Thursday, March 17, 2016

BARU BERSAMA IKATAN, DAH KATA HUDUD TAK SESUAI....

BANYAK KRITIKAN DARI FACEBOOKERS DAN JUGA BLOGGERS JUGA ORANG RAMAI TENTANG TINDAKAN PAS YANG KINI DILIHAT MEMAKAN DIRI SENDIRI.......



AMARAN.......JANGAN PAS KELUARKAN FATWA KERANA IANYA AKAN DILIHAT PAS MENGGUNAKAN AGAMA SETELAH MENYINGKIRKAN KAWAN DALAM MUKTAMAR LEPAS......UNTUK AKU...PAS KINI TELAH LEMAH ......
Dulu...Pas mengatakan hudud adalah nyawa parti itu dan ia akan tetap dilaksanakan biar pun mendapat tentangan daripada DAP.

Malah hudud juga menjadi antara punca Pas berbalah dengan DAP dan banyak pihak lain sehingga akhirnya keluar daripada pakatan itu. Tapi itu dulu...
Kini...baru bersama Ikatan yang tak ketahuan  siapa barisan kepimpinan dan berapa ramai ahli berdaftarnya, Pas  sudah pun bersetuju bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Menerusi Presiden Ikatan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Hadi Awang dikatakan memberitahu, "hudud kita fikir kemudian dan apa yang dibentangkan di Parlimen bukannya hudud, tetapi untuk meningkatkan lagi kuasa mahkamah syariah."

Ehhh, boleh pulak fikir kemudian? Itu baru bergabung dengan Ikatan...belum lagi bersama dengan UMNO?

Alahai....kesian pakcik, lebai dan orang tua kampung yang terus memberi sokongan, sanggup hadir ceramah dan mencampak seringgit dua ke dalam tin milo semata-mata kerana percaya hudud dan hukum Islam akan dilaksanakan oleh Pas.( SH 16/03/2016).

SHAHBUDIN HUSIN.....


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers