Sunday, January 17, 2016

Kawan BN musuh Amanah, kata Mat Sabu


OLEH MOHD FARHAN DARWIS 
Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan musuh mereka, Barisan Nasional (BN), kata presidennya Mohamad Sabu.

 "Kita musuh BN sekarang. Kita musuh dan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam retreat kepimpinan DAP kebangsaan 2016 di Subang Jaya, Selangor hari ini.

 Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berkata, Amanah menjadi musuh baharu PAS selepas Umno.

 Amanah sebelum ini dilaporkan akan bertanding 8 kerusi di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). ~ sumber

Komen al-Husseyn : 
Sila klik VDO di sini
Eloklah PAS bergabung sahaja dengan Umno supaya boleh berdepan satu lawan satu dengan AMANAH, musuh barunya. 

Buat apa PAS nak bergabung dengan Umno hanya bila selepas PRU14 nanti? 

Pas akan sorong tarik sebagai parti penentu pemerintah. Kehendak di dalam pemikiran mereka, " Jika kami menyertai BN atau PH berapa jumlah kerusi Menteri atau Timbalan yang boleh di berikan?"

Bukankah langkah tersebut hanya akan mengecewakan para pengundi yang mengundi PAS tapi kemudiannya PAS akan bergabung dengan musuh untuk mendapat ghanimah?
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers