"Nak Heret Kami Ke Mahkamah, Silakan!" - Hanipa

Amanah tubuh pasukan peguam, sedia jumpa PAS di mahkamah

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia berdepan dengan PAS yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap presiden Amanah Mohamad Sabu yang mendakwa PAS diresapi pemikiran ala kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Ketua Biro Undang-undang Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata dalam satu kenyataan hari ini, satu pasukan peguam sudah ditubuhkan bagi mempertahankan Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, di mahkamah.


"Amanah menghormati hak sesiapa sahaja, termasuklah PAS, bagi menyaman Amanah atau mana-mana pemimpinnya.

"Namun kami ingin mengingatkan PAS, yang Amanah tidak pernah melayan PAS sebagai seteru politiknya," kata ahli Parlimen Sepang itu. Menurut Hanipa, Amanah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS dan pemimpinnya yang didakwanya mengeluarkan kenyataan liar tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap parti baharu itu.

"Amanah berhak memfailkan saman balas sekiranya PAS masih mahu bertarung di mahkamah."


PAS Pulau Pinang semalam dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Sabu susulan keengganan beliau menarik balik dakwaan kononnya parti Islam itu diresapi fahaman militan Isis.

Berita Harian melaporkan, setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berkata tindakan terhadap Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat.

Katanya, perbincangan di peringkat pusat akan membabitkan beberapa pihak termasuk Jawatankuasa Undang-undang PAS dan peguam yang dilantik parti.

ULASAN GB

Tepat seperti kata Hanipa, bahawa Amanah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS dan pemimpinnya yang didakwanya mengeluarkan kenyataan liar tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap parti baharu itu.

Bermacam-macam label dan tuduhan diberikan oleh para pemimpin PAS terhadap para pemimpin AMANAH.

Jadi jika PAS mahu mengheret Mat Sabu ke mahkamah dengan alasan Mat Sabu menuduh PAS diresapi oleh ISIS.

Sebelum ini PAS Pulau Pinang telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Dr.Mujahid di atas sebab yang sama. GB sudah ulas sebelum ini.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian kita mengenai isu PAS dan ISIS ini.

Pertama, kenyataan Ust Mujahid sebenarnya telah diputarbelitkan. Beliau menyebut "jalur pemikiran ekstreme", bukan ISIS. Tetapi tafsirannya dilakukan oleh pemberita-pemberita portal yang mengaitkannya dengan ISIS - maka itu bukan kesalahan Mujahid.

PAS juga tidak akan dapat membuktikan kenyataan Mujahid yang mengaitkan PAS dengan ISIS.

Kedua, yang membuat laporan polis ialah Iszuree Ibrahim, seorang pemimpin PAS Pulau Pinang yang telah dipecat daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedikit masa lalu.

Siasat punya siasat, hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan Iszuree mempunyai rekod disiplin yang kurang baik ... seseorang yang suka tidur dalam mesyuarat... inikah perwatakan seorang "pejuang hukum Islam"?
Jadi tidaklah hairan Iszuree membuat laporang polis 
berdasarkan hanya kepada maklumat yang tersiar di portal,
 bukan dari kenyataan asal Mujahid... tertidur agaknya...

Ketiga, kenyataan setpol Presiden PAS, 

Dr. Ahmad Samsuri yang mendapat jolokan sebagai 
Ketua Lajnah Penafian PAS Pusat...
Tindakan MP Parit Buntar yang melarikan kerusi yang ditandingi oleh beliau sebagai ahli PAS, watikah dari PAS, kerja penat ahli PAS dan rakyat di kawasan beliau yang tidak mengimpikan jawatan dan pangkat itulah sebenarnya satu tindakan ekstrem, ganas, pentingkan diri dan pelampau.

Tak sudah-sudah menuduh AMANAH melarikan kerusi

 PAS. Memang sakit hati PAS apabila kerusinya berkurangan..
. tetapi apa yang dilakukan oleh Mujahid dan beberapa orang 
MP dan ADUN yang lain yang menyertai AMANAH adalah
 betul, samada dari segi undang-undang atau pun moral.

Dari segi undang-undang tiada apa-apa kesalahan 

untuk mereka beralih kepada parti lain. Dari segi moral
 pula memang patut pun mereka kena ikut suara rakyat 
kerana mereka menang dulu kerana sokongan rakyat 
terhadap

 Pakatan Rakyat, bukan kerana mereka calon PAS
 semata-mata. Berdasarkan kenyataan itu, sepatutnya wakil 
rakyat PAS yang perlu letak jawatan kerana
 mengkhianati rakyat.

Jadi ternyata kritikan Samsuri itu kesasar dan justeru itu 

kritikannya itu merupakan tindakan ekstreme, ganas,
 pentingkan diri dan pelampau .... kerana taksub 
kepada Presidennya.


Seterusnya persoalan jalur ekstrem... jalur kekerasan

 yang disebut oleh Mujahid.

Ia sesuatu yang terang dan nyata... semenjak dari
 muktamar yang
 ke 60 lagi... sudah wujud jalur ektreme di mana para pemuda 
PAS sudah mula melakukan ejekan dan boo-mengeboo 
di dalam muktamar PAS. 

Kemudian diikuti denganbeberapa siri keganasan 
dilakukan terhatermasuk insiden Safwan Anang yang diugut oleh beberapa orang ahli PAS. Himpunan demo depan pejabat PAS yang mencaci dan memaki golongan progresif dalam PAS. 
Beberapa minggu lalu, keluarga pemimpin AMANAH
 Marang iaitu Ust Miqdad Zakaria diganggu dan diugut....
 dap emimpin-pemimpin progresif yang ada di dalam PAS 



Semuanya itu adalah jalur ekstrem yang berlaku di dalam PAS.
 Dan itu semua adalah "hasil tarbiyah" pimpinan PAS sendiri
 yang telah menghamburkan kata-kata cacian dan makian 
terhadap mereka yang tak sehaluan... dengan 
perkataan-perkataan seperti broker, barua, tolol, pengkhianat,
 anjing dan sebagainya.

Hukum kebenaran dna keadilan akan tetap berjalan.... 

yang bersalah tetap terhukum... tunggukan!

No comments: