BAGAIMANA MUSLIHAT PECAHKAN PAKATAN RAKYAT DAN JUGA PAS..

Peranan Dr. Asyraf Wajdi dan Hudud PAS Kelantan








Siapakah Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki?

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), beliau menjawat jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan antara watak penting dalam menjatuhkan dan menjahanamkan Pakatan Rakyat dengan "menjentik" PAS dengan undang-undang hudud.

Berjumpa dengan pimpinan atasan PAS Pusat dengan meminta deraf hudud dibentangkan oleh PAS dan beliau meyakinkan bahawa UMNO akan menyokong Deraf Kanun Jenayah Syariah (hudud) apabila dibentang.

Permulaan episod apabila beliau meminta kanun jenayah syariah dibentangkan di sidang DUN di Negeri Kelantan.

Oleh kerana Negeri Kelantan agak Islamik maka Kanun Jenayah Syariah mendapat sokongan majoriti dan disokong oleh barisan pembangkang (UMNO).

Taktik beliau selaku watak utama dan air mata Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad telah menjadi kerana walau apa pun cara sekalipun pembangkang tetap akan kalah jika tidak menyokong.

Selaku Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan semestinya mata rakyat Kelantan sudah berjaya dikaburkan bahawa UMNO tidak menolak hudud.

Namun episod berikutnya perbalahan dalaman PAS berlaku bahawa pimpinan atasan PAS ditegur dan dinasihat bahawa ini adalah perangkap UMNO.

Namun teguran dan nasihat tidak diendahkan. Maka langkah seterusnya Deraf Kanun Jenayah Syariah dibentangkan di Parlimen oleh Presiden PAS walaupun Pengarah Undang-Undang PAS, YB Hanipa Maidin tidak melihat langsung deraf yang ingin dibentangkan.

Hari berganti hari dan penggal berganti penggal, Kanun Jenayah Syariah masih lagi tidak menjadi usul yang "istimewa" di Parlimen. Janji UMNO untuk menyokong usul hanyalah tinggal janji.

Ini adalah kemenangan untuk beliau dan UMNO apabila berjaya memecahkan Pakatan Rakyat yang telah menjaya mendapat majoriti sokongan rakyat sebanyak 52% dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

UMNO dalam keadaan terdesak dan tersepit ketika itu kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu Timbalan Perdana Menteri pernah mengatakan jika PRU 14 UMNO kehilangan 2% lagi undi maka Putrajaya akan bertukar ke tangan Pakatan Rakyat.

Kini beliau selaku pelakon terbaik telah mengatakan hudud tidak boleh ada dalam konteks Malaysia. Permainan beliau telah berjaya.

Untuk menjaga hati PAS maka beliau meminta Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) di bawah tajaan kerajaan.

Jika ditanya mengenai hudud atau Islam maka ahli-ahli PAS akan attack DAP. Jika dulu ahli-ahli UMNO akan kata semua salah Anwar. Sekarang ahli-ahli PAS akan kata semua salah DAP. UMNO?

Tulisan:
~ Abdul Razak Bin Nordin.


DARI BLOG  : Mountweller

No comments: