Saturday, January 31, 2015

ANAK MUDA AKAN JAUHI PAS JIKA ADA YANG CENDERUNG BERSAMA Umno

 MASALAH DALAMAN PAS PUNCA HARAKAH JATUH..!! 

 

Bekas Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam mendakwa punca sebenar kejatuhan jualan akhbar Harakah adalah disebabkan masalah dalaman parti yang terlalu banyak.

 “Masalah merudum penjualan akhbar Harakah bukan disebabkan akhbar tersebut tidak laku tetapi puncanya adalah disebabkan segelintir pemimpin PAS yang terlalu banyak krisis sehingga gagal menyelesaikanya,” katanya pada program ‘Harakah dalam bahaya’ dan pendedahan mengapa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mesti berundur.

 Menurut beliau, dakwaan penjualan Harakah yang merupakan lidah rasmi parti merudum berpunca daripada kegagalan Ketua Pengaranganya, Ahmad Lutfi Othman seperti yang didakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan pihak majikan “adalah tidak benar sama sekali malah kami dijadikan kambing hitam.”

 Sebaliknya Tarnizi mendakwa, punca sebenar masalah ialah ramai anak muda yang menolak PAS serta sikap permusuhan parti dengan PKR dan DAP.

 “Kalau menguruskan Harakah berdasarkan pada Islam tidak ada masalah, kita selamat, tetapi apa yang berlaku sekarang walaupaun berada dalam organisasi Islam kami rasa tidak selamat.

 “Malah ada pemimpin PAS yang ingin berbaik dengan UMNO cuba memburukkan Harakah, ini bukti bahawa mereka busuk hati dan menjadi penyebab jatuhnya jualan Harakah ,” katanya.

 Pada masa sama Tarmizi menjelaskan, apabila berlakukan krisis antara PAS dengan rakan komponan dalam Pakatan Rakyat (PR) yang lain menyebab wartawan Harakah berada dalam tekanan dan dilanda dilemma untuk membuat laporan.

 “Kami dalam editorial berada dalam dilemma untuk menyiarkan berita apa. Sebagai contoh kalau nak siarkan berita Presiden PAS bantah pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan kita tidak berpisah dengan PR dan bersama dalam misi memperkukuhkan PR.

 “Apa kita nak lapor dalam Harakah, kalau salah lapor akan bertentangan dengan dasar PR,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak pengurusan Harakah lebih profesional dan membuat setiap keputusan berdasarkan perjuangan Islam seperti yang diperjuangkan parti dengan menjaga kebajikan pekerja, bukannya bertindak sesuka hati.


 Tarmizi juga mendesak Mustafa mengundurkan diri sebagai Pengerusi Harakah agar akhbar tersebut terus maju ke hadapan demi memperkukuhkan PAS serta menguatkan lagi perjuangan PR. ~ sumber
 
 
 

SIRI KULIAH ILMU TERBARU USTAZ FAWWAZ MAT JAN

JANGAN PELUK JANTAN IKUT SUKA





















Friday, January 30, 2015

Utusan Malaysia Tolong Presiden PAS Lawan PASMA




Di atas adalah keratan dari Utusan Malaysia yang mengandungi kata kata nista Presiden PAS terhadap PASMA.

Kata-kata yang cukup kesat dan tidak berakhlak dari seorang yang diangkat sebagai ulama dan mewakili kepimpinan ulama dalam PAS.

Sedangkan semua ahli PAS maklum bahwa Utusan Malaysia itu adalah lidah iblis.

Lidah Iblis sekarang bercakap sokong Presiden PAS hentam PASMA.

Apa sudah jadi?

Hancur lebur PAS.

PASMA dihambur kata-kata nista hanya kerana mereka mengagalkan perancangan kerajaan perpaduang PAS+UMNO+Khalid Ibrahim di Selangor sewaktu krisis MB Selangor.

PASMA dikeji dan dihina hanya kerana mereka mahu mempertahankan keputusan Muktamar PAS yang mahukan Pakatan RRakyat diperkukuhkan?

Apa sudah jadi dgn PAS????



SEMUA ADALAH DIJEMPUT

PASMA Untuk Ganti PAS Dalam Pakatan Rakyat

Penubuhan PASMA adalah tersangat penting.

Tampaknya kumpulan pro Pakatan Rakyat dalam PAS kemungkinan besar akan mengalami kekalahan teruk dlm pemilihan 2015 kelak.

Makanya, PASMA kelak akan menggantikan PAS apabila PAS keluar PR dan menyertai UMNO atau BN.

Mengikut mereka-mereka yang berpengalaman, apabila PAS menyertai kerajaan campuran 1972 lepas, mereka yang tidak bersetuju agak ramai. Lebih 40% dari PAS pada masa itu telah tidak bersetuju.

Kesilapannya adalah mereka-mereka ini mengambil sikap berdiam diri dan bertawaqquf.

Sepatutnya 40% ini keluar dari PAS dan menubuhkan parti Islam yang baru.

Apabila mereka-mereka ini bertawaquf maka momentum penentangan terhadap UMNO menjadi kendur dlm masyarakat Melayu.

UMNO berjaya membina semula kekuatan mereka dalam keadaan hampir tiada tentangan sama sekali, PASMA kelak akan menjadi wadah yang memastikan momentum penentangan terhadap UMNO diteruskan di kalangan masyarakat Melayu dlm keadaan PAS bersama dgn UMNO.

Jangan mengulangi kesilapan mereka yang menentang penyertaan PAS ke BN tahun 1972 yang lepas.

Dengan mendiamkan diri dan bertawaqquf telah menyebabkan UMNO berjaya membina kekuatan mereka semula.

PASMA akan menghalang UMNO pulih semula walaupun PAS telah menyertai UMNO/BArisan Nasional.

TULANG BESI

Akaun Facebook ‘Suara Keadilan’ palsu – Pengarang


KUALA LUMPUR, 30 Januari: Suara Keadilan (SK) hari ini menafikan mereka pemilik kepada akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Suara Keadilan’.

(www.facebook.com/suara.keadilan)

Akaun palsu yang menggunakan nama Suara Keadilan
Akaun palsu yang menggunakan nama Suara Keadilan


Ketua Pengarangnya, Mohd Najib Hashim berkata, kewujudan akaun itu tidak pernah diketahui pihaknya dan SK langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun tersebut.

Jelasnya lagi, akaun rasmi facebook SK ialah www.facebook.com/KeadilanDaily, sebagai medium penyampaian berita selain portal dalam talian iaitu KeadilanDaily.com namun semua akaun tersebut dikendalikan sendiri oleh stafnya tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.

Tambahnya lagi, pihaknya menyedari berkenaan kewujudan akaun palsu tersebut apabila beberapa posting yang dimuat naik telah tersebar luas dan melaporkan berita yang berbaur fitnah.

Namun katanya, beliau tidak jelas apakah motif pemilik akaun tersebut menggunakan nama Suara Keadilan namun beberapa maklumat kurang tepat yang dimuat naik pastinya akan menjejaskan nama dan kredibiliti SK serta parti KEADILAN sendiri.

“Kita harap pihak yang terlibat berhenti daripada menggunakan nama Suara Keadilan,” jelasnya lagi.

Justeru, bagi mengelak kekeliruan orang ramai boleh melayari akaun rasmi laman sosial facebook (Keadilan Daily) dan Twitter rasmi Suara Keadilan (@Keadilan_Daily) selain portal atas talian Keadilan Daily.com.

Pilihanraya PBT : SAMM Cabar Hadi Sepentas Berdiskusi

Pilihanraya Kerajaan Tempatan seharusnya menjadi idealisme setiap gerakan politik dalam negara bagi memastikan peranan Ahli Majlis sebagai penimbal balik keputusan dan dasar Pihak Berkuasa Tempatan serta mata dan telinga rakyat di dalam kawasan tersebut untuk membangunkan kawasan komuniti. Ia juga sebagai satu langkah yang dapat memulihkan kepincangan dan ketirisan dalam pentadbiran tier ketiga Sistem Pentadbiran Awam Di Malaysia.


Kali terakhir Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan adalah pada tahun 1964, iaitu 5 tahun sebelum tragedi 13 Mei yang hanya berlaku pada tahun 1969. Jadi, dimanakah logika Datuk Seri Hadi Awang dalam melemparkan tanggapan Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Mengulangi 13 Mei?

Persoalannya, adakah kerana Pilihanraya Kerajaan Tempatan menjadi punca 13 Mei ataupun 13 Mei berlaku kerana demokrasi telah dipadamkan dan keadilan dinafikan sehingga mewujudkan ruang manipulasi besar yang mengakibatkan jurang perbedaan antara kaum dalam negara ini?

Persoalan beginilah yang sepatutnya diutarakan oleh seorang Presiden Parti Politik, yang akan mengangkat martabat fikrah seorang Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Bukannya terus terheret dalam analogi sempit berasaskan kaum dan agama ciptaan UMNO-Barisan Nasional lantas meninggalkan seruan Keadilan Untuk Semua yang dianjurkan Islam.

Kita juga tidak boleh menolak faktor pergeseran dalam UMNO itu sendiri yang ingin menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, terutamanya Mahathir ketika itu sebagai antara pemain utama dan Tun Abdul Razak sebagai pengganti Perdana Menteri telah turut mencetuskan tragedi 13 Mei.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bersemuka di atas satu pentas bagi membicarakan polemik Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang telah ditimbulkan oleh beliau. Hadi tidak boleh sekadar mengeluarkan kata-kata tersebut tanpa memberikan penjelasan lengkap berkait tanggapan beliau itu. SAMM terbuka untuk pihak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan tarikh, masa dan tempat.

Sampai bila kita harus tunggu Malaysia dibuai mimpi indah di mana penbangunan hanya dirasai oleh segelintir rakyat tanpa urustadbir dan tatakelola yang baik dapat diterapkan di dalam setiap lapisan jentera pentadbiran Kerajaan.

Muhammad Akram Bin Ahmad
Penyelaras Bersama

Thursday, January 29, 2015

"Harakah dalam bahaya", Mustafa Ali harus berundur segera

 Oleh: Jebon

Wacana 'Harakah dalam bahaya, mendesak Mustafa Ali berundur' yang dianjur oleh NGO Seniman Paksi Rakyat dan PAS Kawasan Batu di Madrasah Tarbiyah Kampung Banda Dalam , Gombak, 28 Januari lalu agak  menarik dan mengupas secara lebih mendalam perancangan kumpulan Unity Government (UG) menjelang Muktamar pemilihan PAS, Jun depan.

Forum tersebut dihadiri oleh beberapa panel yang mengetahui selok-belok Harakah dan perancangan puak UG untuk menguasai lidah rasmi PAS itu bagi melancarklan agenda mereka menguasai pimpinan bawahan.

Kehadiran bekas Editor Berita Harakah, Datuk Tarmizi Mohd Jam menguatkan hujah tentang wujudnya perancangan puak UG menguasai akhbar parti. Puak UG sebelum ini didakwa menamatkan kontrak Tarmizi, Editor Rencana Roslan Hamid dan sedang berusaha untuk menamatkan jawatan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman.

Forum itu diberitahu, perancangan puak UG untuk menguasai Harakah, sama ada dilakukan secara bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali atau pun dengan pengetahuan beliau. Oleh itu, ahli panel menuntut agar Mustafa Ali agar berundur dari kerusi Lembaga Pengarah Harakah secepat mungkin.

Mustafa - Umno

Mustafa merupakan satu-satunya ahli politik yang mempunyai sejarah panjang bersama lidah rasmi PAS itu. Beliau didakwa memonopoli Harakah sebagai lembaga pengarah selama 27 tahun. Ketika ini, beliau didakwa pula menggunakan medium tersebut untuk untuk merealisasikan hasrat puak UG menguasai PAS secara keseluruhan.

Mustafa menekan Lufti agar bersara awal, konon kerana kemerosotan jualan. Namun jumlah sebenar jualan Harakah tidak pernah didedahkan. Harakah juga tidak pernah diaudit oleh audit bebas yang berautoriti agar perjalanan kewangannya tidak disalah gunakan.  Hari ini, perjalanan kewangan Harakah, dilaporkan, amat meragukan.

Forum juga diberitahu mengenai kecuriaan sebahagian pemimpin PAS akan agenda sebenar Mustafa bersama Umno. Hal ini kerana, hanya Mustafa pemimpin yang masih tinggal dalam ranking kepimpinan PAS yang pernah duduk dalam Kerajaan Perpaduan PAS-Umno pada tahun 1971-1978. Beliau pernah menjawat jawatan Setia Usaha Parlimen dan Timbalan Menteri ketika kerajaan perpaduan itu berlangsung. Tak hairanlah sekali lagi Mustafa akan memainkan peranan sebagai "broker" UG bersama Umno.

Menurut sumber PAS, sebelum ini, tumpuan terarah kepada Majlis Syura Ulama yang dilihat cuba menerapkan agenda Umno ke dalam PAS, tetapi maklumat terbaharu yang diterima mendakwa Setiausaha Agung PAS juga terlibat.

Mustafa didakwa melakukan serangan ke atas DAP untuk menghidupkan isu Islam – Melayu dalam kalangan ulama PAS. Sidang media Mustafa mendapat tempat dalam berita TV3 dan juga muka depan Sinar Harian - akhbar yang pemiliknya adalah totok Umno.

Pilih kasih

Polemik pilihan raya PBT yang ditimbulkan antaranya oleh Mustafa memburukkan lagi imej PAS apabila isu rusuhan kaum 13 Mei dimainkan tidak kena pada tempatnya. Hujah Mustafa juga menyebabkan Naib Presiden PAS yang selalunya menyokong Hadi, mengeluarkan kenyataan menjengkelkan. Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru agar Pakatan Rakyat bersatu membela rakyat yang semakin ditindas BN dan bukannya bersengketa sesama sendiri.

Selain itu, ahli panel juga menyelar sikap Mustafa sebagai setiausaha agung yang tidak mewakili semua ahli dan pemimpin PAS dalam membincangkan masalah peringkat bawahan. Hanya masalah-masalah yang difikirkan sesuai dengan agenda tertentu sahaja diperbincangkan manakala isu-isu lain diketepikan begitu sahaja.

Di akhir forum, pengerusi mengumumkan jumlah pendengar yang mengikuti sesi "Harakah dalam bahaya" yang disiarkan oleh Radioa PedasFM  adalah seramai 755,000 orang.

Tuan Ibrahim tak mahu serang menyerang dalam PR

 Oleh: Jebon

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), rakyat Malaysia sudah muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain sebagaimana berlaku sekarang.

Ingatan ini diberikan beliau ketika PAS dan DAP terlibat dalam serang menyerang yang teruk termasuk presiden parti Islam itu sendiri yang menempelak DAP dalam isu kerajaan tempatan.

Tuan Ibrahim mengajak semua pihak mengenepikan perbezaan dan memberikan fokus kepada persamaan antara mereka.

"Bukankah PR pernah bersetuju yang persamaan antara tiga parti ini jauh melebihi perbezaan antara mereka?

"Mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa kita bersama?" katanya yang jelas tidak senang dengan pertelingkahan verbal antara parti dalam PR yang berlaku sekarang.

Baru-baru ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, ekoran perdebatan terbuka di media antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengenai isu hudud.

Hadi mendakwa jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, ia boleh membawa kepada tercetusnya semula peristiwa 13 Mei, menyebabkan pelbagai pihak menyerang beliau.

Bagi Tuan Ibrahim, setiap parti mempunyai dasar dan agenda masing-masing.

Prinsip perjuangan polisi dan dasar itulah yang menjadi nadi untuk setiap parti terus berjalan dan terus maju.

"Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti," katanya.

Bagi beliau, apabila jurang perbezaan yang diperbesarkan, maka ruang persamaan akan mengecil. Jika ini berterusan, muafakat itu akan pasti hancur.

"Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur.

"Sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan seandainya PR ingin terus kekal," katanya.

Sekiranya ketiga-tiga parti berasa jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya memikirkan semula segalanya kerana setiap parti sedar tiada parti yang boleh berjaya jika ia bersendirian, katanya.

Namun hakikatnya, kata Tuan Ibrahim,m semua pihak sayangkan gabungan PR, dan rakyat pernah menaruh harapan besar terhadap gabungan politik ini.

Oleh itu, katanya PR perlu memandang ke hadapan dan melihat musibah besar yang sedang melanda negara dan keperluan rakyat ini memerlukan perubahan besar kepimpinan politik negara.

Isu rasuah, hutang negara dan bebanan ekonomi rakyat,  isu keselamatan negara dan penyalahgunaan kuasa kepimpinan BN, semuanya memerlukan tindakan dan perhatian segera dan khusus, katanya.

"Semua ini medan yang baik bagi membina persamaan antara parti komponen PR dan juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR," tegasnya

Mustafa Ali tak akui peranan Anwar bawa perubahan politik

 Oleh: Jebon

Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan Datuk Mustafa Ali hari ini yang mengatakan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) kukuh sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Bekas setiausaha agung PKR itu mengingatkan PAS tidak harus berada dalam sindrom penafian kerana enggan mengakui peranan ketua umum PKR itu.

"Isu Anwar bebas atau tidak tetap akan beri impak kepada Pakatan dan rakyat keseluruhannya, impak itu tetap relevan," kata bekas ahli Parlimen Machang itu kepada The Malaysian Insider.

"Pada 2004, kita sudah lihat bagaimana hubungan antara parti dengan parti tidak memadai dan buktinya Barisan Alternatif (BA) tidak mampu diselamatkan dan isu negara Islam akhirnya menyebabkan perpecahan," kata Saifuddin yang juga pengarah pilihan raya PKR.

Saifuddin juga membangkitkan prestasi parti pembangkang ketika itu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya menang besar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin berkata, PAS tidak harus menafikan perkara tersebut dan membuat perbandingan dengan keputusan diperoleh PR pada 2008 dan 2013 selepas Anwar dibebaskan.

"Kita tidak perlu dalam sindrom penafian, kita harus jujur.

"Semasa pilihan raya 2008 dan 2013, pilihan raya ketika itu berlangsung ketika Anwar yang bebas dan hasilnya Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Malah menang undi popular.”

Saifuddin berkata, keputusan mahkamah pada Februari depan penting kepada masa depan PR dan juga harapan rakyat yang mahu melihat sistem 2 parti berjaya.

"Anwar adalah simbol perjuangan reformasi dan harapan untuk alternatif rakyat, maka keputusan mahkamah nanti tetap sangat penting.

"Anwar adalah seorang personaliti yang kuat, beliau (Mustafa) tidak boleh keluarkan kenyataan simplistik sedemikian," katanya.

Selaku pemimpin kanan, Saifuddin juga membidas Mustafa yang dilihat mengeluarkan kenyataan yang tidak bijaksana.

"Sebagai pemimpin senior, beliau (Mustafa) perlu keluar kenyataan yang lebih bijaksana," katanya.

Jika PAS enggan mengiktiraf peranan ketua umum PKR itu, Saifuddin berkata, biarlah rakyat sendiri yang menilai dan mengiktiraf signifikan Anwar dalam arena politik negara.

"Kalau benar PAS tidak iktiraf atau mengakui signifikan Anwar dalam politik dan negara, biarlah rakyat terbanyak dan pendokong reformasi di Malaysia terus berdoa demi pembebasan Anwar.”

Mustafa hari ini pada satu sidang media berkata hubungan PR akan tetap menjadi lebih kukuh walaupun tanpa Anwar jika dihukum penjara.

10 Februari depan ialah keputusan rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Pemimpin PAS perlu hantar deligasi pujuk Hadi tidak pertahan jawatan

 Oleh: Jebon


Dua ucapan berbeza dalam minggu yang sama dikeluarkan oleh pemimpin PAS memungkin satu penyelesaian baharu akan tercapai dalam parti itu.


Pertama, ucapan Presiden Hadi Awang yang semakin keras dan memandang seolah-olah tiada keperluan untuk terus bersama Pakatan Rakyat. Hadi ‘menghalau’ sesiapa sahaja dalam PAS yang tidak sealiran dengan puaknya agar menjadi ahli parti lain.

“Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PasMa ibarat mereka yang menebuk kapal.

“Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera Umno,” kata Hadi.

Manakala satu lagi kenyataan dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru agar parti itu mengecilkan perbezaan pendapat dengan PR.

“PR perlu memandang ke hadapan dan melihat musibah besar yang sedang melanda negara dan keperluan rakyat ini memerlukan perubahan besar kepimpinan politik negara.

“Isu rasuah, hutang negara dan bebanan ekonomi rakyat,  isu keselamatan negara dan penyalahgunaan kuasa kepimpinan BN, semuanya memerlukan tindakan dan perhatian segera.

"Semua ini medan yang baik bagi membina persamaan antara parti komponen PR dan juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR," tegas Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, PAS terikat kepada aliran keras yang menyokong Hadi dan kepimpinan ulama Unity Government (UG). Kini beberapa pemimpin PAS dari kalangan ulama dilihat mula mempunyai pemikiran berbeza dan tidak menyetujui cara Hadi ‘menjauhkan diri’ dari PR.

Tuan Ibrahim berwibawa

Kenyataan Tuan Ibrahim lebih waras berbanding Hadi yang sebelum ini mengaitkan pilihan raya PBT dengan isu perkauman dan kemungkinan tercetusnya rusuhan 13 Mei sekiranya pilihan raya itu diwujudkan semula.

Presiden PAS hilang kredibiliti dan diragui tahap pemikirannya apabila menjungkir balik dasar parti itu lewat kontroversi hubungan kaum berkenaan. Hadi berkata, pilihan raya PBT akan menguntungkan Cina dan bandar-bandar besar akan ditadbir Cina sekiranya kehendak DAP itu direalisasikan.

Namun beliau terlupa sejak PRU 2008, PAS meletakkan seorang calon Melayu Dr Mariah Mahmud di parlimen Kota Raja, Selangor. Parlimen itu adalah kubu kuat MIC. PAS membuat kejutan meletak calon Melayu di kawasan majoriti India dan kemudian berbangga kerana pengundi India mengundi Melayu Islam.

Sejak 2008, Kota Raja dijaja oleh PAS sebagai pengakhiran politik perkauman tajaan Umno BN. Etnik India digambarkan tidak memilih bangsa mereka sendiri sebagai wakil kerana lebih yakin kepada politik Islam, kemampuan pemimpin Islam melakukan  kerja sebagai ahli parlimen dan sebagainya.

Hadi u turn

Tiba-tiba pada 2015, Hadi melakukan u-turn. Penyokong PAS dari kalangan India dan Cina terpinga-pinga. Bagi mereka tiada masalah untuk PAS bertanding kerusi Datuk Bandar dan meletakkan calon Melayu kerana politik baru sejak 2008 adalah politik nilai dan bukannya berasaskan kaum.

Lagi pun mengikut data rasmi bancian 2010, populasi Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah 45.9% melebihi populasi Cina 43.2%.

Daripada 3 dewan bandaraya, 9 majlis perbandaran dan 37 majlis daerah di Malaysia, hanya 6 yang mempunyai populasi Cina melebihi Melayu – Ipoh, Kuching Selatan, Johor Baru Tengah, Pulau Pinang, Sibu dan Subang Jaya.

Bermakna 88% daripada kawasan bandar mempunyai penduduk Melayu yang ramai, malah di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, populasi Melayu adalah 46.2% dan melebihi kaum Cina 39.6%.

Malah di kawasan majoriti Cina pun, Cina dan India penyokong PR tidak punya masalah untuk melantik ketua pentadbir Melayu sekiranya terbukti lebih cekap menjalankan tugas berbanding calon daripada kaum mereka.

Bukankah sejak sekian lama pemimpin spiritual Nik Aziz mengajarkan Islam mementingkan kualiti dan bukan kuantiti? Islam pernah menaikkan bangsa Arab pada permulaan sejarah, namun apabila Arab lemah dan lalai maka bangsa Turki menguasai melalui tamadun Usmaniyah.

Dalam seminggu, Hadi hilang sokongan dalam kalangan pengundi Cina dan India. Dalam minggu yang sama juga ahli PAS melihat kemunculan bintang baharu dalam parti itu yang boleh digilap, iaitu Tuan Ibrahim yang lebih jujur dan waras pandangan politiknya.

Jangan pertahan jawatan


Secara jujur, ahli PAS mengharapkan Tuan  Guru Hadi tidak lagi mempertahankan jawatan dalam Muktamar pemilihan Jun depan. Bukan sahaja kerana faktor kesihatan yang memerlukan beliau banyak berehat tetapi juga oportunis-oportunis politik yang bergayut dan mempergunakan beliau tidak disukai oleh ahli PAS yang berakal waras.

Menurut sumber dalaman, Hadi sebenarnya berfikir untuk bersara. Namun puak UG dalam PAS mahukan beliau terus memegang kuasa agar agenda mereka menjarakkan PAS dari PR berjaya. Tidak mustahil kenyataan pilihan raya PBT bukan dikarang sendiri oleh Hadi tetapi melalui campur tangan pegawai-pegawai beliau yang pro UG.

Rakan-rakan lama Hadi juga terkejut apabila Hadi mengeluarkan kenyataan menghalau ahli PAS yang tidak sebulu dengan pendirian UG agar menyertai DAP, PKR dan Umno. Bagi mereka Hadi bukankah Hadi yang mereka kenal sejak lama dahulu. Hadi yang mereka kenal tidak pernah menyebut mengenai Umno atau menghalau rakan-rakan seperjuangan keluar parti.

Maka bagi mengelakkan kerosakan yang lebih parah, wajar pemimpin generasi baru PAS membentuk deligasi memujuk Hadi agar tidak lagi mempertahankan jawatan beliau. Hadi tidak boleh jadi kuda tunggangan puak UG. Dengan bersaranya Hadi maka oportunis Mustafa Ali juga boleh disingkir dari tampuk kuasa PAS.

Mustafa bukan sahaja gagal menjadi pendamai dalam PAS tetapi politik oportunis beliau menyebabkan PAS berpecah lebih teruk daripada sewajarnya.

Meremajakan parti

Sekiranya PAS melantik presiden baru maka parti itu akan dilihat mempunyai harapan baru. Sokongan akan diremajakan semula. Pasma akan kembali menjadi penyokong kuat presiden dan saf kepimpinan ulama.

Jika Umno yang hampir masuk kubur di bawah Mahathir boleh menang besar PRU 2004 sebaik sahaja cucu ulama Pulau Pinang, Pak Lah mengambil alih kepimpinan, apatah lagi PAS yang sedang meningkat naik namanya dalam kalangan generasi muda yang mengutamakan politik nilai.

Tuan Ibrahim adalah calon paling layak menggantikan Hadi. Dinamisme Tuan Ibrahim yang tidak anti PR pasti akan menjadikan PAS lebih berwibawa di mata masyarakat berbilang kaum.

PAS kini ditertawakan oleh Melayu Umno kerana akhirnya mengikut rentak perjuangan Umno mengutamakan raja, Ketuanan Melayu dan Islam sempit.

Penyokong atas pagar semakin keliru kerana PAS kembali ke zaman Asri Muda yang tidak toleran kepada modenisasi dan kelihatan menerima idea-idea perkauman Umno.

Hanya perubahan kepimpinan sahaja yang mampu menyelamatkan parti itu daripada kalah dalam PRU 14. PAS pernah menjadi parti kedai kopi dan sekolah pondok bertahun-tahun lamanya. Kemunculan politik baru bersama Anwar Ibrahim meletakkan parti itu memerintah di banyak kawasan dan dipercayai oleh bukan Islam.

PAS tidak boleh ego dan meletakkan kepentingan yang salah untuk kembali menjadi parti kedai kopi. Parti perlu ke hadapan. Sekiranya Hadi, Tantawi, Mustafa Ali, Nik Abduh, Zuhdi dan lain-lain mahu ke belakang maka mereka mesti ditinggalkan dan tidak boleh dijadikan beban.


Sunday, January 25, 2015

Pembalakan haram berleluasa, Kelantan perlu Husam Musa sebagai MB

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kenyataan menteri besar Kelantan pada 3 Januari lalu yang disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan. Menteri Besar menyatakan kegiatan pembalakan di Tanah Tinggi Lojing telah dibekukan sejak 2006.


Bagaimanapun timbul persoalan dan SAM menggesa menteri besar memastikan kesahihan kerana mengikut sumber Jabatan Perhutanan Negeri, pada 2014 sahaja sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Jajahan Hutan Kelantan Selatan (meliputi Jajahan Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing).

Kebanyakan kelulusan lesen konsesi pembalakan dalam HSK di Jajahan Hutan Kelantan Selatan adalah untuk tujuan tanaman monokultur atau apa yang dinamakan Hutan Ladang pada skala yang besar.

Sebelum dilaksanakan tanaman monokultur dalam HSK (TMDHSK), litupan hutan asal (hutan asli) akan diusahahasil (harvesting) secara tebang habis.

Penebangan secara tebang habis tersebut tidak tertakluk kepada ‘sustainable forest management’ dan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

Kenyataan menteri besar bahawa Kelantan mengamalkan pengurusan hutan secara mampan dan telah memperolehi pensijilan ‘Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management’ (MC&I) hanyalah tertakluk kepada kegiatan pembalakan dalam hutan asli di HSK sahaja.

Tetapi kawasan HSK yang dilakukan tanaman monokultur, perlombongan dan lain-lain kegiatan tidak tertakluk kepada pensijilan tersebut.

Kadar curahan hujan yang tinggi tidak boleh dijadikan faktor utama yang menyumbang kepada bencana banjir kerana seperti yang diketahui monsun timur laut di antara bulan Oktober hingga Mac sememangnya membawa hujan lebat ke pantai timur pada setiap tahun.

Geofizikal dan topografi negeri Kelantan juga mempunyai beberapa banjaran utama yang merupakan sebagai ‘Central Forest Spine’.

Oleh kerana itu mengikut Rancangan Fizikal Negara (RFN) kawasan tersebut dikategori sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang perlu dipelihara.

Walaupun pihak berkuasa negeri telah menerima pakai RFN tetapi mendukacitakan kerana kebanyakan KSAS tersebut telah dimusnahkan oleh kegiatan manusia terutama pembalakan dan untuk tujuan pertanian.

Malah kegiatan tersebut didapati dilakukan tanpa kawalan walaupun Pihak Berkuasa Negeri mengakui mempunyai ‘standard and operating procedure’ dan diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.

Pihak Berkuasa Negeri harus memahami bahawa apabila kawasan ‘Central Forest Spine’ yang dikategori sebagai KSAS dimusnahkan dan dilakukan kegiatan selain guna-tanah hutan, impaknya adalah terhadap hidrologi hutan.

Permukaan tanah yang terdedah kepada kadar curahan hujan yang tinggi akan menyebabkan lebihan air larian permukaan, hakisan lereng bukit, kerosakan struktur sungai dan kemerosotan kualiti air.

Hutan asli adalah aset yang sangat penting kerana salah-satu fungsi dirian pokok dan tumbuhan ialah mampu menadah curahan hujan manakala reputan di lantai hutan melindungi tanah daripada impak secara terus curahan hujan.

Di samping itu apabila hutan dimusnahkan, proses penyejatan meningkat dan paras wap air juga biasanya lebih tinggi.

Berdasarkan pemerhatian dan kajian, SAM telah mengenal-pasti antara faktor yang menyumbang kepada bencana banjir di Kelantan baru-baru ini adalah daripada kegiatan manusia yang mengeksploitasi KSAS terutama HSK.

Sebagai contoh:

  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan tanaman monokultur atau (apa yang dinamakan Hutan Ladang) di Jajahan Gua Musang iaitu sebahagian Hutan Simpan Sungai Berok (HS Sungai Berok), HS Batu Papan, HS Hulu Galas dan HS Gunung Rabong;

  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan perlombongan di Jajahan Gua Musang iaitu di HS Sungai Betis dan HS Nenggiri;

  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan tanaman monokultur atau (apayang dinamakan Hutan Ladang) dilakukan juga di beberapa jajahan lain.


Namun begitu tidak dinafikan terdapat juga faktor lain daripada kegiatan manusia dan faktor semulajadi yang menyumbang kepada bencana banjir.

Malah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah bertitah bahawa semua pihak agar sedar musibah banjir yang berlaku adalah akibat perbuatan manusia sendiri.

Oleh itu SAM berharap Pihak Berkuasa Negeri akan menghentikan dan tidak meluluskan lagi kegiatan-kegiatan yang berisiko impak di KSAS terutama dalam HSK.

SAM juga menggesa Pihak Berkuasa Negeri dan pihak-pihak berkuasa berkaitan mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal terutama Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan lain-lain dasar/polisi yang berkaitan pemuliharaan dan perlindungan alam semulajadi disamping menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia-ada.



P/S: Ketika jd Exco Husam Musa pernah menolak  beberapa syarikat yang ingin membalak. Husan lebih maklum apa akan berlaku sekiranya balak ditebang secara semberono. Oleh itu, sultan Kelantan wajar mengeluarkan titah mengganti MB Ahmad Yaakob sebagaimana sultan Selangor pernah meminta MB Selangor, Muhammad Mohd Taib  diganti pada hujung 1990an dahulu.


Husam sememangnya calon yang ditunjuk oleh Nik Aziz untuk mengambil tempat beliau sebagai MB baharu Kelantan. Tetapi sultan tidak bersetuju. Terdapat keperluan mendesak sultan berubah fikiran sekarang sebelum satu lagi bencana banjir berlaku di Kelantan tahun ini. MB Ahmad Yaakob terlalu lembab menangani isu tanam semula dan penebangan hutan balak.




Berpuluh-puluh hektar tanah Johor dijual ke pemaju China

webmaster


Walaupun prospek industri hartanah di Iskandar Malaysia dijangkak muram tahun ini, sebagaimana diramal oleh penganalisis tempatan, namun ia tidak menghalang 'selera' besar pemaju hartanah daripada China untuk membeli tanah-tanah bernilai di bandaraya Johor Bahru.

Hari ini, satu lagi gergasi hartanah China, Greenland Group sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang berpengkalan di Shanghai telah menandatangani perjanjian untuk membeli sebidang tanah seluas 51.8 hektar bernilai RM2.4 bilion.

Tanah yang terletak di kawasan strategik berhadapan Selat Johor dipanggil Danga Bay, dibeli daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri Johor, Iskandar Waterfront City Bhd. (IWCB).

"Fasa pertama projek itu bernilai RM3 bilion adalah untuk membangunkan taman tema salji, opera house, hospital berasaskan perubatan tradisional Cina dan sekolah," menurut IWCB.

Greenland Group yang tersenarai di antara syarikat Fortune 500, sebelum ini telah pun membelanjakan RM600 juta untuk membeli sebidang tanah berkeluasan 5.5 hektar di Danga Bay untuk membangunkan projek hartanah Tebrau Bay City Waterfront.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh IWCB itu berkata, pelaburan asing termasuk daripada China penting di dalam meransang aktiviti ekonomi negeri Johor berikutan kesan limpahannya.

Pada masa ini, terdapat 13 syarikat hartanah dalam dan luar negara sedang membangunkan projek Tebrau Bay Waterfront City di Danga Bay yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM125 bilion.

Greenland mengikut jejak langkah beberapa gergasi hartanah China yang membolot tanah-tanah strategik di Johor Bahru seperti R&F Properties berpengkalan di Guangzhou yang membeli tanah-tanah berdepan laut di Tanjung Puteri bernilai RM4.5 bilion.

Selain R&F Properties, syarikat Country Garden Ltd. turut membelanjakan hampir RM1 bilion untuk membeli tanah di Danga Bay dan melancarkan projek hartanah mewah meliputi pembinaan kompleks membeli-belah serta 9,000 unit kondominum.

Tindakan syarikat-syarikat hartanah luar terutamanya daripada China berbelanja besar membeli tanah-tanah di bandar raya dan melancarkan pembinaan kondominium mewah dengan harga melebihi RM1 juta seunit telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat tempatan.

Rakyat tempatan menggelar kondominium-konominium mewah ini pencakar langit. 'rumah mampu tengok', di mana mereka hanya mampu melihatnya tetapi diluar kemampuan untuk membelinya.


Friday, January 23, 2015

Hujah 13 Mei, PAS kembali ke zaman Asri Muda?

 Oleh : Jebon

Banyak pihak terkejut dengan hujah Presiden PAS Hadi Awang kononnya pilihan raya majlis tempatan akan membawa negara ke kancah huru-hara.

Berkata Hadi: "Pilihan raya majlis perbandaran seperti diperjuangkan DAP adalah kembali kepada kesilapan, kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihanraya dalam jangka yang sangat pendek.

"Apatah lagi apabila kita melihatnya dari aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang sangat besar.”

Hadi menegaskan pilihan raya itu hanya mengutamakan kaum Cina dan bukan ke semua kaum. Insiden tersebut, katanya, akan mencetuskan keganasan antara kaum.

"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar.

"Yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," kata beliau.

Betapa jauhnya hujah Hadi menyimpang daripada realiti politik semasa. Malah jauh menyimpang daripada dasar PAS sejak kepimpinan ulama mengambil alih parti itu.


Hujah menyeleweng

Sejak 1990an, kepimpinan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat menentang perkauman. Bagi Nik Aziz keimanan diutamakan. Islam didahulukan sebelum Melayu. Kerana itu Nik Aziz membenarkan salah seorang pemimpin PAS Kelantan berbangsa Cina Annuar Tan bertanding di DUN Kota Lama, Kota Bharu.

Bagaimanakah untuk menyesuaikan hujah Hadi bahawa pilihan raya majlis tempatan hanya akan menguntungkan Cina di bandar? Bukankah PAS juga menempatkan calon etnik Cina bertanding di kawasan Cina dan India di kawasan India dalam pilihan raya umum lalu?

Hujah Hadi menyeleweng daripada perjuangan parti itu apabila mahukan Datuk Bandar dilantik. Bukankah hujah yang sama  dimainkan Umno untuk mengekalkan sistem lantikan terus majlis tempatan, iaitu bagi membolehkan orang Melayu menduduki kerusi Datuk Bandar di kawasan penduduk Cina.

Bagi PAS, sejak 20 tahun lalu mereka lebih senang menempatkan Cina atau India yang menjadi ahli parti atau ahli kelab penyokong untuk bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu kerana percaya hanya individu dari sesuatu kaum yang tahu adat resam dan buadaya kaum berkenaan.

Dasar sederhana yang diperkenalkan sejak era Presiden PAS Fadzil Noor memimpin parti itu kini mahu dijungkir balik oleh Hadi yang berfahaman ekstrem. Fahaman ini akan membawa PAS ke era 1970an. Iaitu keadaan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Ketika itu, demi menyelamatkan Melayu, Yang Di Pertua PAS Asri Muda membawa parti itu bersekutu dengan BN. Persekutuan ini hanya bertahan selama kurang 7 tahun sebelum Umno menendang PAS dengan muslihat licik pada 1978.

Persekongkolan Umno-PAS atau percubaan ke arahnya amat ditentang keras oleh Nik Aziz, Yusof Rawa dan Fadzil Noor. Hal itu yang menyebabkan PAS dijenamakan semula pada 1980an sebagai parti yang mendahulukan Islam berbanding kaum. Perjuangan Islam juga dipakejkan dengan amalan pentadbiran telus, akauntabiliti dan efisen di Kelantan.

Namun dalam setahun ini, Hadi menghancurkan semua yang dibina oleh generasi terdahulu. Kepercayaan etnik Cina dan India kepada PAS diperolehi secara sangat sukar dengan penubuhan CCC pada era Fadzil Noor. Sehinggalah saga Anwar Ibrahim membantu PAS pada 1998.

Keadaan kembali merosot apabila Hadi mengisytihar negara Islam pada 2003 dan PAS kalah teruk pada PRU 2004. Cina dan India kembali mempercayai PAS apabila Anwar bangkit semula menjelang PRU 2008. Nik Aziz dijadikan jaminan PAS tidak akan menyeleweng.

Kini, PAS masuk ke zaman pasca Nik Aziz. Masyarakat berbilang kaum mengharapkan kepimpinan Hadi akan lebih baik, atau sekurang-kurangnya meneruskan apa yang telah diasaskan oleh Fadzil dan Nik Aziz. Malangnya PAS kembali ke era belum kenal gabungan politik. PAS mahukan pemerintahan yang hanya berpaksikan parti itu semata-mata. Hadi menggunakan terlalu banyak Majlis Syura Ulama ketika krisis perlantikan MB Selangor.


Lunas demokratik

Sedangkan majlis syura ini tidak digunakan untuk memveto keputusan pada zaman Fadzil. Puak profesional PAS ketika itu menarik komitmen bukan Islam dengan hujah setiap pemimpin PAS telah diasuh dengan budaya demokrasi dan dipilih secara demokratik untuk menjadi pemimpin. Masakan pemimpin  itu mengetepikan demokrasi sekiranya mereka memerintah negara.

Terbukti hari ini Hadi bertindak tidak mengikut lunas demokratik. Beliau mahukan Malaysia bergerak seperti Iran, majlis syura menentukan segala-galanya. Terdapat pengawal republikan yang memastikan rakyat membuat apa yang dibenarkan oleh pemerintah sahaja.

Tidak mungkin rakyat Malaysia akan menerima cara pemerintahan seperti ini. Cara Hadi hanya boleh dicapai melalui revolusi, sebagaimana revolusi Iran. Dan tentunya revolusi seperti itu jika dipimpin PAS tidak akan mendapat sambutan bukan Islam.

Jadi, adakah pilihan lain bagi Hadi? Peluang nampaknya boleh diraih dengan kerjasama bersama Umno yang inginkan Hudud di Kelantan. Tetapi adakah Umno mahukan Islam sepenuhnya? Jika mahu menukar Malaysia menjadi Iran tentu sekali Umno yang pertama akan melancarkan muslihat untuk menumpas dan memenjarakan pemimpin PAS.

PAS tidak akan ke mana-mana dengan politik yang tanpa arah ini. Pakatan Rakyat tentunya tidak sebulu dengan parti itu dan Umno BN juga akan mengkhianati mereka jika bergabung sebagaimana era 1970an.



Bagi ahli PAS, mereka harus sedar agenda yang mahu dibawa oleh golongan di sekeliling Hadi ini.




Jika pada dua dekad lalu Melayu menolak PAS dan menjadikan pemimpin parti itu tukang debat kedai kopi, PRU ke 14 akan menyaksikan pemimpin PAS menghuni kedai kopi semula jika kenyataan-kenyataan yang kurang rasional terus dikeluarkan mereka.


DAP iktiraf puak Erdogan di Kelantan, bukan UG

 WEBMASTER

Ketika Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berbalas serangan dengan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke melalui kenyataan media masing-masing, sekumpulan pemimpin pertengahan parti Islam itu dari Kelantan yang diketuai Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah mengadakan mesyuarat dengan pemimpin DAP di Kuala Lumpur bagi membawa bantuan banjir ke Kelantan.

Bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu berbincang dengan Loke, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong di sebuah kelab di ibu negara bagi membolehkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu mangsa banjir di Kelantan.

Inilah bentuk perhubungan antara DAP dan PAS sejak kebelakangan ini. DAP boleh berbaik-baik dengan sesetengah pemimpin PAS tetapi saling serang menyerang dengan sesetengah pemimpin lain parti Islam itu.

Ini berikutan perbezaan pemikiran di kalangan pemimpin PAS yang semakin ketara sejak kebelakangan ini - antara bekerjasama penuh dengan PR manakala sebahagian lagi mula menjauhkan diri daripada gabungan itu ekoran kegawatan dalam isu pertukaran menteri besar Selangor dan kini isu hudud, pilihan raya kerajaan tempatan dan akan datang ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Loke yang membuat 2 kenyataan media bertulis menyerang Mustafa berkata, beliau sudah 5 kali ke Kelantan sejak banjir besar melanda negeri itu pada 22 Disember lalu.

"Kami hantar 15 kontena barangan yang bernilai kira-kira setengah juta ringgit dan RM270,000 wang  ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

"Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP pula menghantar RM1.1 juta ke Kelantan bagi membantu mangsa," kata Loke kepada The Malaysian Insider selepas berbincang dengan Wan Rahim pada Rabu malam di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur.

Jelas, DAP sudah memilih kawannya dalam PAS. Mereka dilihat tidak boleh bekerjasama secara erat dengan sesetengah pimpinan PAS dinamakan kumpulan Unity Government (UG) yang disokong kumpulan ulama namun dapat berbincang dengan baik dengan sekumpulan pemimpin lain pula iaitu kumpulan profesional atau Erdogan.

Mereka tidak begitu rapat dengan pimpinan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Ahmad Yakub yang dikira kumpulan pro ulama namun pada masa sama mereka sangat senang bekerjasama dengan Wan Rahim dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Pada 31 Januari ini, DAP bersama badan bukan kerajaan (NGO) dari Kuala Lumpur dijangka ke Dewan Perhimpunan Cina Kota Baru bagi melancarkan fasa kedua bantuan mereka kepada mangsa banjir di Kelantan.

Ia bakal menjadi kunjungan ke Kelantan kali keenam bagi Loke dan kelima untuk Penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga dijadualkan hadir ke majlis pelancaran "Impian Kelantan" itu.

Ia dilakukan sebagai lanjutan projek 'Impian Sabah' dan 'Impian Sarawak' sebelum ini.

Pada majlis itu, DAP meminta bukan pimpinan utama kerajaan negeri (menteri besar atau timbalan menteri besar) yang menyertai majlis ini kerana kedinginan hubungan antara mereka tetapi wakil kerajaan negeri bertaraf exco saja akan menyertai majlis ini.

DAP bersama NGO lain dari Kuala Lumpur merancang untuk melancarkan projek pembaikan rumah mangsa banjir dan fokus akan diberikan di Gua Musang dan Kuala Krai yang paling teruk dilanda banjir baru-baru ini.

"Kami jangka untuk bermula dengan peruntukan RM500,000 bagi projek 'Impian Kelantan' ini," kata Loke kepada The Malaysian Insider.

Mereka akan menjadikan Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang yang teruk dilanda banjir sebagai kampung angkat mereka.

Di Kota Baru, DAP akan bekerjasama dengan NGO termasuk Yayasan Darul Hijrah pimpinan Husam, Cakna UT pimpinan Wan Rahim, R, Pasma dan lain-lain NGO Kelantan.

Dari Kuala Lumpur, individu terkenal seperti Datuk Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dibawa memperkuatkan lagi rayuan bantuan dan sumbangan diberikan untuk menjayakan projek ini.

Hubungan DAP dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) juga dilihat sangat baik apabila kerajaan negeri Pulau Pinang menyumbangkan RM60,000 kepada NGO pro PR itu untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Sedangkan PAS memutuskan agar pemimpinnya tidak mengadakan sebarang hubungan dengan NGO yang dianggap menyusahkan PAS itu.

Wan Rahim berkata, senario politik di Kelantan juga berubah dengan mendadak sejak banjir besar baru-baru ini.

"Secara umumnya, rakyat tidak puas hati dengan prestasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat tetapi sangat senang dengan NGO.

"Nama Datuk Husam harum semerbak selepas banjir ini," kata Wan Rahim yang selama ini berpandangan Husam sudah tidak ada tempat dalam politik Kelantan dan mencadangkan beliau memainkan peranan di peringkat pusat selapas istana menolak beliau dikekalkan dalam senarai exco kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, prestasi wakil rakyat PAS pada umumnya baik tetapi reputasi sekurang-kurangnya dua wakil rakyat Umno hancur ekoran banjir baru-baru ini.

"Nama Norzula (Mat Diah) Adun Paloh dan ahli Parlimen Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz) hancur dalam banjir ini. Norzula tidak berapa sihat, manakala Ikmal pula pergi bercuti ketika banjir," kata Wan Rahim.

Paloh di Gua Musang dan Tanah Merah antara kawasan yang teruk dilanda banjir baru-baru ini.

Nama Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak terjejas teruk kerana beliau turut bersama perdana menteri melawat ke kawasan banjir baru-baru ini berbanding Ikmal yang tidak datang langsung, katanya.

Bagaimanapun, semua pihak menyedari nama Datuk Seri Mustapa Mohamed, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Alwi Che Mat yang menjadi pemimpin utama Umno Kelantan sekarang juga baik dalam bencana banjir ini.

Bagi PAS pula, nama dua wakil rakyatnya teruk terjejas di kalangan mangsa banjir apabila membuat kenyataan yang tidak disenangi mereka.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, yang membuat kenyataan banjir kali ini tidak sebesar banjir 1967 menerima kecaman daripada mangsa banjir ketika mereka berjuang untuk terus hidup ketika banjir itu melanda.

Jangan mudah lupa 'jasa' dan 'binasa' dari Dr Mahathir

Kenyataan Syed Ali Alhabshee bahawa Che'GuBard melagakan Mahathir-Najib adalah seperti orang yang sudah nyanyuk. Tidak perlu Che'GuBard untuk melagakan kerana ia sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Mahathir-Daim sedang melancarkan serangan demi serangan untuk menjatuhkan Najib.

Lihat saja siri tulisan dan kenyataan oleh Mahathir, Daim, Kadir Jasin, Sanusi Junid dan Zainuddin Maidin. Tidak ketinggalan Anuar Mohd Nor, Zaharin Yassin dan ramai lagi pejuang siber UMNO.  Kesemua mereka ini berganti-ganti menyerang dan memburukkan Najib. Najib juga tidak ketinggalan menggunakan media arus perdana untuk menyerang Mahathir-Daim. Apakah ini tidak menunjukkan perang kuasa diantara Najib dan Mahathir-Daim?

Tanpa menafikan Mahathir banyak berjasa sepanjang 22 tahun tetapi kemusnahan yang dihasilkan juga tinggi. Mungkin Syed Ali Alhabshee yang kononnya seorang pejuang bangsa Melayu ini sudah hilang ingatan di zaman pemerintahan siapakah yang telah menjatuhkan maruah dan menghina Raja-Raja Melayu? Ini adalah satu contoh klasik bagaimana Mahathir merosakkan sistem bernegara.

Saya tidak pernah menjadi ahli UMNO tetapi ahli-ahli UMNO harus ingat Mahathir bukan sahaja menghancurkan sistem demokrasi negara malahan juga demokrasi dalam UMNO. Kerana Mahathir jugalah UMNO asal yang ditubuhkan pada Mei 1946 telah diharamkan. Kemudian, Mahathir dengan kuasa yang ada telah mencabul sistem perundangan dan menubuhkan UMNO baru.

Syed Ali Alhabshee ini perlu membuka mata hati untuk menilai Mahathir. Banyak kerosakan nyata dilakukan oleh beliau bukan sahaja memangsakan asas sistem bernegara malah turut menghancurkan UMNO itu sendiri yang telah diasaskan oleh Onn Jaafar.

Zulkifli Hj. Ibrahim
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Thursday, January 22, 2015

Hadi Awang tak minat lagi bersama PR - Pasma

  webmaster

Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) mendakwa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah “tak berminat lagi" berada dalam Pakatan Rakyat kerana kerana enggan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan parti itu.

Badan tersebut masih belum bermesyuarat sejak pilihan raya umum pada Mei 2013.

DAP pula berkeras agar Hadi hadir sendiri ke mesyuarat tersebut dan tidak menghantar wakil.

"Saya tengok (beliau) macam tak minat lagi dalam Pakatan Rakyat kerana sudah ada perbezaan pendapat.

“Tiga isu yang mereka tak boleh satu pendapat. Dulu ada juga perbezaan pendapat tetapi tak begitu besar, boleh diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekarang tak ada siapa.

"Ketua parti kena hadir mesyuarat tu, sebab bila beliau hadir, dia akan iltizam pada keputusan-keputusan yang dibuat," kata ADUN PAS Pengkalan Kundor itu.

"(Ia) lebih baik dari hantar orang bawahan, dia tak boleh buat keputusan. Dan kena tangguh dulu (keputusan). Jadi masalah dan melambatkan proses (membuat keputusan)," katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini pada Isnin.

Hubungan Hadi dengan rakan dalam Pakatan dilihat retak apabila beliau tidak bersetuju dengan keputusan PKR untuk mencalonkan Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Phahrolrazi menyifatkan perkara tersebut sebagai "salah faham" yang mana ia dengan mudah dapat diselesaikan jika pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat dengan teratur.

Pakatan lemah

Beliau turut mengeluh mengenai kelemahan Pakatan selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, gabungan parti pembangkang itu perlu lebih tersusun, sebagai organisasi berdaftar supaya dapat menyertai pilihan raya umum akan datang di bawah satu lambang.

"Rakyat nak lihat Pakatan yang wujud. Mesyuarat pun dah tak ada, mungkin dalam konvesyen PasMa akan diutarakan perkara ini.

"(Iaitu) supaya Pakatan (Rakyat) wujud sebagai satu pertubuhan yang ada struktur untuk hadapi politik dan dapat keyakinan dari rakyat," katanya.

Bekas exco Kedah itu berkata pengundi juga mahu melihat kepimpinan yang ditawarkan dan pakatan pembangkang itu mesti bersedia untuk menamakan calon perdana menteri dan barisan Kabinet untuk menguasai Putrajaya.

"Orang tak mahu tengok (Pakatan) masuk (Putrajaya) dengan cara masing-masing – tak boleh. Keyakinan rakyat tak boleh dapat dengan cara itu," katanya.

Menurutnya, Anwar, ketua umum PKR, mungkin tewas dalam rayuan kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan yang mungkin menyebabkan  ketua pembangkang itu berdepan hukuman penjara yang panjang.

Kritikan lantang para pemimpin PAS, terutamanya ke atas peranan parti itu dalam krisis MB Selangor menyebabkan Hadi berhati-hati dengan PasMa, malah menyifatkan persatuan itu sebagai "spesies yang entah dari mana".

Naib Presiden Datuk Husam Musa turut menafikan terlibat dengan NGO itu, dan PasMa pula berulang kali menafikan bahawa mereka mempunyai rancangan untuk menjatuhkan PAS.

PasMa terus berusaha untuk bekerjmencari kerjasama dengan DAP dan PKR, Phahrolrazi merasakan sia-sia untuk bertemu Hadi kerana beliau telah melarang ahli PAS menyertai PasMa.

“Saya telah beberapa kami bertemu dengan beliau ketika PAS memerintah di Kedah dan memberi amaran bahawa kita akan kehilangan negeri ini sekiranya (Allahyarham bekas) menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak terus memerintah, tetapi presiden (Hadi) tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dan kami hilang Kedah,” katanya.

Phahrolrazi, yang disebut-sebut untuk menggantikan Azizan pada 2012, menolak pelantikan semula dalam exco negeri sebagai tanda protes.

Bagaimanapun, PAS waktu itu memutuskan agar Azizan kekal sebagai MB, manakala Phahrolrazi dipujuk untuk terus kekal dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri.

“Hadi menyerang PasMA sebelum kami dapat berjumpa dengannya (Hadi), tetapi sekiranya beliau mahu bertemu dengan kami, kami tetap sanggup berjumpa dengannya,” tambahnya lagi.



Sirul melarikan diri: Peguam Negara perlu letak jawatan !

webmaster


KENYATAAN MEDIA: Selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, dua orang bekas anggota UTK untuk pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, saya telah mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan mengapa Jabatan Peguam Negara tidak membuat segera permohonan di bawah seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk waran tangkap untuk mengekalkan tertuduh di dalam tahanan atau melepaskannya dengan jaminan sementara menunggu pendengaran rayuan Peguam Negara terhadap keputusan tersebut.


Saya telah menegaskan bahawa permohonan sedemikian biasa dibangkit oleh Timbalan Pendakwa Raya dalam keadaan apa-apa pembebasan untuk memastikan kehadiran tertuduh apabila rayuan Peguam Negara didengari. Hakikat itu tidak dilakukan dalam kes profil ini sangat tinggi menimbulkan persoalan tentang kelakuan perkara itu.

Selepas rayuan Peguam Negara telah difailkan di Mahkamah Persekutuan, terdapat satu lagi peluang untuk membuat permohonan yang sama menggunakan seksyen 66 di Akta yang sama untuk perintah jenis yang sama. Sekali lagi ini tidak dilakukan bertentangan dengan amalan biasa.


 Saya mengeluarkan satu lagi kenyataan mempersoalkan mengapa ia tidak dilakukan. Adakah ini disengajakan? Ketinggalan yang ketara tersebut adalah sukar untuk diterangkan sebagai akibat daripada kecuaian. Kedua-dua tertuduh harus sekurang-kurangnya dikenakan syarat-syarat ikat jamin seperti menyerahkan pasport mereka dan melapor denga kerap kepada pihak polis. Permohonan kepada mahkamah untuk mendapat perintah tersebut tidak pernah dibuat oleh Peguam Negara.

Kegagalan ini oleh Peguam Negara kini telah akibatkan keadaan di mana Sirul telah dibenarkan untuk meninggalkan negara ini dan melarikan diri dari pendengaran di Mahkamah Persekutuan di mana pembebasannya telah diterbalikkan dan sabitannya dipulihkan.

Proses pentadbiran keadilan telah dihina melalui cara Peguam Negara telah mengendalikan perkara ini.

Mesti ada siasatan penuh oleh Jemaah Menteri kepada peranan Peguam Negara telah membenarkan perkara ini berlaku.

Dalam mana-mana negara lain di mana budaya akauntabiliti diamalkan, Peguam Negara akan meletakkan jawatannya dengan serta-merta.



Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Subang
Jawatankuasa Pusat dan Biro Politik Parti Keadilan Rakyat


RAKYAT MALAYSIA JANGAN LAGI JADI HAMBA MAHATHIR DAIM





Cikgu Bard muncul mendesak rakyat Malaysia agar tidak lagi mengikut acuan Mahathir dan Daim dalam merencanakan politik ekonomi Malaysia.Kita selama ini hanya mengikut telunjuk beliau , malahan semuanya hanya temberang beliau demi memuaskan nafsu serakahnya dalam mencaturi urusan politik dan ekonomi negara ini. Betul Najib tidak kompetan dalam menguruskan negara, Namun ,kita juga tidak harus mengikut apa yang Mahathir sedang corakkan dalam negara ini.

Sehubungan itu  mengapa Pakatan Rakyat tidak harus menyertai Mahathir-Daim dalam membelasah Najib.

1. Bagi saya, adalah tidak pelik Anwar menyerang Daim dan Mahathir, ia telah pun berlaku semenjak 1998 lagi. Malah, bukan sahaja Daim dan Mahathir tetapi semua sekali kepimpinan UMNO-BN termasuklah Najib sendiri. Tetapi nampaknya apabila Daim dan Mahathir menjadi sasaran sekarang ini, mengapa pula Ariff kelihatan begitu sensitif?

2. Jika menyerang Najib menjadi asas perkiraan politik, kita juga ternanti-nanti selaku orang yang rapat dengan Najib satu ketika dahulu bilakah Ariff akan mendedahkan sebarang dokumen atau bukti salahguna kuasa Najib. Sudah pasti jika Ariff mendedahkannya, kami akan sambut bersama.

3. Lebih pelik, dakwaan Ariff kononnya serangan Anwar pada Daim dan Mahathir ini akan menggagalkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Untuk pengetahuan Ariff, Pakatan Pembangkang pernah menyambut seruan Mahathir satu ketika dahulu. Pakatan Pembangkang telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan Abdullah Badawi tetapi apakah hasilnya?

Hasilnya ialah Mahathir dan UMNO yang mendapat laba. Pemimpin lemah dalam UMNO dapat disingkirkan tetapi akhirnya UMNO semakin kuat. BN tetap gagal dijatuhkan. Bayangkan jika Abdullah dibiarkan mengetuai BN dan kita berdepan dengan pilihanraya, tentu suasananya berbeza dan kita sudah pun menerobos Putrajaya.

4. Bagi saya, bukan sahaja Anwar malah semua mangsa buli politik Mahathir seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh, dan juga penjawat-penjawat awam seperti Tun Saleh Abbas, Prof. KS Jomo dan ramai lagi muncul dan menamatkan kecelaruan politik dan pentadbiran negara yang berpunca daripada Mahathir. Mahathir lebih banyak membawa bencana pada negara tetapi hakikatnya dialah yang memperkosa Perlembagaan Persekutuan, sistem keadilan dan penyebab berlakunya kecelaruan dalam politik dan kotor dalam negara.

IPP merupakan satu contoh paling ulung bagaimana Mahathir menjadikan khazanah negara sebagai skim pencen beliau dan kawan-kawan. Bukan sahaja Abdullah, Najib tetapi siapa sahaja Perdana Menteri dari BN selepas Mahathir akan berhadapan masalah bagaimana mahu berdepan dengan sedutan subsidi milik rakyat kepada IPP ini.

5. Mengikut logik Ariff, Pakatan Rakyat perlu berseronok dan menari bersama Mahathir-Daim untuk menjatuhkan Najib. Ramai yang menyangkakan Pakatan Rakyat yang menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Tetapi hakikatnya, dalam tidak sedar, Mahathir sebenarnya yang sedang menunggang mereka bagi melengkapkan nafsu kerakusan kuasa di hujung usia. Tidakkah Ariff sedar akan skil dan strategi politik Mahathir ketika mahu melengkapkan percaturan politiknya, dia akan menggunakan apa sahaja termasuk juga musuh. PAS seawal dari era Tunku Abdul Rahman merasa amat bangga sekali apabila Mahathir menggunakan pentasnya menyerang Tunku.

Tetapi ia adalah kenikmatan sementara semata-mata. Selepas sahaja lengkap cita-citanya, Mahathir kembali menggodam PAS. Ketika menyerang dan membunuh di Memali, Mahathir langsung tidak pernah ingat bahawa dia pernah menggunakan pentas PAS untuk naik ke puncak kuasa. Ariff sepatutnya lebih maklum seni politik Mahathir kerana Ariff juga pernah berada di dalam kepompong UMNO satu masa dahulu.

6. Ariff harus ingat Mahathir membuat bising hanya untuk kepentingan dirinya dan kroni. Ini bukanlah kali pertama dia membuat kecoh semasa era Najib ini. Sebelum ini, Mahathir bising, bila diberi Proton maka dia pun diam. Kemudian, dia membuat bising lagi, apabila syarikat berkepentingan anaknya mendapat projek Petronas bernilai berbillion Ringgit, dia senyap. Sampai bila kita mahu menjadi perkakas Mahathir?

7. Mahathir juga membangkitkan soal rasuah tetapi dialah bapa dan cikgu kepada semua pemimpin negara dari UMNO-BN yang ada hari ini. Dialah yang mengajar untuk menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan amalan kronisme. Mahathir juga membangkit soalan legasi. Menyerang Najib supaya Najib tidak memberikan laluan untuk untuk menaikkan sepupunya Hishamuddin. Tetapi, lupakah Ariff bahawa satu masa dahulu,Mahathir pernah meroyan kerana mahukan anaknya diberikan tempat dan kuasa?

8. Satu lagi persoalan yang saya mahu dijawab oleh Ariff, adakah jika kali ini kita sekali lagi bermain dalam percaturan Mahathir ini, menekan Najib sehingga Najib tersingkir, Ariff boleh menjamin bahawa Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya?

9. Najib juga perlu sedar jika semua perancangan Mahathir-Daim ini menjadi sekali lagi, tahun ini merupakan tahun terakhir pemerintahan Najib. Maka, saya menasihatkan buanglah ego itu jauh-jauh demi kepentingan negara yang telah dihancurkan oleh Mahathir dan kroni. Najib harus memberi laluan kepada Anwar, Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan lain-lain untuk kembali meletakkan Malaysia kepada landasan yang terbaik.




Saya sebagai rakyat yang sentiasa mahu melihat parti politik warisan penjajah, Barisan Nasional ini tumbang. Dan strategi yang paling ampuh ketika ini adalah untuk mendiamkan Mahathir dan kroni. Himpit mereka sehingga segala harta kekayaan yang mereka kaut secara salah dipulangkan kepada rakyat.

Sekian

Che’GuBard
Pengasas SAMM
Bekas MPP PKR Pusat

Wednesday, January 21, 2015

Najib dan Anwar Bakal 'Cium Mulut'?

shahbudin.com


Ungkapan politik selalu mengingatkan,  tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi. Yang kekal adalah kepentingan peribadi.

Orang-orang lama juga ada berpesan, dunia politik ini untuk mereka yang tebal kulit mukanya. Ia hanya sesuai untuk mereka yang boleh berpura-pura, sanggup buang kawan dan sentiasa terbuka untuk berbaik dengan musuh.

Yang banyak pengalaman pula ada berkata, kalau dalam matematik,  dua darab dua bersamaan empat, tetapi dalam politik jawapannya boleh jadi lain daripada angka itu.

Begitulah selalunya perjalanan politik. Paling kerap berlaku ialah kawan bertukar jadi lawan dan lawan bertukar jadi kawan. Dua orang yang bergaduh boleh berbaik bila musuh yang dihadapi adalah orang yang sama.

Dalam perseteruan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim sejak bertahun-tahun sebelum ini serta berdasarkan rentetan peristiwa antara keduanya, barangkali di luar pemikiran semua orang tentang kemungkinan kedua-duanya boleh bersatu dan bekerjasama.

Apatah lagi penyokong Anwar dan Najib juga sama-sama agresif menyerang, mencerca dan memaki-hamun kedua-dua pemimpin itu. Jika penyokong Najib membuat serangan dengan antaranya berkaitan dakwaan liwat dan mengedarkan video seks, penyokong Anwar pula membalasnya dengan menuduh Najib sebagai "pembunuh" dalam kes Altantuya, dikawal Rosmah dan banyak lagi.

Tetapi perkembangan mutakhir ini semakin memperlihatkan Najib dan Anwar bakal bersatu dan saling "cium mulut"  antara satu sama lain. Puncanya tidak lain kerana kedua-duanya sudah mempunyai musuh yang sama - Mahathir dan Daim.

Media arus perdana yang dulunya melanyak Anwar dan parti pembangkang habis-habisan, terutama dalam isu liwat dan video seks, kini tiba-tiba memberi ruang seluas-luasnya kepada PKR dan Ketua Pembangkang itu mengenai isu rasuah melibatkan Daim Zainuddin. Tindakan media arus perdana ini secara logiknya tentulah mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu.

Dengan Anwar pantas menyambut sedia menyerahkan bukti yang dimilikinya mengenai kekayaan Daim dan sekali lagi publisiti meluas diberikan oleh media arus perdana, ia umpama salam dan "kenyit mata" Najib sudah pun disahut dengan mesra dan penuh makna oleh Ketua Pembangkang itu.

Beberapa pemimpin UMNO juga turut mengkritik Mahathir melalui akhbar arus perdana sedangkan selama ini mereka hanya diam mengenai kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib.

Blog dan pengamal media sosial pro Najib kini lebih terbuka dan berani menyerang Mahathir serta Daim, termasuk mengungkit isu-isu lama semasa keduanya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Dalam masa yang sama, serangan media pro Najib kepada Anwar agak reda dan berkurangan sejak kebelakangan ini. Mahathir dan Daim lebih dimusuhi berbanding Anwar.

Sementara Mahathir dan Daim saling bergilir menyerang Najib dengan pelbagai isu kelemahan dalam kerajaan, Anwar pula hanya berdiam saja. Meskipun ada juga pemimpin pembangkang lain turut bercakap soal 1MDB misalnya, tetapi Anwar nampaknya lebih berminat tumpang sekaki dalam isu melibatkan Daim daripada turut menyerang Najib.

Dalam percaturan kuasa dan kepentingan peribadi, walaupun bergasak bagai nak runtuh dunia, realitinya tidak mustahil Najib dan Anwar boleh berbaik dan menukar hubungan lawan menjadi kawan. Selain musuh yang sama, mereka juga ada kepentingan masing-masing yang boleh dijadikan tawar-menawar.

Musa Hitam dan Tengku Razaleigh pernah bersama untuk menentang Mahathir setelah bermusuh sekian lama dalam UMNO. Mahathir dan Ku Li yang bermusuh boleh berbaik dan Musa Hitam yang dipecat juga boleh kembali menyokong Mahathir. Anwar yang selama bertahun-tahun memusuhi Pas dan DAP, segera menggamit mereka sebagai rakannya sebaik dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

Semuanya dengan mudah boleh berubah apabila kepentingan atau musuh menjadi sama.

Dalam realiti sekarang, Najib hanya ingin terus berkuasa di Seri Perdana tetapi berdasarkan keputusan PRU 13 lalu, halangannya kini lebih sukar kerana tiada lagi sokongan daripada Mahathir dan Daim.

Anwar pula hidup mati politiknya bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya yang dijangka diketahui tidak lama lagi. Sementara Najib masih menghitung-hitung untung rugi antara membebas atau memenjara, Anwar tentulah lebih suka dibebaskan berbanding memimpin perjuangan daripada dalam penjara.

Di ketika yang sama, Anwar juga diketahui masih ghairah untuk kembali menggenggam kuasa. Jika Najib sedia berkongsi kuasa dan memastikannya tidak ke penjara, tambahan pula Mahathir dan Daim sudah jadi musuh bersama, membalasnya dengan sokongan bukanlah masalah besar bagi Anwar.

Dengan serangan Mahathir dan Daim yang kian berterusan ini, Najib juga mungkin terfikir beliau akan kehilangan sama-sekali talian hayatnya jika Anwar berada di dalam penjara. Najib juga tahu hanya Anwar yang sesuai untuk membantunya menghadapi serangan Mahathir dan Daim ini.

Jika kerjasama atau "cium mulut"  itu dapat diwujudkan, mungkin dengan cara Anwar bersama penyokongnya menyertai UMNO atau bekerjasama antara parti dengan PKR, Najib tentunya berasakan peluangnya mengekalkan kuasa menjadi lebih cerah lagi. Ini kerana selain undi Melayu kekal dalam genggaman melalui UMNO, perolehan undi bukan Melayu, undi bandar, separa bandar dan golongan muda kepada kerajaan boleh diperbaiki lagi dengan bantuan Anwar dan PKR.

Selain dibebaskan daripada hukuman penjara, Anwar dan pasukannya juga akan diberikan beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Anwar mungkin diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri semula manakala yang lain akan dijadikan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru itu nanti. 

Meski tidak kesampaian untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian berjaya meletakkan orang-orang kanannya dalam kerajaan, termasuk Nurul Izzah, Rafizi, Shamsul Iskandar dan lain-lain, ia tetap merupakan kejayaan besar bagi Anwar.

Lagi pula dengan PR yang kian berpecah, terutama hubungan Pas dengan DAP yang sentiasa berbalah, ditambah dengan golongan ulama dalam Pas juga sukar diramal kehendaknya, harapan Anwar untuk berkuasa melalui gabungan itu turut kian kabur kebelakangan ini.

Berbaik dan bergabung bukan saja pilihan terbaik untuk Anwar, tetapi juga sesuatu yang sukar ditolak oleh Najib demi masa depan politiknya.

Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan dan dua darab dua tidak semestinya empat adalah antara hukum politik yang dihalalkan demi kepentingan masing-masing. Hukum yang sama juga, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan penyokong Najib mencium tangan Anwar dan penyokong Anwar mencium tangan Najib. (SH 20/01/2015)

Tuesday, January 20, 2015

ZAM TUTUP BLOG BELIAU KERANA SERANGAN TERHADAP DAIM DAN MAHATHIR?

Carian Zamkata.Com sudah hilang.Kenapa Tiba tiba??? Sedangkan beliau ada pendedahan tentang kes DSAI yang sedang menunggu keputusannya.

Sudah semestinya untuk menjadi berani anda perlu bersih.

zaid ibrahim zainuddin maidin2 

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meminta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin jangan mengalah daripada terus menulis mengenai politik semasa negara dalam blog beliau, zamkata.blogspot.com.

Dalam Twitter beliau menulis: ”Jangan mengalah jika anda percaya pada sebab?” supaya terus bertahan daripada tekanan, ugutan dan rasa penghinaan yang dialami sebagai penulis.

Zainuddin atau lebih mesra dipanggil Zam dalam blognya sebelum ini menulis, beliau mengambil keputusan berhenti menulis politik semasa negara kerana tidak mahu dilabelkan sebagai penulis upahan dan berkonspirasi.

“Saya merasa cukup terhina,” tegas bekas Menteri Penerangan itu semasa mengulas keputusannya berhenti menulis berkenaan politik semasa negara berikutan berdepan ugutan, tekanan dan pencemaran nama yang teruk sehingga dituduh sebagai penulis upahan dan berkonspirasi menjatuhkan pemimpin tertentu.

Menurut Zaid sebagai penulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu ”Sudah semestinya untuk menjadi berani anda perlu bersih.”

Menurut beliau, khidmat wartawan veteran dan berpengalaman itu diperlukan tatkala negara menuju kejatuhan.

Sementara itu dalam tweet keduanya, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa prihatin dan menjaga Zainuddin.

“Awak bukan seorang Editor, Menteri dan seorang Tan Sri jika bukan kerana Tun (Dr Mahathir Mohamad),” tulis Zaid dalam Twitternya. Tambahnya: “Sekurang-kurangnya apa yang boleh awak buat ialah menyokongnya.”


Blog Archive

My Blog List

Followers