya jadi idaman kepada mana-mana parti atau kumpulan untuk duduk bersama mereka.
Sebuah parti yang mengaku berjuang Islam dan memecat orang seperti Husam adalah pelik dan luar biasa," katanya.
Bagi Wan Ji, rakyat Malaysia mula melihat bintang Husam ketika beliau berada di parlimen sesi 1999 - 2004.
"Ketika itu beliau satu-satunya ahli parlimen yang dilihat mampu berhadapan dengan kelicikan dan kemampuan Dr. Mahathir Mohamad yang berjaya mengekalkan dirinya sebagai perdana menteri hingga 22 tahun," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Maqasid.
Pendedahan-pendedahan Husam di parlimen kata belaiu bukan sahaja menjadi perhatian dan kepuasan rakyat umum kerana membela mereka malah sekali sekala menarik perhatian Mahathir sendiri yang melihat Husam kerkebolehan tinggi.
Menurutnya lagi sebaik di bawa balik oleh arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjadi Exco Kelantan pada 2004, Husam melakar sejarah demi sejarah mengemudi ekonomi Kelantan yang disisih dan ditekan dari segenap penjuru oleh kerajaan pusat Barisan Nasional.
"Dengan sumber terhad khususnya dinafikan royalti minyak, beliau telah menggerakkan program kebajikan untuk rakyat dan inisiatif-inisiatif ekonomi negeri yang jelas luar biasa dan bukan jenis berfikir secara biasa-biasa," katanya.
Semua ini katanya diakui banyak pihak dan hampir semua setuju bahawa kerajaan Kelantan yang tinggal majoriti satu kerusi selepas pilihan raya 2004, berjaya menang selesa pada 2008 hasil inisiatif-inisiatif kebajikan dan ekonomi yang diketuai Husam.
"Saya langsung tidak risau pemimpin jenis berfikir luar biasa seperti ini untuk bergerak dengan parti atau tanpa parti," kata beliau ketika ditemui selepas program pelancaran tiga cawangan sulung Amanah kawansan Kubang Kerian malam tadi.
Semasa menyampaikan ceramah pada majlis itu beliau yakin rakyat Kelantan mampu membuat pilihan terbaik dalam pilihan raya akan datang.
"Saya yakin Pakatan Harapan, yang tentunya akan diketuai Amanah di Kelantan akan turun bertanding di semua kerusi bagi memastikan Umno dihalang dari berkuasa di Kelantan.
"Kalau kerajaan negeri sekarang telah gagal meyakinkan rakyat untuk meneruskan legasi Tok Guru Nik Aziz, Pakatan mesti turun menawarkan sebuah kerajaan Islam yang lebih baik menggantikan pentadbiran yang semakin tidak disukai rakyat di negeri ini," katanya.

No comments: