Friday, January 1, 2016

Catatan pengalaman sukarelawan bantu kanak-kanak di Kelantan



IMG-20151223-WA0019
KALA insan lain nyenyak menikmati malam, enam sukarelawan dari Pulau Pinang bersiap sedia meneruskan kesinambungan misi bantuan banjir di Kelantan sejak bah kuning melanda negeri itu, tahun lalu.
Misi kali ini lebih untuk berdialog dengan penduduk dan memberi bantuan membeli kelengkapan persekolahan kepada anak-anak penduduk kampung.
Antara yang terlibat ialah aktivis dari Pakatan Harapan iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), Turut membantu, mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
IMG-20151223-WA0023Tepat jam 1 pagi pada 22 Disember lalu, destinasi perjalanan ke Kelantan bermula dari Pulau Pinang. Satu lagi rombongan turut bertolak dari Kuala Lumpur untuk misi sama.
Setelah mengharungi perjalanan penuh mencabar dengan kabus tebal, gajah di tengah-tengah jalan raya, akhirnya kira-kira jam 6 pagi kami tiba di Tanah Merah dan mencari masjid untuk menunaikan solat Subuh.
Ketika itu, salah seorang sukarelawan bukan Islam iaitu Joshua turut sama memasuki masjid untuk menikmati suasana dalam masjid pada waktu Subuh. Kelihatan Joshua agak aneh dengan keadaan ini.
Seraya meluahkan bisik hati beliau kepada kami: “Awalnya mereka bangun dan datang ke masjid?”
Saya menjawab: “Kami umat Islam menunaikan solat Subuh pada awal pagi. Itulah rutin harian kami.”
Joshua mengangguk faham.
Setelah masing-masing selesai mengambil wuduk, kamipun menunaikan solat Subuh berjemaah sambil meninggalkan Joshua di saf belakang di masjid itu. Setelah selesai bersolat, kelihatan sekumpulan jemaah masjid berkumpul mengelilingi Joshua.
Keadaan itu membuatkan kami gelisah kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku. Kami bingkas ke arah Joshua untuk mengetahui apakah yang berlaku?
Namun, kami lega apabila memerhati sekumpulan jemaah masjid hanya bertanya Joshua kerana berasa pelik mengapa seseorang berketurunan Cina berada di masjid itu.
IMG-20151223-WA0017Ini bermain di benak saya – walaupun orang bukan Islam sudah lama menetap di negara ini, namun mereka masih berasa aneh melihat orang Islam bangun awal pagi manakala orang Islam pula pelik melihat kaum lain menyaksikan orang Islam menunaikan solat.
Sejauh mana dakwah kita dalam memberi kefahaman kepada orang bukan Islam akan cara hidup Islam walaupun sudah berpuluh-puluh tahun kita hidup dalam suasana kepelbagaian?
Kami kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi iaitu Kampung Kedai Geting untuk memulakan misi bantuan. Setelah bersarapan, kami bersiap di sebuah homestay yang menjadi penempatan sementara.
Turut bersama kami Young Syefura Othman yang juga aktivis DAP, baru tiba dari Kuala Lumpur dan Naib Ketua Pemuda Amanah Pulau Pinang, Saiful Azwan yang turut serta menjayakan misi ini.
Apabila tiba bertemu, kami diberi layanan sangat istimewa oleh penduduk kampung. Kami dijamu makan tengah hari dengan pelbagai jenis juadah. Setelah selesai menjamu selera, tiba slot dialog bersama penduduk setempat.
Pelbagai persoalan dikemukakan penduduk termasuk isu senstiviti yang sering dimainkan media arus perdana seperti isu pengharaman azan di Pulau Pinang, isu bantuan kepada sekolah agama, kebajikan orang Melayu di Pulau Pinang dan beberapa isu lain.
Semua isu dijawab Joshua, Young Syefura dan Saiful Azwan. Jelas jawapan yang diberi memuaskan hati penduduk.
Pada waktu malam pula, sekali lagi kami diberi layanan cukup baik oleh penduduk selain tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bertukar-tukar fikiran. Kami juga dijamu hidangan kambing golek dan ayam panggang.
IMG-20151223-WA0016Keesokannya, aktivis berkumpul dan membawa kanak-kanak kampung untuk membeli-belah kelengkapan dan pakaian sekolah sempena musim persekolahan yang bakal berkunjung tiba.
Kelihatan kanak-kanak yang mendapat kelengkapan sekolah yang baharu sangat gembira. Kali ini, Young Syefura memainkan peranan membantu kanak-kanak memilih kelengkapan sekolah dan mereka sangat mesra terhadap Young Syefura.
Dari raut wajah mereka yang kebanyakan berasal dari keluarga nelayan miskin, riak kegembiraan mereka sedikit sebanyak mengubati rasa penat kami yang mengharungi perjalanan tujuh jam ke kampung itu.
Selesai semua aktiviti, sukarelawan pulang dengan perasaan gembira kerana dapat menukil nostalgia indah bersama-sama membantu penduduk kampung itu.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers