Monday, August 31, 2015

GHB ambil alih parti tak aktif

GHB ambil alih parti tak aktif


6954
Adrian Wong        
Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mengambil alih Parti Pekerja Malaysia dan menamakannya semula sebagai Parti Amanah Negara.
Ketua GHB Mohamad Sabu berkata, butiran lanjut akan diumumkan pada pelancaran rasmi pada 16 September ini.

Mohamad, ketua protem parti baru, berkata parti baru itu menjangkakan seramai 35,000 ahli menjelang pelancarannya.

Beliau menjelaskan bahawa kesukaran untuk menubuhkan parti baru maka GHB memutuskan untuk mengambil alih parti yang tak aktif.

SELEPAS BERSIH 4, APAKAH DEMO "UNDUR NAJIB" AKAN MENGAMBIL GILIRANNYA PULA?



Sambutan kemerdekaan tahun ini pastinya tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini ia lebih diwarnai dengan jeritan "undur Najib" berbanding suara nostalgia bagaimana kemerdekaan negara dicapai sejak 58 tahun lalu.

Karenah Najib Razak dalam memimpin negara, terutama berkaitan wang RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian diisytiharkan sebagai derma, adalah penyumbang utama kepada kelainan aroma dalam sambutan kemerdekaan kali ini.

Himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos selama 34 jam yang berjalan dengan lancar, aman dan baik tetapi turut menjadikan tuntutan mendesak pengunduran Najib sebagai sasarannya, menambahkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini seperti sudah beralih arah serta tujuannya.

Malah, tahun ini ada yang mengatakan rakyat sebenarnya tidak merdeka, kecuali jika Najib Razak dapat diundurkan sebagai Perdana Menteri dengan segera.

Di mana-mana pula, sambutan kemerdekaan dan pengibaran bendera Malaysia tidak lagi semeriah tahun-tahun sebelumnya. Ia bukanlah kerana ramai yang dah mula benci dan tidak bersyukur dengan negara ini, tetapi lebih sebagai tanda protes terhadap sang Perdana Menteri yang semakin tidak dikehendaki lagi.

Yang lebih mengejutkan dalam himpunan Bersih 4 kali ini pula, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah menunjukkan semangat luar biasa dan kegigihannya untuk "mengerjakan" Najib agar dapat segera dipindahkan keluar dari Seri Perdana dengan kesanggupan turut sama dalam acara itu.

Meskipun tidak pernah turun dan selalu tidak menyokong demonstrasi jalanan sebelum ini, tetapi Tun Mahathir sanggup turun dua kali dalam Bersih 4 kali ini. 

Semangat dan kegigihannya yang sanggup turun sebanyak dua kali dalam Bersih 4 ini tentunya mengingatkan kita bagaimana kerapnya beliau pergi untuk melihat pembangunan Putrajaya, KLCC dan Langkawi ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Untuk memastikan sesuatu usahanya itu berjaya, Tun Mahathir biasanya akan meluangkan lebih banyak masa bagi menunjukkan komitmennya. 

Beliau kemudian memberitahu, kehadirannya dalam Bersih 4 ialah untuk bersolidariti bersama rakyat yang mahu mendesak perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.

Dalam temubual dengan media kemudiannya, Tun Mahathir berkata, demonstrasi jalanan merupakan satu-satunya jalan untuk menyingkirkan Najib, sama seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat Filipina terhadap Ferdinand Marcos suatu ketika dahulu.

"Kalau kerajaan dah tak peduli undang-undang, kita terpaksa gunakan demontrasi jalanan. Lihat Marcos, beliau telah dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan," tegasnya lagi.

Beliau kemudian menambah lagi, "jika kerajaan tak bubarkan pasukan petugas khas itu, saya tidak akan hadir sebanyak dua kali dalam demonstrasi ini."

Walaupun gambarannya seperti Tun Mahathir menyokong demonstrasi jalanan, beliau juga menyarankan Ahli-Ahli Parlimen BN agar bersama-sama mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib bagi menyelamatkan negara ini.

Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang sayangkan parti juga  seharusnya menyokong usul tidak percaya itu, tambah Tun Mahathir lagi.

Persoalannya, apakah selepas ini lebih banyak himpunan rakyat atau demonstrasi jalanan mirip Bersih 4 yang bertujuan mendesak pengunduran Najib akan berlaku dalam negara kita?

Apakah kehadiran Tun Mahathir sebanyak dua kali dalam Bersih 4 adalah isyarat awal bahawa demo "undur Najib" adalah projek terbaru yang akan digigihinya selepas ini sebagaimana dilakukannya ketika membangunkan Putrajaya, KLCC dan Langkawi dahulu?

Apakah dengan mula mengambil contoh kejatuhan Marcos di Filipina, Tun Mahathir secara tersiratnya mula memancing kebersamaan rakyat yang  ingin melihat pengunduran Najib agar bersedia dengan lebih banyak demostrasi jalanan lagi?

Apakah juga, melalui gembar-gembur mengenai demonstrasi jalanan  yang disebut oleh Tun Mahathir ini akan segera membuka mata Ahli-Ahli Parlimen BN, khususnya UMNO untuk tidak berlengah lagi menjadikan undi tidak percaya itu sebagai kenyataan bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan kepada ekonomi dan perpaduan dalam negara?

Lagi pula, ramai pemimpin UMNO sendiri jika ditanya secara diam-diam, turut tidak menafikan kesukaran untuk BN mengekalkan kuasanya jika keadaan seperti sekarang berterusan memandangkan Najib sudah menjadi liabiti yang terlalu berat untuk dipikul. (SH 31/08/2015)
Sehati sejiwa tolak kezaliman – Dr Wan Azizah
Sehati sejiwa tolak kezaliman - Dr Wan Azizah

Sehati sejiwa tolak kezaliman – Dr Wan Azizah

Presiden KEADIALN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpesan kepada rakyat Malaysia supaya sehati sejiwa menolak kezaliman kerajaan Barisan Nasional dan juga rasuah.

Ini menurutnya, hari kemerdekaan perlu disambut dengan bersih, rakyat perlu bangkit untuk melawan kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan.

“Hari Merdeka kita kena sehati sejiwa tolak rasuah, tolak kezaliman. Kita mahukan merdeka yang bersih.

“Maka dengan itu, kita jangan undur, kita akan menang, kita kena lawan sampai menang.

“Hari merdeka ini tak kira apa bangsa, kita semua rakyat malaysia,” katanya dengan penuh semanagt dan disambut dengan laungan reformasi di hadapan peserta Bersih 4, di Dataran Merdeka.

Undur Najib’ sebelum beli kapal perang – Rafizi

Undur Najib’ sebelum beli kapal perang – Rafizi

Bersih 4: Hari kemenangan rakyat Malaysia

Bersih 4: Hari kemenangan rakyat Malaysia
Bersih 4: Hari kemenangan rakyat Malaysia

Bersih 4: Hari kemenangan rakyat Malaysia

Bersih 4.0 merupakan kemenagan besar bagi 300 ribu orang peserta Bersih yang telah turun dalam perhimpunan aman yang diadakan selama dua hari bermula 29 Ogos hingga 30 Ogos.

Menurut pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah, perhimpunan selama 34 jam yang dihadiri oleh mereka adalah satu kejayaan dan kemenangan buat rakyat Malaysia.

DSC_1695 

Jelasnya, rakyat sudah berani untuk turun dan dengan kehadiran yang begiu ramai serta ada peserta yang bermalam di jalan raya, itu terbukti mereka benar-benar menuntut negara yang bersih.

“Ini satu kemenangan buat rakyat Malaysia, dengan keberanian mereka untuk turun, ini membuktikan mereka mahu negara ini bersih dan bebas rasuah.

“Dua hari perhimpunan ini diadakan dan inilah perhimounan yang paling lama kami buat, namun kehadiran rakyat malaysia yang begitu ramai, ia mencipta satu sejarah.

“Harapan mereka sungguh tinggi, mereka mahu kerajaan tunaikan tuntutan mereka,”katanya

LAGI GAMBAR GAMBAR

                                                           SKUAD AMK MENGAWAL




                                              PEMANDANGAN DI MASJID JAMEK


                                                                         DATARAN





                                                               DRONE DIGUNAKAN

Sunday, August 30, 2015

Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta

Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta
Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta

Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta

Dianggarkan lebih 200,000 peserta Bersih 4.0  membanjiri Dataran Merdeka semalam  setelah mereka yang berhimpun di lima lokasi sebelum ini, iaitu Sogo, Masjid Negara, pasar Seni, Dataran Maybank, dan Brickfields mula memasuki kawasan itu.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum, usia dan latar belakang dihiburkan dengan nyanyian oleh kumpulan BangsArt sambil turut menyanyi bersama. Vokalisnya Amir Abd Hadi turut melaungkan Slogan “hidup rakyat” sambil diiringi ketukan dram.

DSC_0451 

Kelihatan beberapa pemimpin NGO dan parti politik, antaranya Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mat Sabu, dan ramai lagi mula memasuki kawasan itu.

Kumpulan dari Dataran Maybank yang turut ada di dalamnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba disambut dengan sorakan dan tepukan tangan peserta BERSIH 4.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin dalam ucapannya berkata, semua peserta perhimpunan hari ini datang kerana mereka adalah “rakyat Malaysia” untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan.
Kata Maria, Perdana Menteri tidak bertanggungjawab kerana amalan rasuah berlaku dalam negara ini.

“Oktober ini kita mesti usulkan undi tidak percara kepada perdana menteri,” katanya.








DSC_0478

GAMBAR GAMBAR



GAMBAR GAMBAR DARI :

 WRLR,
 ABU KASIM, AZRIN SHAH AZIZ,LAN AMPANG,Chin Siew Chin,

Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat

 Makluman: Gambar yang dikatakan pndemo memijak gambarHadi dan Najib adalah satu fitnah.Sehingga demontrasi ini berjalan...aku tidak nampak ada yang melakukan demikian , malah lebih tertumpu kepada hasrat mahukan kerajaan yang bersih cekap dan amanah...ini yang pendemo nak lakukan.

Jika perkara ini berlaku di luar dari kawalan,atau superimpose  maka tidak perlu melatah. Perlu disiasat terlebih dahulu .Isu kaum yang ramai..memang benar..cumanya kali ini kaum Tiong Hua lebih ramai hadir,Dari Masjid Negara hampir 10k pendemo Melayu hadir. Jika 20000 peserta anggaran kaum Melayu dalam 20k dan lebih sedikit.

Rata-rata yang hadir adalah anak muda dan  peniaga , malahan ada yang tidak hadir sebelum ini, hadir malahan yang  menjadi jutawan dan mereka merasakan bahawa polisi Najib dalam mencari pelaburan dan peluang baru hampir tiada. Duit nilai telah merudum malahan tidak laku di China , Arab dan beberapa negara lain menurut seorang peniaga.Ramai yang mula memindahkan simpanan mereka ke Singapura.

Gambar gambar akan di terbitkan dalam akhbar Suara Keadilan minggu hadapan.






Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat
Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat

Peserta baharu tiba, himpunan hari kedua hebat

Hari kedua perhimpunan Bersih 4 masih ramai lagi peserta berada dan tidak berganjak dari sekitar tempat berhimpun.

Dari Masjid Jamek kelihatan lebih kurang 1000 orang yang baru tiba dan berarak menuju ke Dataran Merdeka untuk menyertai para peserta yang lain.

Sebahagian dari peserta Bersih 4 ini telah bermalam di sepanjang jalan, kaki lima dan khemah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak termasuk beberapa pemimpin seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang, Tony Pua dan beberapa pemimpin lain.

Masuk hari kedua ini, warga Bersih masih kelihatan bersemangat dan masih kekal meneruskan matlamat masing-masing menyertai himpunan tersebut yang utamanya menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib meletak jawatan.

Sebelum ini pihak polis telah mengistiharkan perhimpunan Bersih 4 ini adalah haram dan memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk tidak hadir.

Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi juga turut mengharamkan kepada sesiapa sahaja berpakaian kuning dan yang memiliki tulisan Bersih 4.
Walaubagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia yang telah membanjiri bandaraya Kuala Lumpur telah berpakaian kuning dan bertulisan Bersih 4.

Setakat ini juga, peserta Bersih 4 telah memberi kerjasama sepenuhnya dengsn pihak polis dengan berhimpun secara aman dan tiada sebarang provokasi dari mereka.

Himpunan Bersih 4 ini dijangka akan berakhir pada 11.59 malam ini dan mencukupkan 34 jam rakyat Malaysia berhimpun.

Friday, August 28, 2015

PAS SEMAKIN GANJIL

AJK PAS PAHANG SERTAI GHB

HARAPAN BARU AMBIL ALIH PEJABAT PAS JELEBU

BERSIH 4: LIMA LOKASI TELAH DITETAPKAN

Blog Archive

My Blog List

Followers