Saturday, February 13, 2016

KENYATAAN DATUK HUSAM MUSA



Saya mengikuti kenyataan media oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden Pas pada hari ini berbetulan dengan Mesyuarat Bulanan Pas.

InsyaAllah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti.

Saya menunggu kertas pertuduhan rasmi untuk membolehkan saya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.

Saya akan bertanggung jawab atas semua ucapan saya dan InsyaAllah akan mempertahankannya semasa menemui Jawatankuasa Disiplin nanti.

Pada masa yang sama saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar Pas dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam Pas yang telah saya bangkitkan selama ini.

Pada masa sama, suka saya mengingatkan, janji Dewan Harian Pas Pusat untuk memberikan maklum balas terhadap 'nota cinta' saya pada pertemuan 30 November 2015 belum lagi berlaku.

Kepada Allah saya serahkan urusan dan kepada Allah saya bertawakkal.

Husam Musa
4 Jamadilawwal 1437/ 13 Februari 2016

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers