Lupakah UMNO saranan Onn Jaafar ketika mula diasaskan?


DATO ONN JAAFAR MEMBERIKAN UCAPAN TERAKHIR SEMASA PENYERAHAN PUCUK PIMPINAN KEPADA TUNKU ABDUL RAHMAN PADA 23 OGOS 1951 DI ROOF GARDEN, HOTEL MAJESTIC, KUALA LUMPUR. TURUT KELIHATAN KETUA KAUM IBU, HAJAH ZAINON SULAIMAN DAN KETUA PEMUDA TUN HUSSEIN ONN







SCAN DARI BUKU MUAFAKAT UMNO JOHOR



NOTA

TERBITAN

UTUSAN MALAYSIA

1 DISEMBER 2011

KHAMIS

MUKA 2



***archived by MHM




KUALA LUMPUR 19 JAN: UMNO mungkin mampu mempertahan demokrasi di negara ini jika parti itu membuka keahliannya kepada semua kaum, sebagaimana saranan pengasasnya, Datuk Onn Jaafar, 66 tahun lalu.
Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata masyarakat bukan Melayu belum tentu menyertai UMNO, melainkan parti berkenaan menukar budaya politik dari berasas perkauman kepada bercitra Malaysia.
Untuk itu, beliau berkata, UMNO perlu melalui dua transformasi politik jika mahu terus relevan di mata rakyat Malaysia dengan menjadi parti politik untuk seluruh rakyat, bukan hanya orang Melayu.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, UMNO juga perlu menjuarai isu rakyat khususnya dalam kalangan orang Melayu berpendapatan rendah dan bukannya tertumpu kepada ‘UMNO-putra’.
“Bagaimana sesebuah negara diterajui oleh Perdana Menteri yang partinya sendiri hanya perjuangkan isu satu kaum sahaja, malah dilihat menyaingi kaum lain?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Mengenai kenyataan bekas Menteri Komunikasi Media Datuk Shabery Cheek yang menyatakan bukan mudah untuk UMNO membuka keahliannya kepada bukan Melayu, Kit Siang berkata: “Kata Shabery betul, tapi adakah beliau akan berhenti makan durian walaupun ia sukar dibuka?”
Beliau berkata, DAP juga berdepan kesukaran mempertahan prinsip asas untuk menjadi parti bercitra Malaysia dan memimpin rakyat tanpa mengira kaum atau agama kerana sentiasa diserang dengan pelbagai tohmahan termasuk kononnya anti-Melayu dan anti-Islam.
“Lebih mudah jika DAP menyerah, tunduk dan akur kepada propaganda momokan UMNO kononnya DAP parti untuk bukan Melayu tapi kita tetap pertahankan prinsip kita.
“Persoalannya, adakah UMNO bersedia menjadi parti politik bercitra Malaysia, patriotik dan mampu mempertahan demokrasi negara ini?” katanya dan menambah, majoriti Ahli Parlimen DAP yang menang pilihan raya 1969 dari kalangan kaum India, malah bilangan mengatasi MIC. -Roketkini.com

No comments: