Saturday, January 23, 2016

Menteri JPM usah dolak dalik isu biasiswa JPA



KUALA LUMPUR 22 JAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong perlu berhenti berdolak-dalih berkenaan isu penggantungan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebaliknya membantu nasib pelajar yang kian tidak menentu.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata Ka Siong  sepatutnya fokus kepada menyelesaikan isu itu, bukannya memutar belit kenyataannya kerana ia membabitkan masa depan rakyat terutama anak muda.
“Sebelum ini,  kenyataannya begitu jelas mengesahkan penggantungan biasiswa itu. Jika tidak, mana mungkin media berani melapor isu berkenaan.
“Mungkin Ka Siong berada dalam tekanan kerana terlepas kata mengenai perkara itu kepada media tetapi dia tidak harus panik dan mula berdolak-dalih,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan laporan sebuah portal berhubung kenyataan Ka Siong tentang beliau membangkitkan isu penggantungan biasiswa JPA untuk kursus ijazah pertama di Kabinet berikutan aduan beberapa pelajar cemerlang.
Namun, selepas menerima banyak kritikan, beliau kemudian menafi membuat kenyataan itu dan mendakwa laporan yang dimuat naik itu tidak tepat.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, berkata pelajar dan ibu bapa yang terkesan dengan kenyataan Ka Siong itu tidak peduli sama ada pengumuman itu rasmi atau sebaliknya tetapi bimbang soal bantuan biasiswa.
“Beratus-ratus pelajar menghadapi kesulitan jika penggantungan itu berlaku kerana ia melibatkan masa depan mereka.
“Memandangkan Ka Siong membawa isu itu ke kabinet, beliau harus memberi jawapan kepada dua persoalan timbul, pertama, mengapa keputusan penting sebegitu ditentukan oleh JPA dan bukannya Kabinet memandangkan beliau hanya mengetahui perkara itu setelah dilapor media?
“Kedua, terdapat dakwaan mengatakan biasiswa Mara tidak akan terjejas. Benarkah dakwaan itu? Adakah beliau akan membangkitkan isu itu di mesyuarat Kabinet?” katanya.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers