PUNYA NAK DAPAT SEMULA KEPERCAYAAN KAUM CINA...SANGGUPKAH BERPAKAIAN BEGINI???



Kepada;
Yang Berhormat Setiausaha
Majlis Syura Ulama (MSU)
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Yang Berhormat Ustaz,
PEMAKAIAN BERUPA DEWA CINA OLEH YB KHAIRUDIN OTHMAN (SETIAUSAHA PAS SELANGOR)
Merujuk kepada hal diatas yang semakin viral menerusi laman sosial.
2. Saya menuntut MSU menyatakan pendirian berdasarkan rujukan dan bersandarkan hukum atas tindakan YB Khairudin Othman tersebut.
3. MSU perlu segera tampil membuat penjelasan dan tidak mendiamkan diri. Jika ia suatu pelanggaran syariat, YB Khairudin mesti diminta bertaubat nasuha dan sekaligus melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Selangor dengan serta merta. Jika sebaliknya, MSU diminta mengarahkan semua para ustaz yang merupakan ahli dan penyokong PAS untuk memberikan penjelasan bahawa perlakuan Setiausaha PAS Selangor adalah diharuskan demi mengekalkan perpaduan kaum dan kepentingan parti sewaktu PRU akan datang.
4. Perkara ini mesti disegerakan kerana ia sudah mula 'panas' dan YB Khairudin hingga kini masih mendiamkan diri.
5. Sudah kedengaran disana sini ungkapan siapa sebenarnya boneka DAP?. Ini amat memalukan PAS. Harap MSU segera mendapatkan dalil untuk mengharuskan tindakan peribadi tersebut kerana sekarang PAS diheret sama.
Sekian.
Haji Ahmad Jauhari Maskon
Sabak Bernam
Selangor
8 Feb. 2016

No comments: