Sunday, January 31, 2016

Jangan senang-senang neutralkan pendatang tanpa izin di Sabah


stephen wong

SANDAKAN, 31 JAN: Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt mendesak kerajaan mengeluarkan kad pengenalan khas Sabah sebelum melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin  atau Rehiring Proggramme).
Beliau berkata, ia berikutan program itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan kekhuatiran berhubung situasi yang bakal berlaku melibatkan golongan itu khususnnya di Sabah.
“Sebelum laksanakan rehiring programme, kerajaan kena bersihkan dulu mereka yang mendapat kerakyatan dengan cara yang tak betul dan melaksanakan pemberian Kad Pengenalan Khas Sabah yang dicadangkan banyak pihak sebelum ini.
“Kerajaan perlu cari kaedah tertentu untuk bendung gejala ‘Projek IC’ dengan lebih berkesan, bukan senang-senang neutralkan PATI dengan rehiring programme. Jadi, PATI yang sudah dapat IC melalui saluran salah macam mana pula?” katanya.
Ahli Parlimen Sandakan itu turut menggesa Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Teknikal untuk mengkaji cadangan Laporan RCI Pendatang Asing Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan supaya membentang laporan siasatannya secepat mungkin.
“Sepatutnya laporan ini sudah lama keluar tapi sampai sekarang tidak ada. Mereka nampaknya tidak serius untuk selesaikan masalah ini,” katanya.
Dalam pengumumannya baru-baru ini, Najib berkata kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Rehiring Programme untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberi permit kerja yang sah.
Mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia pada 2014, seramai 6.7 juta pekerja asing ada di Malaysia tetapi hanya 2.1 juta memiliki permit kerja sah. Kerajaan juga pada Jun tahun lalu mengumumkan akan membawa masuk seramai 1.5 juta pekerja dari Bangladesh. – Roketkini.com
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers