BESAR KEMUNGKINAN UMNO KALAH PRU 14 – DR MAHATHIR

HUSAM DIGAM MULUT...PAS MACAM UMNO





OLEH GREENBOC












Dah betul-betul serupa dengan UMNO. Orang yang mengadu (Husam) disiasat, yang diadukan (kerajaan Kelantan) tidak. 

Bolehkah Husam mendapat keadilan dengan cara sedemikian? 

PAS, Kelantan tak boleh dikritik. Kalau nak kritik kena lakukan dalam kelambu. Senyap-senyap. Takut nanti ramai yang keluar PAS, ramai yang akan tolak PAS. 

Kini mulut Husam digam. Tetapi tiada lansung kenyataan untuk mengarahkan semua pimpinan PAS supaya menghentikan apa jua bentuk cacian dan kutukan kepada Husam Musa seperti yang dilakukan melalui pelbagai media: samada konvensional (ceramah dan lain-lain) atau media baharu seperti FB, WA dan seumpamanya. 

Melhat kepada muka-muka orang yang mendengar aduan Husam ketara ia memang berat sebelah. Muka-muka yang ada kesemuanya anti-Husam belaka yang berlakon seperti "orang tengah" untuk menyelesaikan konflik yang ada, walhal ramai melihat bahawa mereka sudah merancang untuk "menyembelih" Husam. 

Kita berserah kepada Allah untuk mendedahkan kebenaran dan keadilan. Mereka boleh mengunci mulut Husam tetap mereka tidak boleh mengunci kebenaran dari dinyatakan, samada melalui Husam atau lansung dari Allah s.w.t. 

Apa yang GB ulas pada tahun 2009 ki ni telah menjadi kenyataan. Petikan:

Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti"wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi.

Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi (parti) di zaman kontemporari ini.

Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.

Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan yang futur (lembab). Perlu menerima hakikat bahawa struktur yang ada boleh dirombak bila-bila masa pabila ia dilihat sudah tidak mampu menatangi zamannya. Kitar hayatnya (Life cycle) akan menetapkan bahawa proses kematangan parti tidak lagi menunggu pasang-surut sokongan terhadapnya.