Khalid Samad: RMK11, Janji-Janji Manis Diulangi, Pakejnya Yang Baru


Nurul Izzah: Amnesty International Telah Mengisytiharkan Anwar Merupakan Seorang Tahanan Politik


Kata Dua Letak Jawatan, Kenapa Najib Tak Sabar Tunggu Hasil Siasatan PAC?


Sebagaimana telah menjadi bualan ramai sejak semalam, banyak tanda tanya timbul jika benar Perdana Menteri, Najib Razak sudah ada keberanian memberi kata dua kepada anggota kabinetnya agar meletakkan jawatan jika tidak bersamanya dalam isu 1MDB.

Najib dikatakan memberi kata dua itu sebaik Menteri Kewangan Kedua, Husni Handzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB dalam mesyuarat kabinet, Jumaat lalu.

Dilaporkan juga, tiada ada seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib setelah diberi peluang berbuat demikian.

Bagaimanapun tidak pula dilaporkan sama ada setiap anggota kabinet diminta bercakap menyatakan pendirian masing-masing atau semua mereka hanya diam dan tidak memberi respon terhadap kada dua Najib itu.

Jika mereka diminta bercakap dan semua anggota kabinet menyatakan sokongan mereka, maka barulah ia boleh dianggap pendirian rasmi ingin terus bersama dengan Najib dalam kemelut 1MDB ini tetapi kiranya sekadar diam dan tidak memberi respon terhadap kata dua itu, tafsirannya boleh jadi berbagai.

Diam atau tidak memberi respon mungkin disebabkan ada anggota kabinet merasakan belum waktunya berbuat demikian, sedang menanti masa yang sesuai, mahu menunggu maklumat lebih detail mengenai 1MDB dan pelbagai lagi.

Atau mungkin juga ada yang beranggapan, "tak kuasa nak layanlah".

Selain diketahui umum beberapa anggota kabinet tidak sebulu dengan Najib dalam menangani isu 1MDB ini, bukan saja daripada UMNO, malah ada menteri MCA yang mengatakan terdapat hal berkaitan syarikat pelaburan itu tidak pernah dibincangkan dalam kabinet sebelum ini, mesyuarat kabinet Jumaat lalu juga tidak dihadiri oleh beberapa menteri.

Antara menteri yang dikesan tidak hadir ialah Muhyiddin Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi kerana kedua-duanya berada di luar negara.

Jadi, kenapa Najib memberi kata dua itu ketika Muhyiddin terutamanya, tidak hadir dalam mesyuarat? Mungkin ada baiknya jika beliau berani mengulangi lagi kata dua itu ketika Muhyiddin hadir dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Kiranya lebih berani, Najib juga seharusnya mengucapkan secara terbuka di khalayak ramai meminta menteri yang tidak bersetuju dengannya agar meletakkan jawatan sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum pemilihan 1987 dulu.

Selain itu, kenapa Najib tergesa-gesa memberi kata dua ini sedangkan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC belum pun habis melaksanakan kerja mereka?

Kenapa tidak tunggu kedua-dua laporan itu disiapkan dahulu? Apakah dengan memberi kata dua ini bermakna Najib yakin kedua-dua siasatan oleh Ketua Audit Negara dan PAC bakal memihak kepadanya?

Tidakkah sebelum ini Najib dan para pengampunya selalu meminta para pengkritik 1MDB agar bersabar menunggu laporan audit dan siasatan PAC?

Bagaimana pula jika kedua-dua laporan itu nanti mendapati banyak yang tidak kena dalam perjalanan harian, urusniaga dan pelaburan 1MDB itu?

Adakah jika laporan itu tidak memihak kepadanya, Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, sebagaimana termaktub dalam fasal 117 M & A syarikat pelaburan itu yang menghendakinya memberi kebenaran bertulis atas sebarang urusniaganya, mahu meletakkan jawatan secara sukarela pula?

Walaupun ada yang berpendapat kata dua Najib itu menunjukkan beliau sudah tidak boleh menahan sabar lagi dengan kritikan dan serangan Tun Mahathir terhadapnya serta mahukan pasukan kabinetnya betul-betul padu di belakangnya, ia sebenarnya belum tentu menjamin kemenangan berpihak kepadanya.

Kata dua ini mungkin merupakan tanda-tanda awal meletusnya perang yang lebih besar dalam UMNO. Dalam hal ini Najib hanya dilihat ingin mempertahankan kedudukannya sedangkan keyakinan ramai mengenai UMNO dan BN mampu menang dalam pilihanraya akan datang semakin menipis hari demi hari.

Ini bermakna jika ada pemimpin UMNO atau anggota kabinet yang mula bertindak berani memisahkan dirinya daripada menyokong Najib, habuan  menerima sokongan yang melimpah dari peringkat bawahan dan pertengahan dalam UMNO sedang menunggu mereka.

Berdasarkan klip video ucapan Muhyiddin di Janda Baik yang tersebar luas adalah bukti nyata isu 1MDB ini tidak menggembirakan majoriti ahli UMNO dan mereka yang berani menyanggah Najib akan menerima lautan sokongan dan dianggap hero dalam menyelamatkan masa depan UMNO serta BN.

Najib pula, dengan mula memberi kata dua, isyaratnya tidak lain ialah beliau semakin terdesak dan kehilangan idea lain untuk menyelamatkan kerusi Perdana Menteri dan Seri Perdana yang didiaminya. (SH 01/06/2015)

Permintaan anak-anak pemimpin PAS: Jangan pecahkan PR!

Permintaan anak-anak pemimpin PAS: Jangan pecahkan PR!
Permintaan anak-anak pemimpin PAS: Jangan pecahkan PR!

Permintaan anak-anak pemimpin PAS: Jangan pecahkan PR!

Tiga anak bekas pemimpin utama PAS bertemu dalam satu forum di hotel Ritz Carlton, Shah Alam malam tadi.

Mereka adalah Mujahid Yusuf anak kepada mantan Presiden PAS 1980an Haji Yusuf Rawa, Faiz Fadzil anak kepada mantan presiden PAS Fadzil Noor, berkuasa sebelum era Hadi Awang dan anak mantan Mursyidul Am PAS yang terkenal Nik Aziz Nik Mat, iaitu Nik Omar Nik Aziz.

Ketiga-tiga mereka menyeru penyatuan PAS dengan PR dikekalkan dan mahu perwakilan yang akan mengundi dalam Muktamar Pemilihan 4 Jun ini berfikir semasak-masaknya sebelum menyokong puak yang berura-ura ingin mengkaji semula tahaluf siyasi bersama PR yang diasaskan pada era Fadzil Noor.

Faiz Fadzil berkata penyertaan PAS dalam PR amat besar maknanya kepada perjuangan mengembangkan syiar Islam. Perkongsian kuasa dengan PKR dan DAP di beberapa buah negeri begitu cemerlang dan tidak sepatutnya agenda itu dipertikaikan.
“Selangor adalah contoh terbaik tahaluf siyasi bersama parti-parti politik. Ia adalah satu kejayaan besar. Oleh itu, jangan kita pecahkan Pakatan

“Gandingan ulama dan profesional juga telah menunjukkan kejayaan dalam PAS sejak diasaskan pada zaman Fadzil Noor. PAS sekarang kena berubah untuk meneruskan perjuangan pada masa depan,” katanya.

Mujahid pula mempersoalkan ketakutan pemimpin PAS dalam isu-isu agama Islam. Katanya, tidak relevan orang Islam di Malaysia yang menguasai negara takut kepada bukan Islam.

“Kenapa orang Islam dalam PAS takut kepada bukan Islam?

“Selain itu, ahli PAS pula dah sama macam Umno kebelakangan ini. Kita asyik saling menyerang sesama sendiri,” katanya mempertikaikan cara berkempen menjelang muktamar yang tidak langsung memperlihatkan akhlak Islam.

Mengenai Hudud Mujahid berkata, isu itu tidak sewajarnya memecah belahkan Pakatan sebagaimana yang berlaku hari ini.

“Tok Guru Nik Aziz tahu Hudud ni tak boleh dilaksanakan kerana kekangan undang-undang pusat, sebab itu ia hanya diluluskan di peringkat negeri sahaja.

“Tapi bila Umno sokong nak laksana Hudud, kita rasakan Umno nak jerat PAS. Jika Umno ikhlas dan jujur bab Hudud ni kenapa mereka tak buat di negeri yang mereka perintah dahulu?” tanyanya.

Sementara itu, Nik Omar pula membawa khalayak menghayati kefakihan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam memerintah Kelantan selama 23 tahun. Katanya, banyak cabaran yang dilalui Nik Aziz. Namun, kebijaksanaan beliau untuk bekerjasama dengan pelbagai parti berjaya mempertahankan Kelantan.

Forum itu dibanjiri oleh hadirin sehingga dewan tidak mampu menampung khalayak. Jika dilihat kepada semangat hadirin maka jelas puak profesional mempunyai peluang besar untuk memenangi jawatan-jawatan penting dalam muktamar yang bakal diadakan kelak.

USTAZ MUTALIB MAAROF - ZIKIR SEBAGAI BENTENG MENGHADAPI SYAITAN


MENGAPA TG HADI AWANG WAJIB BERUNDUR DARIPADA PRESIDEN PAS PUSAT TAHUN INI (2015)???


ANTARANYA


( Ini antaranya sahaja, ada lagi dalil2 yang lain yang lebih sulit ):-

1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am? Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa? Haji Hadi atau Mustafa Ali?

2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di Dun Kota Damansara dan tiga Dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?
(Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).


8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama Umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos 14).

9. Mesyuarat Majlis Syura Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS. 

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah Umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno oleh Majlis Syura PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalonkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada Umno/BN.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).

18. Sahabat dari Kedah bekas Adun bagi tahu teman Almarhum Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.

Di atas itu adalah fakta....

Teuku Zacharyah Iskandar

Apakah Anda Sudah Lupa Pesanan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat 4 Tahun Lalu???Nangoi nagoi PAS cuba baca ni....

Apakah Anda Sudah Lupa Pesanan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat 4 Tahun Lalu???Kata Tok Guru:-Aku nak mati dah sekarang ni. Aku tinggal ke Mu dua perkara selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat. Pertama, kitabullah yang Kedua, Sunnah Rasulullah SAW.Yang Mulia Tuan Pengerusi al fadhil ahli ahli yang telah dilantik Timbalan Presiden Saudara Mat Sabu.Naib-Naib Presiden termasuk seorang exco kerajaan Kelantan, ahli Jawatan Kuasa termasuk seorang exco Kelantan.Pada hadirin sekelian, saya pagi tadi tak boleh datang sini kerana masalah kesihatan.Pada malam ini pun saya minta bercakap awal sikit kerana kurang sihat.Mula-mula sekali saya ucapkan tahniah di atas perlantikan yang dibuat oleh tuan-puan semua.Ramai dari penulis khususnya daripada Utusan Malaysia lagakan antara Ulamak dan Professional.Para hadirin semua, Ulamak Profesional sengaja diadakan-adaka oleh UMNO dan saya minta kepada tuan-puan semua jika hendak tahu mengenai PAS ini tak usah baca surat khabar dia. Dengarlah dari mulut orang PAS sendiri.Khalid Ibnu Walid r.a tak mengaji mana-mana pun, selepas 3 bulan dia masuk Islam, terus dilantik jadi panglima perang.Mohamad Sabu ni lama dah. Mohamad Sabu ni menang bukan keranaMy Card palsu.Bukan undi orang Bangladesh,Bukan undi orang Burma,Bukan undi orang Pakistan,Undi dari orang Pas.Dia menang!!!!Sejak daripada dia terlibat dengan politik masa universiti lagi, di ITM lagi, dia terus bersama dengan PAS.Tak pernah terlibat dengan UMNO, ini kelebihan Mat Sabu.2 kali Mohamad Sabu disumbat dalam ISA.Dia tunduk kepada Umno kah?Dia sujud pada Umno kah?Tidak!!!Bermakna, baik antara Mohamad Sabu dengan balik Azhar hok jadi Pemuda Umno,Mana baik?Sidang hadirin sekalian, masalahnya kita menumpang atas bumi Allah.Bila kita menumpang sebagaimana kita semua tahu, kita mesti patuh kepada tuan punya bumi.Dan manusia untuk manusia hidup di bumi ini, Allah Taala buat langit, kalau bumi sahaja tak dak langit, manusia tak boleh hidup.Siapa yang buat bumi? Allah.Siapa yang buat langit? Allah.Siapa yang membuat kita? Allah.Manusia semua atas dunia dilihat seakan haiwan.Burung, dia boleh berkokok jer.Kucing boleh mengiow jer. Anjing boleh menyalak jer.Lembu boleh mengeboh jer. Manusia boleh belaka..Ada manusia boleh menyalak, ada manusia boleh berkokok, ada manusia boleh mengeboh.Yang pasti manusia ni boleh bercakap dan mempunyai akal, oleh itu Islam mengajar manusia manusia kenal diri.???? ??? ????? ??????? ??????? ???? ???? ???Allah yang menjadikan manusia mati hidup liyabluwakum supaya di antara manusia yang lebih baik dari segi amalanya.Jadi oleh yang demikian, saya berasa bangga mendapat seorang Timbalan Presiden seperti Mohamad Sabu.Dia sangat dibenci oleh musuh.Alhamdullah, insya Allah kita doa mudah-mudahan Mohamad Sabu dirahmati oleh Allah dengan taufikNya, hidayatNya, dan dia insya Allah ke mana dia pergi sebelum dia jadi Timbalan Presiden lagi orang ramai suka.Dimana Mohamad Sabu ceramah di Kelantan orangnya ramai sebagaimana Pesuruhjaya PAS Kelantan pergi ramai orang.Mohamad Sabu lebih mesra dengan Non Muslim, dengan watak dia, dengan penampilan dia.Dengan non Muslim, Cina baik, India baik, amat mesra dengan dia. Kalau saya pergi tu, Cina masuk jugak tapi malu-malu. Boleh jadi penampilan saya lain sikit tapi Mohamad Sabu lebih rapat.Insya Allah UMNO tak boleh nak tidur selepas ini.Insya Allah saya mintak Mohamad Sabu diletak portfolio dia golongan Non Muslim supaya non Muslim lebih mesra dengan Pas dan Mohamad SabuInsya Allah kita doalah mudah-mudahan Allah menyebarkan fahaman Islam lebih cepat daripada biasa.Kerana Mohamad Sabu ni jenis orang turun padang, bukan dok kalut atas surau saja.Para hadirin semua, saya mengucapkan tahniah Jika ada kesilapan nasihatkan saya, tolong maafkan saya, saya nak berhenti setakat tu.Takbir.Ucapan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Di Muktamar Pas ke 57Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar4 Jun 2011
Posted by Abu Musa on Saturday, May 30, 2015

 
 
 
 
 
Apakah Anda Sudah Lupa Pesanan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat 4 Tahun Lalu???Kata Tok Guru:-Aku nak mati dah sekarang ni. Aku tinggal ke Mu dua perkara selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat. Pertama, kitabullah yang Kedua, Sunnah Rasulullah SAW.
 
Yang Mulia Tuan Pengerusi al fadhil ahli ahli yang telah dilantik Timbalan Presiden Saudara Mat Sabu.Naib-Naib Presiden termasuk seorang exco kerajaan Kelantan, ahli Jawatan Kuasa termasuk seorang exco Kelantan.Pada hadirin sekelian, saya pagi tadi tak boleh datang sini kerana masalah kesihatan.
 
Pada malam ini pun saya minta bercakap awal sikit kerana kurang sihat.Mula-mula sekali saya ucapkan tahniah di atas perlantikan yang dibuat oleh tuan-puan semua.Ramai dari penulis khususnya daripada Utusan Malaysia lagakan antara Ulamak dan Professional.Para hadirin semua, Ulamak Profesional sengaja diadakan-adaka oleh UMNO dan saya minta kepada tuan-puan semua jika hendak tahu mengenai PAS ini tak usah baca surat khabar dia. 
Dengarlah dari mulut orang PAS sendiri.Khalid Ibnu Walid r.a tak mengaji mana-mana pun, selepas 3 bulan dia masuk Islam, terus dilantik jadi panglima perang.Mohamad Sabu ni lama dah. Mohamad Sabu ni menang bukan keranaMy Card palsu.Bukan undi orang Bangladesh,Bukan undi orang Burma,Bukan undi orang Pakistan,Undi dari orang Pas.Dia menang!!!!Sejak daripada dia terlibat dengan politik masa universiti lagi, di ITM lagi, dia terus bersama dengan PAS.Tak pernah terlibat dengan UMNO, ini kelebihan Mat Sabu.2 kali Mohamad Sabu disumbat dalam ISA.Dia tunduk kepada Umno kah?Dia sujud pada Umno kah?Tidak!!!Bermakna, baik antara Mohamad Sabu dengan balik Azhar hok jadi Pemuda Umno,Mana baik?Sidang hadirin sekalian, masalahnya kita menumpang atas bumi Allah.Bila kita menumpang sebagaimana kita semua tahu, kita mesti patuh kepada tuan punya bumi.Dan manusia untuk manusia hidup di bumi ini, Allah Taala buat langit, kalau bumi sahaja tak dak langit, manusia tak boleh hidup.Siapa yang buat bumi? Allah.Siapa yang buat langit? Allah.Siapa yang membuat kita? Allah.Manusia semua atas dunia dilihat seakan haiwan.Burung, dia boleh berkokok jer.Kucing boleh mengiow jer. Anjing boleh menyalak jer.Lembu boleh mengeboh jer. Manusia boleh belaka..Ada manusia boleh menyalak, ada manusia boleh berkokok, ada manusia boleh mengeboh.Yang pasti manusia ni boleh bercakap dan mempunyai akal, oleh itu Islam mengajar manusia manusia kenal diri.???? ??? ????? ??????? ??????? ???? ???? ???Allah yang menjadikan manusia mati hidup liyabluwakum supaya di antara manusia yang lebih baik dari segi amalanya.Jadi oleh yang demikian, saya berasa bangga mendapat seorang Timbalan Presiden seperti Mohamad Sabu.
 
Dia sangat dibenci oleh musuh.Alhamdullah, insya Allah kita doa mudah-mudahan Mohamad Sabu dirahmati oleh Allah dengan taufikNya, hidayatNya, dan dia insya Allah ke mana dia pergi sebelum dia jadi Timbalan Presiden lagi orang ramai suka.Dimana Mohamad Sabu ceramah di Kelantan orangnya ramai sebagaimana Pesuruhjaya PAS Kelantan pergi ramai orang.Mohamad Sabu lebih mesra dengan Non Muslim, dengan watak dia, dengan penampilan dia.Dengan non Muslim, Cina baik, India baik, amat mesra dengan dia. Kalau saya pergi tu, Cina masuk jugak tapi malu-malu. Boleh jadi penampilan saya lain sikit tapi Mohamad Sabu lebih rapat.Insya Allah UMNO tak boleh nak tidur selepas ini.
 
Insya Allah saya mintak Mohamad Sabu diletak portfolio dia golongan Non Muslim supaya non Muslim lebih mesra dengan Pas dan Mohamad SabuInsya Allah kita doalah mudah-mudahan Allah menyebarkan fahaman Islam lebih cepat daripada biasa.Kerana Mohamad Sabu ni jenis orang turun padang, bukan dok kalut atas surau saja.Para hadirin semua, saya mengucapkan tahniah Jika ada kesilapan nasihatkan saya, tolong maafkan saya, saya nak berhenti setakat tu.Takbir.Ucapan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Di Muktamar Pas ke 57Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar4 Jun 2011
Posted by Abu Musa on Saturday, May 30, 2015
 
 
 
Kata Tok Guru:-

Aku nak mati dah sekarang ni. Aku tinggal ke Mu dua perkara selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat. Pertama, kitabullah yang Kedua, Sunnah Rasulullah SAW.
Yang Mulia Tuan Pengerusi al fadhil ahli ahli yang telah dilantik Timbalan Presiden Saudara Mat Sabu.

Naib-Naib Presiden termasuk seorang exco kerajaan Kelantan, ahli Jawatan Kuasa termasuk seorang exco Kelantan.
Pada hadirin sekelian, saya pagi tadi tak boleh datang sini kerana masalah kesihatan.
Pada malam ini pun saya minta bercakap awal sikit kerana kurang sihat.
Mula-mula sekali saya ucapkan tahniah di atas perlantikan yang dibuat oleh tuan-puan semua.
Ramai dari penulis khususnya daripada Utusan Malaysia lagakan antara Ulamak dan Professional.
Para hadirin semua, Ulamak Profesional sengaja diadakan-adaka oleh UMNO dan saya minta kepada tuan-puan semua jika hendak tahu mengenai PAS ini tak usah baca surat khabar dia. Dengarlah dari mulut orang PAS sendiri.
Khalid Ibnu Walid r.a tak mengaji mana-mana pun, selepas 3 bulan dia masuk Islam, terus dilantik jadi panglima perang.
Mohamad Sabu ni lama dah. Mohamad Sabu ni menang bukan kerana
My Card palsu.
Bukan undi orang Bangladesh,
Bukan undi orang Burma,
Bukan undi orang Pakistan,
Undi dari orang Pas.
Dia menang!!!!
Sejak daripada dia terlibat dengan politik masa universiti lagi, di ITM lagi, dia terus bersama dengan PAS.
Tak pernah terlibat dengan UMNO, ini kelebihan Mat Sabu.
2 kali Mohamad Sabu disumbat dalam ISA.
Dia tunduk kepada Umno kah?
Dia sujud pada Umno kah?
Tidak!!!
Bermakna, baik antara Mohamad Sabu dengan balik Azhar hok jadi Pemuda Umno,
Mana baik?
Sidang hadirin sekalian, masalahnya kita menumpang atas bumi Allah.
Bila kita menumpang sebagaimana kita semua tahu, kita mesti patuh kepada tuan punya bumi.
Dan manusia untuk manusia hidup di bumi ini, Allah Taala buat langit, kalau bumi sahaja tak dak langit, manusia tak boleh hidup.
Siapa yang buat bumi? Allah.
Siapa yang buat langit? Allah.
Siapa yang membuat kita? Allah.
Manusia semua atas dunia dilihat seakan haiwan.
Burung, dia boleh berkokok jer.
Kucing boleh mengiow jer. Anjing boleh menyalak jer.
Lembu boleh mengeboh jer.
Manusia boleh belaka..
Ada manusia boleh menyalak, ada manusia boleh berkokok, ada manusia boleh mengeboh.
Yang pasti manusia ni boleh bercakap dan mempunyai akal, oleh itu Islam mengajar manusia manusia kenal diri.
???? ??? ????? ??????? ??????? ???? ???? ???
Allah yang menjadikan manusia mati hidup liyabluwakum supaya di antara manusia yang lebih baik dari segi amalanya.
Jadi oleh yang demikian, saya berasa bangga mendapat seorang Timbalan Presiden seperti Mohamad Sabu.
Dia sangat dibenci oleh musuh.
Alhamdullah, insya Allah kita doa mudah-mudahan Mohamad Sabu dirahmati oleh Allah dengan taufikNya, hidayatNya, dan dia insya Allah ke mana dia pergi sebelum dia jadi Timbalan Presiden lagi orang ramai suka.

Dimana Mohamad Sabu ceramah di Kelantan orangnya ramai sebagaimana Pesuruhjaya PAS Kelantan pergi ramai orang.
Mohamad Sabu lebih mesra dengan Non Muslim, dengan watak dia, dengan penampilan dia.

Dengan non Muslim, Cina baik, India baik, amat mesra dengan dia. Kalau saya pergi tu, Cina masuk jugak tapi malu-malu. Boleh jadi penampilan saya lain sikit tapi Mohamad Sabu lebih rapat.
Insya Allah UMNO tak boleh nak tidur selepas ini.

Insya Allah saya mintak Mohamad Sabu diletak portfolio dia golongan Non Muslim supaya non Muslim lebih mesra dengan Pas dan Mohamad Sabu
Insya Allah kita doalah mudah-mudahan Allah menyebarkan fahaman Islam lebih cepat daripada biasa.

Kerana Mohamad Sabu ni jenis orang turun padang, bukan dok kalut atas surau saja.

Para hadirin semua, saya mengucapkan tahniah Jika ada kesilapan nasihatkan saya, tolong maafkan saya, saya nak berhenti setakat tu.
Takbir.

Ucapan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Di Muktamar Pas ke 57
Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar
4 Jun 2011
— with Bertani Satu Ibadah, Lajnah Tanah Pas Pusat, Haznizul Ahamad