Dr Zuhdi ikut teladan Umno?


 2016   oleh Howard Lee Chuan How




zuhdi fitnah dap

Pada 29 Disember 2015, laman web kepada lidah rasmi Parti Islam SeMalaysia (PAS), HarakahDaily.net telah menerbitkan sebuah kenyataan media yang bukan sahaja tidak betul, malah bersifat fitnah dan tohmah yang luar biasa terhadap DAP. DAPSY Perak serta Biro Antarabangsa DAPSY Kebangsaan, mendahului kenyataan ini dengan penafian sepenuhnya kesemua tuduhan liar yang termaktub dalam keyataan tersebut.
Tuduhan palsu Mohamed Razali Abd Rahman, yang begitu gila dan tidak masuk akal, dan terus dikitar semula oleh segelintir daripada kepimpinan PAS melalui Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki hanya menunjukkan bahawa mereka ketandusan isu dan idea. Tambahan lagi dengan tingkah laku mereka kebelakangan ini yang begitu mesra UMNO, mereka terpaksa meminjam bahan fitnah daripada UMNO.
Tahap kesungguhan tohmahan yang dikeluarkan oleh Dr Zuhdi itu, memang mirip dengan telatah dan taktik lumrah digunakan oleh UMNO BN. Tambahan pula, isi kandungannya memang adalah bahan fitnah upahan UMNO yang dikitar semula. Nampaknya, mereka sependekatan mengikuti teladan;

“If you repeat a lie often enough, people will believe it, and you will even come to believe it yourself.”
(Jika anda mengulangi sesuatu pembohongan secukup-cukupnya, orang akan percaya, dan anda juga berkemungkinan akan percayakannya anda sendiri)
Joseph Goebbels, Menteri Propoganda kepada  Adolf Hitler, Diktator Fasis Jerman awal abad ke 20.

najib umnoDAPSY membidas, mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan fitnah dikeluarkan terhadap DAP oleh PAS melalui Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki. DAPSY juga mempersoalkan kredibiliti Pengarah dan Pusat Penyelidikan PAS yang mengeluarkan kenyataan dan pandangan  berdasarkan sumber tulisan blog  yang merupakan hasil fabrikasi dan khayalan pihak pihak tertentu. Ternyata ia adalah kenyataan tertumpu yang berniat jahat ,iaitu untuk memburukkan nama dan memberi persepsi yang buruk kepada DAP menggunakan isu yang sensitif di kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam.
DAPSY juga ingin memanjangkan isu tentang hubungan dagang antara Malaysia dan Israel yang diakui oleh menteri Kerajaan Barisan Nasional. Data pada tahun 2013 menyaksikan Malaysia naik ke tangga ke-7 sebagai destinasi eksport utama Israel di belakang USA, UK, China, Turkey, Netherlands dan Germany.  Jumlah eksport Israel ke Malaysia pada tahun 2013 adalah NIS1.5bil atau RM1.4bil.
Adakah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS menyokong isu hubungan dagang yang dibenarkan oleh kerajaan Barisan Nasional melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini selepas segelintir kepimpinanan PAS berkira-kira untuk bersama dengan UMNO demi kebaikan Melayu dan Islam?
Mengenai pendirian DAP terhadap konflik Israel dan Palestin, tidak perlulah saya ulangi sekali lagi apa yang telah disuarakan secara konsisten selama kewujudan parti DAP. Pendirian DAP adalah jelas, iaitu menolak keganasan dan penindasan regim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin. Malah DAP menyokong perjuangan rakyat Palestin.
DAPSY telah membawa isu fitnah ini kepada perhatian kepimpinan tertinggi Parti, dan ia akan disusuli dengan kenyataan lanjut oleh pucuk pimpinan tertinggi. DAPSY mengesyorkan kepada pucuk pimpinan, khususnya mereka yang dinamakan secara individu dalam bahan fitnah tersebut, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kesemua pihak terlibat. DAPSY Perak dan Biro Antarabangsa DAPSY Kebangsaan bersedia memberi segala bantuan dan solidariti kepada kepimpinan dan rakan separti dan seperjuangan. – Roketkini.com
*Penulis merupakan Ketua DAPSY Perak.

No comments: