Sunday, January 31, 2016

KETUA PEMUDA PAS KELANTAN GAGAL FAHAM ISU-HUSAM MUSA



KETUA PEMUDA PAS KELANTAN GAGAL FAHAM ISU
 
Komen balas saya pada kenyataan Saudara Fadli Shaari hari ni:
1. Pemuda Pas Kelantan gagal fahami isu.
2. Di bawah konsep accountability yang juga satu dari teras Membangun Bersama Islam, seseorang pemimpin perlu memikul kesan kegagalan tindakannya, apa lagi bila tindakan itu diambil secara bersendirian dan tidak dirujuk pada organisasi.
3. Sefaham saya, menerusi roadmap pelaksanaan undang-undang syariah oleh Jawatan Kuasa Teknikal Bersama Negeri dan Pusat, tidak ada cadangan bill persendirian 355 diputuskan.
4. Ini bermakna apabila ada individu yang mempengaruhi Presiden Pas untuk membawa usul persendirian itu dan langsung tidak dirujuk pada parti terlebih dahulu, mereka perlu bertanggung jawab atas kegagalan bill itu dibentangkan seperti dijanjikan sampai hari ini.
5. Bahkan, membawa usul secara pra matang telah melenyapkan atau merosakkan roadmap asal.
Ia lebih membawa kegagalan berbanding kejayaan.
6. Tindakan tergesa-gesa itu lebih bersifat riya' dan agenda peribadi.
7. Sudah hampir setahun berlalu sejak usul persendirian itu difailkan tetapi ternyata hingga kini, ia gagal dibentangkan.
Ini menunjukkan, tidaklah rugi jika tindakan itu ditangguhkan pada masa itu dan dibincangkan secara lebih masak dan diputuskan secara kolektif.
8. Ketua Pemuda Pas Kelantan seolah anak kecil yang belum lepas susuan dan berteriak takut-takut botol susuannya tidak bersambung.
Anda gagal menarik minat anak muda yang kritis dan juga gagal mempamirkan sikap pemuda Islam yang menilai sesuatu berdasarkan neraca kebenaran dan bukannya asobiyyah kelompok.
9. Saya hairan, jika Ketua Pemuda Pas berani, kenapa beliau tidak hadhir mewakili Kerajaan Negeri dalam forum itu.
Husam Musa
21 Rabiul Akhir 1437/31 Januari 2016
+++++++++++++++++++++++++
Pemuda Pas mahu Husam letak jawatan
WARTAWAN SINAR HARIAN
31 JANUARI 2016
KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan menggesa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.
Kenyataan dibuat setelah Husam membuat gesaan supaya dua pemimpin, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan dalam parti setelah gagal membawa usul pindaan Akta 355 di Parlimen.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, Husam perlu meletak dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan dan parti.
"Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja," katanya.
Fadli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Husam sendiri sudah menyedari beliau bukan lagi relevan dalam arus politik semasa.



Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers