Sunday, January 24, 2016

TPPA: Hadi gagal nasihati UMNO tapi tuduh DAP?

Orang ramai gesa hadi hadir ke Parlimen bagi menyokong undi tidak kepada TPPA


Lip Eng
KUALA LUMPUR 24 JAN: DAP menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya DAP ngkal menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), sebagai tidak berasas, mengarut dan dangkal.
Malah, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata Hadi sepatutnya lebih mengerti betapa pihak yang sebenarnya ghairah menandatangani TPPA ialah UMNO, parti yang Hadi sedang nasihati.
“Bagaimana mungkin PAS tidak berjaya menasihati Umno untuk tidak meneruskan agenda TPPA setelah begitu rapat dan mesra dengan parti itu sepanjang enam bulan berpisah dengan rakan lama?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Sebuah portal tempatan semalam melapor, Hadi tanpa sebarang bukti menuduh DAP menyokong TPPA atas alasan kononnya hal ehwal perdagangan di negara dikawal oleh orang Cina.
Lip Eng berkata, tuduhan Hadi itu tidak mencerminkan ketokohan dan keilmuan sebagai pemimpin parti yang bertahun-tahun menjalin kerjasama erat dengan DAP, malah kerap membela parti berkenaan ketika diserang UMNO.
Beliau juga mempersoal Ahli Parlimen Marang itu sama ada UMNO yang berpendirian menyokong TPPA itu mahu menandatangani perjanjian itu kerana ia sebuah parti yang didokong pedagang dan peniaga Cina seperti dakwaan Hadi terhadap DAP?
“Sekelip mata Hadi berubah lenggok bahasanya sehingga sanggup meniru skrip UMNO dengan berfikir dalam konteks politik perkauman, berbeza dengan aspirasi partinya yang beberapa tahun lalu giat menghindar politik perkauman sempit dan mengadu domba,” katanya.
Dengan tegas, Lip Eng berkata, DAP dengan kekuatan 37 Ahli Parlimen akan mengundi menolak TPPA, berbanding dengan PAS yang kini hanya mempunyai 14 undi di Parlimen.
Beliau juga berharap Hadi akan hadir sesi pengundian TPPA di Dewan Rakyat untuk bersama-sama menolak TPPA, jika tiada aral melintang.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers